Jumaat, 22 Ogos 2014

AKHIRNYA SAMPAI KE TAMAHAIR JUA

ALFATEHAH.. AKHIRMYA KEMBALI KE TANAHAIR....


Kepulangan yang telah lama dinantikan. Sebaik sahaja dua pegawai Kedutaan Malaysia dan wakil Malaysia Airlines (MAS) membuat proses pemeriksaan akhir, 20 jenazah mangsa nahas MH17 akhirnya diterbangkan pulang ke tanah air pada 3.40 petang Khamis (9.40 malam waktu Malaysia).
  
Mereka sepatutnya pulang pada 17 Julai lepas dan tiba pada 18 Julai ke Malaysia, namun tiada siapa menyangka pesawat MH17 itu akan ditembak jatuh.
  
Penerbangan membawa 298 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
  
Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, petugas media Malaysia dan tempatan tiba di sebuah bangunan untuk dibawa menaiki sebuah bas ke terminal kargo yang menempatkan pesawat khas membawa balik 20 jenazah.
  
Petugas media tiba kira-kira pukul 2 petang dan dibawa menghampiri pesawat khas MAS Boeing 747 itu sebelum pintu pesawat dibuka.
  
Kelihatan beberapa keranda telah disusun dan difahamkan kesemua 20 jenazah dalam 17 keranda dan tiga bekas abu itu telah mula diangkut satu per satu sejak awal pagi Khamis.
    


Proses pemeriksaan akhir jenazah bermula sejurus selepas 2 petang dilakukan Naib Presiden Operasi MAS Datuk Baharom Mohd Yatim, Setiausaha Kedua Pejabat Kedutaan Malaysia di Belanda, Halmah Hassan dan Kaunselor Kedutaan Malaysia di Finland, Devrin Jeck untuk tujuan formaliti proses.
  
Media Malaysia dan tempatan tidak dibenarkan mendekati pintu masuk pesawat khas itu dan hanya dapat melihat dari jarak 50 meter sahaja.

Kelihatan keranda yang dibalut dengan Jalur Gemilang itu disusun satu per satu, tidak bertindih dalam tiga barisan dengan sedikit jarak antara antara satu sama lain.
  
Cuaca sejuk mencecah 16 darjah Celcius dengan angin kuat tidak menghalang petugas media merakamkan detik bersejarah itu walaupun cuma dibenarkan berada di kawasan itu kira-kira 10 minit sahaja.
  
Terdapat kira-kira 20 petugas keselamatan yang dibantu pegawai lapangan terbang yang sangat mesra ketika proses rakaman pemeriksaan akhir pesawat itu dilakukan.
  
Sebaik sahaja selesai pemeriksaan, kelihatan wakil MAS dan pegawai kedutaan diserahkan beberapa kertas untuk tujuan formaliti proses sebelum mereka beredar dan keluar dari pesawat itu.
  
Tidak lama selepas itu, kumpulan anak kapal pesawat itu dilihat tiba dengan sebuah van sebelum menaiki pesawat itu.

Petugas media kemudian diarah meninggalkan kawasan itu memandangkan proses persediaan teknikal pelepasan pesawat akan bermula.
  
Pesawat itu dikendalikan Kapten Misman Leham bersama dua pembantu juruterbang iaitu Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid selain pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.
  
Kira-kira pukul 3.40 petang Khamis (9.40 malam di Malaysia),  pesawat akhirnya berlepas meninggalkan lapangan terbang yang dipenuhi ratusan pesawat antarabangsa itu ke Malaysia.
  
Seorang wakil MAS yang enggan dikenali memberitahu pesawat khas itu tidak akan menggunakan laluan seperti pesawat MH17 sebelum ini dan dijangka akan menggunakan laluan lain namun enggan mendedahkannya demi tujuan keselamatan.
  
