Rabu, 7 Disember 2011

Debaran selepas SPM dan sebelum SPM ~ jangan keliru wahai adik-adik SPM semua~

Debaran sebelum mengambil SPM memang telah pun tamat. Sekarang adik-adik akan merasai debaran pada ketika ingin mengambil keputusan spm di sekolah. Begitu mendebarkan sekali. Dan akhirnya,debaran itu hilang begitu sahaja setelah result SPM bakal dihulurkan mencapai target yang ditetapkan. Saya rasa anda juga pernah merasai perasaan yang sama.Cuma perasaan selepas mengetahui result kita sahaja yang berbeza. Ada yang menangis kegembiraan,ada yang menangis kesedihan dan ada yang keliru dan blurrrr...

Setelah itu, kita mula mengisi borang untuk menyambung pengajian ke tempat yang lebih tinggi. Sudah semestinya universiti atau IPT menjadi pilihan utama. Umumnya,pelajar akan mengisi semua surat tawaran yang datang kepadanya. Bila dapat mana-mana tawaran, baru dia akan membuat keputusan samada mahu pergi atau tidak.Jika mendapat lebih daripada satu tawaran untuk ke pusat pengajian,ini akan menimbulkan dilema.
Ada yang ikut kawan-kawan, ada yang disuruh oleh ibu bapa dan ada yang tidak tahu hendak pergi ke mana. Mereka hanya mengikut sahaja kata orang dan kata hati mereka untuk memilih tempat pengajian yang seterusnya. Saya pernah ditanya oleh junior saya, ke mana harus dia pergi setelah mendapat tawaran? saya pun tergaru-garu kepala untuk menjawabnya. Sebenarnya saya tidak ke IPT di Malaysia disebabkan saya mendapat tawaran ke luarnegara yakni Amerika Syarikat selepas result SPM.. mungkin berbeza tetapi saya mempunyai banyak pengalaman dengan adik-adik yang menduduki SPM selama saya di dalam bidang ini.

Sekadar untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dan kepada adik-adik semua, jika anda masih tercari-cari menara gading pilihan anda,apakata, fahami sejenak faktor-faktor berikut. Secara amnya anda perlu:
1-Mempunyai cita-cita yang jelas

Dengan cita-cita anda akan menentukan hala tuju perjalanan anda untuk meneruskan pengajian. Katakan anda mahu menjadi seorang guru. Terdapat dua pilihan. Ke maktab atau ke universiti? Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Contohnya, jika anda adalah lulusan maktab anda akan mengajar di sekolah rendah sahaja, manakala jika anda berkelulusan universiti, anda berpeluang untuk mengajar di sekolah menengah. Jika anda ingin menjadi seorang jurutera, agak-agaknya sesuai tak jika anda memohon Kolej Kejururawatan Alor Setar? Tentu tidak bukan.
Buat sesuatu perkerjaan yang anda minat. Maksudnya, pilihlah minat anda dalam menentukan pekerjaan anda kelak. Banyak keburukan dalam jangka masa panjang jika kita tidak mempunyai minat dalam sesuatu yang kita lakukan. Keburukannya ialah kita akan tertekan dengan kerjaya tersebut dan ini boleh menyebabkan kita melakukan kerja dengan tidak ikhlas. Hasilnya pun akan tidak memuaskan hati. Tetapi minat itu boleh dipupuk. Minatilah profesion kerjaya pilihan anda,nescaya anda akan suka suatu hari nanti.

2-Keputusan SPM anda
Jika anda mendapat straight A,saya yakin pihak terbabit akan memproses borang permohonan anda dahulu. Anda akan mudah mendapat tempat di mana-mana kemasukan untuk lepasan SPM. Tetapi,ingat bukan anda seorang sahaja yang mendapat keputusan yang cemerlang. Beribu lagi calon mendapat keputusan yang sama dengan awak. Jadi persaingan untuk mendapat tempat di Universiti atau overseas adalah tinggi juga. Jangan terlalu overconfindent yang anda akan berjaya diterima masuk hanya berdasarkan slip spm anda.
Katakan keputusan anda tidak sebagus yang diharapkan ,A subjek itu manakala subjek ini B. C pun ada.Untuk mendapat tempat di salah satu pengajian tinggi,anda perlu memilih bidang yang sama dengan subjek yang anda dapat A. Katakan anda A semua subjek sains. Mohonlah ke bahagian biologi,fizik atau kimia mngikut kursus yang ditawarkan. Jangan pula anda mengisi borang permohonan untuk ke kursus pengajian syariah Islam pula. Kan tidak kena tu.
Pencapaian dalam subjek Bahasa Inggeris sekarang juga amat penting untuk pengajian didalam Pengajian Bisnes atau masuk ke Uitm...Betul ke? Anda harus bertanya..