Perjalanan terus tanpa henti itu akan mengambil masa kira-kira 12 jam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  

Selasa, 12 Ogos 2014

TAHNIAH YB AMIRUDIN SHARI ~ KETUA AMK BARU

ADUN Batu Caves Amirudin Shari diundi sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR selepas selesai pengiraan undi semua cabang.

Menurut keputusan tidak rasmi yang diperoleh Malaysiakini, Amirudin (kiri) memperolehi 4,247 undi manakala pencabar terdekatnya, Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.mendapat 4,207 undi.

Manakala seorang lagi calon ketua AMK, Nazree Yunos mendapat 2,195 undi.

Tiga calon naib presiden yang mendapat undi tertinggi ialah penyandang jawatan itu Nurul Izzah Anwar dengan 28,729 undi dan Tian Chua yang meraih 21,421 undi.

Penyandang ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin pula di tempat ketiga dengan 19,828 undi.

Manakala Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kanan) yang sebelum ini ketingalan kira-kira 200 undi di belakang ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jeyakumar, memecut di saat terakhir dan meraih 18,885 undi selepas pemilihan berlangsung di semua 218 cabang PKR.

PKR kemudiannya akan melantik dua lagi naib presiden selepas keputusan rasmi pemilihan diperolehi.

Sementara itu penyandang Timbalan Presiden Azmin Ali mempertahankan jawatannya dengan mendapat 22,557 undi menewaskan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang hanya mampu meraih 10,742 undi.

Jumaat, 25 Julai 2014

TUKAR MB : TG HJ HADI ANGGAP TIADA ALASAN KUKUH

MARANG: Berikut sidang media dan soal jawab Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pihak media di kediamannya Rusila, Marang selepas kuliah pagi Jumaat, pagi tadi.

SAYA menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor.

Kenyataan beliau adalah sebagai kenyataan wakil kita (PAS) di Selangor. Dan saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik. Di mana, didapati bahawa majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.

Kedua, kita tidak boleh membelakangi Duli Yang Mulia Sultan Selangor dan kita (PAS) serah kepada bagindalah untuk menentukan dan tidak boleh dibelakangi baginda dalam isu (MB) ini, itu (keputusan) terpulang kepada baginda (Sultan).

Ketiga, alasan-alasan mahu menukar Menteri Besar ini tidak kukuh. Di mana, saya melihat tidak setuju dengan Tan Sri Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar. Jika sekiranya, beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor itu boleh kita tukar. Tapi, jika alasan yang lain itu boleh kita urus dan bukan dengan tukar Menteri Besar. Ini kerana, kita anggap masih dalam 'perjalanan' dan tidak boleh 'dipintas' dalam perjalanan, kena tunggu hingga habis tempoh penggallah. Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat dari Pesuruhjaya PAS negeri Selangor dan rakan-rakan Exco (kerajaan) Selangor dan wakil-wakil rakyat Dun Selangor dari PAS.

Soalan (S): Adakah Tok Guru dan PAS sendiri kekal dengan keputusan untuk mempertahankan Khalid Ibrahim?

Jawapan (J): InsyaAllah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan bersama ini. Walau pun  di sana ada pandangan berbeza dan hujah berbeza dan saya dengar semua hujah-hujah ini, saya kumpul dan dapati semua hujah-hujah ini. Akhirnya, saya berpendapat majoriti akar umbi PAS bersetuju dengan Tan Sri Khalid Ibrahim ini dikekalkan jawatan Menteri Besar. (Ini) di atas konsep Amanah, beliau menunaikan amanah (tangggungjawab) ini.

(S): Tidakkah Tok Guru, ini melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang?

(J): Itu perkara akan datang dan kita (PAS) boleh bincang dan boleh berunding. PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat. Perdapat berbeza itu biasa sejak dari dahulu lagi.

(S): Ini dilihat sebagai jalan akhir untuk Datuk Seri Anwar ke Putrajaya?

(J): Perjuangan kita (PAS) bukan perjuangan untuk peribadi. Iaitu perjuangan untuk menyelamatkan negara dan ini bukan untuk saya (Abdul Hadi), bukan untuk Anwar Ibrahim dan bukan untuk sesiapa, tapi untuk rakyat semua.

(S): Mungkin akan ada (usul) undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor terhadap Tan Sri Khalid?

(J): Benda (perkara) yang akan datang saya tidak boleh jawab, nanti berlaku dulu.

(S): Kecelaruan yang berlaku sekarang ini telah membabit Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Adakah kerana PAS melihat isu wanita itu menjadi masalah?

(J): Berbeza pendapat itu bukan hanya berlaku di kalangan kita (Pakatan Rakyat) tapi dalam Barisan Nasional (BN) pun berlaku? Menteri Besar Terengganu tidak selesai sampai ke hari ini. Yang (berlaku) di Terengganu, yang Johor, yang Pahang. Saya tahu semua dan Umno-BN juga ada masalah.

(S): Adakah PAS tidak menyokong Langkah Kajang?

(J): Langkah Kajang itu benda (perkara) yang lepas dan kita (PAS) sedang bekerja dan kita (telah) menang dalam Pilihan Raya Kecil di Dun Kajang itu.

(S): Datuk Seri, adakah kerana isunya calon (Menteri Besar) itu wanita?

(J): Isunya adalah isu 'Amanah', menunaikan amanah memimpin dan kita (PAS) dapati Tan Sri Khalid tidak khianat. Ini tidak sampai ke peringkat khianat terhadap amanah ini. Dengan sebab itu salah kita turunkan beliau dengan sebab tidak ada kesalahan yang mencalarkan perkara amanah. Itu (alasan) yang lebih besarnya.

(S): Jadi pendirian pemimpin PAS di Selangor adalah sekata dengan Tok Guru?

(J): Saya ambil (pendapat) Pesuruhjaya PAS Selangor, wakil kita (PAS).

(S): Tok Guru, adakah PAS akan mengajak MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melompat parti (PKR) kepada PAS. Berikutan dalam PKR sendiri telah ada calon lain selain Tan Sri Khalid?

(J): Itu bukan cara kita (PAS). Sejak awal lagi kerusi kita 15 (Dun), kerusi lebih dari PKR tapi kita (PAS) beri kepada PKR kerusi (MB) Selangor itu. Kita beri kepada dia (PKR) dan kita beri kepada Tan Sri Khalid atas asas dia masih lagi ahli PKR.

(S): Dalam isu mempertahankan Tan Sri Khalid ini kenapa tidak bertindak untuk melantik wakil PAS sendiri menjadi Menteri Besar Selangor?

(J): Macam saya sebut tadi kita (PAS) beri kepada PKR tadi kerana kita sudah ada (kerajaan) Kelantan. Itu menunjukkan semangat kerjasama kita dalam Pakatan Rakyat.

(S): Datuk Seri, setakat ini ada hasrat untuk mengajak Tan Sri Khalid menyertai PAS?

(J): Sehingga ini tidak berhasrat dan terpulang kepada peribadi beliau (Khalid) sendiri.

Rabu, 23 Julai 2014

SELESAIKAN SECARA BERHEMAH...


mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XLSHAH ALAM, 22 JULAI: Pakatan Rakyat (PR) diingatkan menyelesaikan isu Menteri Besar Selangor dengan tertib serta penuh berhemah dengan persefahaman tiga parti berhadapan cabaran itu untuk mempertahankan kerajaan sedia ada.
Hal ini berikutan kepercayaan pengundi di Selangor boleh merudum apabila PR sendiri memberikan gambaran perjuangan lebih mementingkan agenda politik berbanding memelihara kepentingan rakyat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau berharap isu pertukaran Menteri Besar seperti yang dimahukan beberapa pihak PKR dapat diselesaikan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab sekaligus memulihkan keyakinan rakyat ekoran isu ini.
“Sudah tentu kalau perkara ini tak diselesaikan dengan penuh tertib dan penuh adab akan menjejaskan bukan sahaja PR di Selangor tetapi PR di PRU-14 akan datang.
“Jadi oleh sebab itu saya berdoa harap perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh tertib, bertanggungjawab dan mengikut lunas-lunas Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.
“Ini kerana Enakmen Kerajaan Negeri Selangor memperakui bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah penentu orang yang akan mengepalai pentadbiran Negeri Selangor iaitu yang menjadi Menteri Besar,” kata Abdul Khalid dalam wawancara ekslusif bersama Selangor Kini di Pejabat Menteri Besar pada Isnin lepas.
Abdul Khalid juga berkata kerajaan sebelum ini berjaya membuktikan peningkatan sokongan yang diterima dari rakyat Selangor apabila berjaya meningkatkan sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013 lalu.