3-Kewangan
Keluarga anda dari golongan orang yang susah dan tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung yuran pengajian anda. Jadi,anda janganlah demand nak ke IPTS atau hendak ke kolej swasta yang ada artis. Mahal tu. Anda kena fahami masalah ini, dan berbincang dengan keluarga. Seboleh-bolehnya,anda perlu ke pusat pengajian yang yuran pengajian adalah rendah dan milik awam. Ada juga IPTS yang murah dan sediakan pinjaman seperti PTPTN dan MARA. Berhati-hati.
Selain itu,ada juga pusat pengajian yang memberi elaun kepada pelajarnya. Saya rasa anda juga tahu bukan? Di pusat pengajian ini anda dibayar sejumlah wang setiap bulan oleh pihak kerajaan. Antaranya maktab perguruan, Institut Latihan Industri, UPNM, Kolej Matrikulasi dan tajaan syarikat atau badan berkanun akan memberi pelajar tajaan masing-masing mengikut kontrak yang telah ditetapkan.
Buka dan baca surat khabar untuk maklumat lanjut atau terus google ke internet.
4-Kesihatan dan gender
Faktor kesihatan juga memainkan peranan yang besar bagi menentukan hala tuju anda. Katakan anda mempunyai penyakit asma dan rabun, mengapa masih ingin membuang masa menghadirkan diri ke temuduga cadet pilot Malaysian Airlines System? Jika anda seorang yang tempang, rasanya pekerjaan tentera tidak sesuai dengan anda. Sesetengah universiti memerlukan anda menyelitkan data kesihatan diri anda sekiranya anda ingin memohon sesuatu bidang.
Walaupun pada masa kini tiada lagi perbezaan jantina di mana bidang yang sepatutnya dikuasai wanita telah dimonopoli oleh lelaki, begitu juga bidang yang sepatutnya lelaki, ada juga terselit wanita bersama.Walaupun begitu ada juga sesetengah pegurusan yang hanya menerima calon lelaki sahaja untuk mendapat tajaan mereka. Tambahan lagi,faktor jantina mempengaruhi kelayakan anda untuk bekerja di masa hadapan setelah anda tamat course yang anda ambil. Setelah anda graduate,anda (seorang lelaki) memohon jawatan setiausaha syarikat ABC. Ada lagi seorang calon B(wanita-cun) juga memohon jawatan yang sama. Selain kelayakan, bukankah faktor gender mempengaruhi keputusannya nanti. Begitu juga dengan Jururawat...

5-Kemahiran vs sijil
Jenis apakah diri anda yang sebenarnya? Semasa bersekolah dahulu anda seorang yang suka menghafal dan mudah memahami teori atau anda seorang pelajr yang gembira apabila kelas amali, anda perform dalam melakukan sesuatu ujikaji dan menguji kemahiran anda? err,faham ke? Anda seorang yang sangat mudah menghafal dan minat belajar atas buku sahaja. Dan anda memang skor kertas 1 dan kertas 2 subjek sains(teori). Oleh yang demikian itu, course sebegini mungkin sesuai bagi awak; Undang-undang, Sejarah, Persuratan dan pengurusan. Bagi orang yang minat praktikal, banyak penawaran dalam bidang sebegini; Kimpalan, automotif, kejuruteraan dan jentera mesin.
Sebenarnya, kemahiran dan sijil perakuan ijazah/diploma adalah sama penting. Kebanyakan syarikat memilih calon berdasarkan tiga kriteria; kelayakan, kemahiran dan juga bahasa. Banyak juga pusat pengajian yang mementingkan pengkhususan dalam sesuatu kemahiran seperti Akademi Binaan Malaysia, Institut Kemahiran Mara, Politeknik dan Institut Latihan Industri. Sekarang Kolej Komuniti pun sudah banyak mengeluarkan tenaga mahir. Pusat pengajian ini juga menawarkan diploma/ijazah kepada pemohon dan telah diperakui oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Suruhanjaya Akreditasi Malaysia.
6- Penawaran dan peluang di masa hadapan
Anda juga perlu bijak menganalisis jangka masa pengajian anda dan juga pasaran tempatan/luar negara. Pengiraan mudah seperti begini, pada zaman 1999,kerajaan melancarkan kempen celik IT di kalangan rakyat. Ramai pelajar jurusan IT mendapat peluang pekerjaan dan ini mempengaruhi calon lain untuk mengambil bidang yang sama. Hasilnya, pasaran menjadi tepu dan ramai lepasan IT menjadi penganggur. Kemudian keluar pula khabar menyatakan kekurangan lelaki dalam beberapa sektor seperti kejururawatan, pendidikan,dan sektor awam. Hasilnya,ramai pelajar lelaki memohon untuk memasuki bidang berkaitan.
Anda jangan malakukan seperti di atas. Anda perlu analisis dengan bijak. Fikirkan dan fikirkan. Katakan sebagai contoh, program ijazah mengambil masa 5 tahun,apakah dalam 5 tahun lagi ada peluang pekerjaan untukku? bagaimana dengan persaingan? bagaimana dengan kelayakan minimum? anda perlu bijak memilih bidang anda. Bidang-bidang yang semakin berkembang dan penawaran pasti wujud adalah business, kejuruteraan, komunikasi, dan perhubungan. Bidang tidak berkembang tetapi ada kerja adalah seperti pendidikan, perubatan, undang-undang, dan ketenteraan/polis.