Sementara itu ketika mengulas proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi pengurusan air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang satu-satunya masih belum dimuktamadkan, Abdul Khalid menegaskan tindakan melobi bagi syarikat konsesi oleh mana-mana pihak merupakan langkah yang membelakangkan kepentingan rakyat Selangor.
“Jika itu berlaku bermakna mana-mana parti yang membenarkan seseorang boleh melobi ke atas keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri, ini bererti membelakangkan tujuan untuk memberikan kuasa rakyat dapat kebaikan dan pentadbiran yang tulus dan bertanggungjawab.
“Jadi oleh sebab itu saya rasa perkara ini perlu dihindarkan dan beri keupayaan kepada pentadbiran mencari jalan supaya dapat menentukan pembelian konsesi air dibuat dengan harga berpatutan, munasabah dan menguntungkan rakyat,” kata Abdul Khalid lagi.
Abdul Khalid turut menyarankan agar rakyat meneliti perkembangan terkini isu kerusi Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab dan tidak mengikuti berita fitnah dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab.
“Rakyat Selangor mesti menerima hakikat bahawa Selangor mempunyai tatacara perlantikan iaitu, tatacara yang penuh tertib dalam Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.
“Saya percaya Kerajaan Negeri dan juga pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor akan mengikuti tatacara tersebut dengan penuh tertib dan penuh adab,” jelas beliau lagi.

Isnin, 10 Februari 2014

ANDA FIKIR TS KAHLID IBRAHIM TIDAK BIJAK BERPOLITIK...


Sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang disengajakan, ramai di kalangan ahli PKR yang menyokong dengan hujah bahawa langkah tersebut terpaksa dilakukan kerana kelemahan berpolitik Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor.
Mereka memuji Khalid hebat dalam pentadbiran, tetapi pada masa yang sama, mengeji beliau tidak mahir berpolitik.
Apakah betul dakwaan mereka?
Menaikkan rizab Selangor
Mari kita bermula dari 2008. Khalid dilantik menjadi menteri besar Selangor dan mendapati kerajaan Selangor yang kaya sebenarnya miskin. Duit kerajaan entah ke mana meskipun Datuk Seri Dr Khir Toyo boleh memiliki mahligai di Shah Alam.
Tiada jalan lain bagi Khalid. Sama ada beliau mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri Selangor ataupun beliau merayu dan membiarkan diri diperas ugut daripada segi kewangan oleh kerajaan persekutuan yang masih di bawah Umno.
Bagi Khalid, untuk melawan kemaraan dan kacauan Umno di Selangor, kerajaan Selangor Pakatan Rakyat mesti mempunyai dana yang bukan sekadar cukup, malah menggerunkan lawan.
Oleh itu, tidak susah untuk memahami mengapa Khalid sentiasa mewar-warkan jumlah rizab kerajaan Selangor kepada umum. Ia adalah strategi politik serampang dua mata, pertama mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat bahawa Selangor sedang ditadbir dengan baik, dan kedua ditujukan untuk Umno, bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempunyai dana yang cukup untuk berperang dengannya sekiranya mereka melakukan apa-apa.
Meningkatkan rizab kerajaan negeri Selangor adalah satu langkah politik untuk menyekat sebarang peluang Umno untuk merampas kembali Selangor.
Hanya dengan rizab yang menggerunkan, Putrajaya tidak berani melakukan sabotaj berbentuk kewangan pada kerajaan negeri Selangor kerana ia tahu kerajaan Selangor mampu menyelesaikannya.
Ia dilakukan dengan baik oleh Khalid apabila beliau melawan sabotaj Umno menggunakan isu kutipan sampah melalui pembelian sendiri jentera pengurusan sampah.
Untuk membolehkan rakyat melupakan Umno di Selangor dan hanya teringat kepada Pakatan Rakyat, Khalid memberikan air percuma 20m3 setiap bulan kepada rakyatnya.
Pemberian air percuma ini menjadi satu mercu tanda kecemerlangan pentadbiran Khalid, kerana rakyat tidak pernah menikmati kemewahan ini semasa Umno-BN mentadbir.
Kerana air percuma ini, rakyat juga merasakan Selangor ditadbir dengan baik kerana rizab semakin meningkat sehingga mampu memberikan air percuma yang selama ini tidak mampu diberikan oleh kerajaan Umno-BN.
Air percuma ini pada kulitnya dilihat sebagai satu usaha berkebajikan Khalid, tetapi di sebaliknya, ia sebenarnya dicatur dengan penuh teliti yang merangkumi kehebatan ilmu strategik politik Khalid.
Lantikan Khusrin, gaji, istana
Sebagai seorang bekas CEO satu syarikat yang besar, setiap tindakan Khalid akan dilakukan dengan penghujungnya “apakah kesudahan yang diinginkan.”
Khalid perlu memastikan setiap langkah taktikalnya menguntungkan kerajaan negeri dan juga rakyatnya meskipun berdepan dengan keadaan yang amat sukar. Situasinya mesti win-win, atau win-lose, tapi lose untuk pihak lain.
Selain itu, Khalid juga dilihat sentiasa mengelakkan diri dan kerajaan negeri daripada bertembung dengan pihak istana.
Khalid belajar daripada episod bantahannya terhadap pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor.
Ketika itu, walaupun Khalid membantah pelantikan Khusrin yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) tanpa merujuknya terlebih dahulu, tetapi beliau tetap menghadirkan diri ke majlis angkat sumpat Khusrin atas alasan menghormati Sultan Selangor.
Daripada segi politik, Khalid memahami sekiranya beliau memulau majlis angkat sumpah tersebut, ia akan dilihat sebagai mengisytihar perang dengan istana.
Apakah kebaikan atau keuntungan yang boleh dicapai dengan berperang dengan istana? Tiada, malah ia merugikan kerana langkah itu akan memberi laluan untuk Umno mempertingkat serangan dan menjejaskan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat.
Oleh itu, Khalid akur dengan lantikan Khusrin meskipun dalam protes kerana menjaga hubungan baiknya dengan istana perlu diutamakan bagi mengelak gangguan tidak perlu terhadap kerja beliau sebagai MB Selangor. Langkah sedemikian juga mengelakkan beliau dan seluruh kerajaan negeri daripada terperangkap dalam permainan Umno.
Berbalik ke waktu ini, ramai yang mengecam tindakan Khalid menaikkan gaji exco, speaker, timbalan speaker dan beliau sendiri sebagai menteri besar pada skala yang besar.
Walaupun panas pada awal isu ini terletus, tetapi akhirnya, isu gaji tinggi di Selangor sebenarnya berpihak kepada kebijaksanaan politik Khalid.
Gaji yang tinggi melambangkan kemakmuran pentadbiran Selangor. Gaji MB lebih tinggi daripada PM sebenarnya satu kemenangan untuk Pakatan Rakyat, kerana ia menunjukkan Selangor ditadbir jauh lebih baik daripada Putrajaya sehingga membolehkan keadaan itu berlaku. Meskipun Umno-BN mentadbir untuk 5 dekad lamanya, mereka masih tidak mampu berbuat demikian.
Khalid juga tidak mahu apa yang berlaku semasa pentadbiran Umno-BN berlaku di zaman Pakatan Rakyat iaitu ahli politik termasuk exco merekacipta projek dan menceburkan diri dalam aktiviti untuk menambah sumber pendapatan diri dan keluarga kerana kesempitan wang. Situasi inilah menjadi baja kepada suburnya masalah kronisme, salah guna kuasa, projek rundingan terus dan rasuah di dalam pentadbiran Umno-BN.
Apakah jalan keluar untuk mengelakkan perkara ini berlaku? Bagi Khalid, memberikan gaji yang setimpal kepada mereka adalah jalan keluar paling mudah dan logik. Walaupun dari luar kenaikan gaji yang dicadangnya kelihatan lumayan, sebenarnya gaji itu adalah setimpal dengan kecemerlangan kerajaan negeri Selangor.
Jais, isu Allah dan PKNS