Faktor-faktor diatas cuma membantu sahaja dan bukan untuk mempengaruhi calon lepasan spm untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Anda perlu bijak memilih agar tidak menyesal di kemudian hari. Bertanya orang yang berpengalaman adalah kaedah terbaik bagi mendalami minat anda dan mencari tempat pengajian tinggi anda yang seterusnya. Mungkin guru kaunseling anda atau guru kelas anda paling mengetahui keupayaan anda selain dari ibubapa anda..

Selamat berjaya dari saya,
SAS

Bangun tidur sms, mandi sms, di sekolah sms, di rumah sms, nak tidur malam pun sms lagi. 24 jam sms!

Hari-hari anda pening dengan masalah anak anda. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi pun tak basah. Asyik risau, risau, risau dan risau...! Kerenah mereka teramat mengguris hati dan perasaan anda. Sebagai ibu dan ayah, airmata sering tumpah mengenang perbuatan mereka yang tidak wajar sebagai seorang anak. Keluarga yang aman mula berantakan. Anak-anak yang mula kenal dunia, semakin tak kenal dengan ibu dan ayah sendiri...

Didikan dan kasih sayang yang diberikan selama ini bagaikan tak menjadi. Seperti air yang tumpah ke daun keladi. Anak yang sepatutnya mampu berdikari, kini tak kenal diri sendiri. Asyik enjoy, enjoy, enjoy dan enjoyyy.... Sampai bila anak kita nak enjoy?? Bila dia nak fikir masa depan dia?? Bila dia nak solat 5 waktu dengan betul?? Bila dia nak belajar bersungguh-sungguh?? Dan bila dia nak dengar cakap kita sebagai ibu dan ayah?? Memang pening, pening, pening dan pening...

Paling menyakitkan hati apabila anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh selama ini, tiba-tiba meninggi suara dengan kita. Terkedu sebentar kita dibuatnya. Astaghfirullah.....itulah zikir yang mampu kita lafazkan di hati. Hari demi hari berlalu, perangai anak kita bertambah genting. Dari meninggi suara, membawa kepada balik lewat malam. Sudahlah nak ke subuh baru sampai rumah, mulut dan baju mulai berbau rokok. Hapak dan tengit hidung kita membaunya.

Tak cukup itu perangainya, pakaian yang sopan sudah bertukar zaman. Zaman hip-hop, dipakainya hip-hop. Zaman punk, dipakainya punk. Zaman gothic, dipakainya gothic. Zaman black-metal, dipakainya black-metal. Zaman shuffle, dipakainya shuffle. Dan entah apa-apa lagi fesyen zaman ini. Aurat?? Tak payah cerita... Bukan sahaja dedah rambut, diwarnakannya pula. Ada perang, putih, biru dan hijau. Bila dilarang, jawabnya 'up to date'.

Yang lelaki mula sibuk nak ber'bangle' (gelang) dan berantai. Bukan sebarang jenis bangle dan rantai. Mesti ada gambar atau lambang sesuatu. Kononnya dia mewakili kumpulan tertentu. Jadi, jangan nak usik atau nak kacau. Nanti padah jawabnya! Itu hal lelaki, yang perempuan pula, mula sibuk dengan alat mekap solek. Baru umur 15-16 tahun, berangan nak jadi artis. Nak cun, nak lawa, nak glamor, nak jadi penyanyi, nak jadi pelakon dan macam-macam lagi... Exam?? PMR, SPM tolak tepi...yang penting ENJOY dulu!!!

Boyfriend?? Girlfriend?? Sekolah rendah lagi dah pandai. Handphone tak lekang di tangan. Siang malam sms... Bangun tidur sms, mandi sms, berus gigi sms, sarapan sms, di sekolah sms, di rumah sms, nak tidur malam pun sms lagi. 24 jam sms! Itulah tanda anak tersayang kita sedang angau. HOT bercinta... Masuk sekolah menengah, kita ibu ayah kena hati-hati jenis anak begini. Urusan dia keluar rumah, kita wajib ambil tahu. Kalau tak nak ambil tahu, sesekali ada masa check leher anak perempuan kita sebelum terlambat...

Ada lagi ke masalah anak kita?? Ada lagi, banyakkk....

Kami sedia membantu anda!! layari www.facebook.com/primavisi