Dalam isu kemelut agama pula, Khalid sebagai MB Selangor menghadapi dua ujian politik yang besar, kedua-duanya melibatkan tindakan Jais.
Pertama ialah serbuan Jais ke gereja DUMC dan yang kedua ialah serbuan Jais ke Persatuan Bible Malaysia (PBM) untuk merampas Bible berbahasa Melayu.
Khalid sudah tentu sedar isu Allah ini bukanlah isu akidah, kerana sekiranya ia adalah isu akidah, sudah tentu hukumnya meliputi semua negeri di Malaysia.
Namun, apabila ada sesetengah negeri dibenarkan kerajaan untuk menggunakan Allah dan sesetengah negeri tidak, sudah pasti isu Allah pada pandangan Khalid menjadi satu isu politik.
Isu Allah tidak pernah reda, dan malah makin buruk apabila ahli politik, para peguam dan media daripada kedua-dua belah terus menghangatkan suasana dengan menegaskan pandangan masing-masing mengenai penggunaan nama Allah.
Penganut Kristian terus menggesa pemimpin bukan Islam daripada PR untuk bersuara mempertahankan hak mereka. Mereka juga mengharapkan pemimpin Melayu PR bersuara untuk pihak mereka menggunakan fakta sejarah dan sudut perlembagaan.
Pihak satu lagi pula, mereka terus bertegas bahawa Allah adalah hak milik eksklusif orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.
Perkara ini menjadi lebih rumit, apabila kajian UMCEDEL dan Merdeka Centre menunjukkan lebih daripada 75% orang Islam di Malaysia berpendapat bahawa Allah adalah hak milik eksklusif orang Islam.
Oleh itu, apakah kesudahan yang diharapkan daripada kemelut Allah ini?
Dalam isu Allah, situasi apakah yang paling menguntungkan Pakatan Rakyat dan pada masa sama menghalang Umno terus mengambil untung politik daripada segi menjauhkan pengundi Melayu pedalaman daripada mendekati Pakatan Rakyat?
Itu yang menjadi pertimbangan Khalid. Khalid sedar isu Allah sudah menghampiri tahap tiada penyelesaian, maka apa yang boleh dilakukannya ialah mengelakkan diri dan kerajaan negeri daripada menambah minyak pada isu yang tengah membara.
Ini dilakukan oleh Khalid dengan mengambil sikap pasif terhadap isu tersebut.
Khalid tahu mengheret kerajaan negeri ke kemelut Allah adalah satu tindakan tidak bijak. Isu Allah ini sepatutnya masalah kerajaan persekutuan, dan tiba-tiba kini ia cuba dijadikan seolah-olah ia masalah Selangor kerana tindakan Jais seperti cara Umno melontarkan kentang panas isu Allah ini kepada PAS.
Apakah kesudahan yang boleh diharapkan jika Khalid membawa kerajaan negeri untuk berperang dengan satu agensi di bawah kuasa sultan? Tiada, kerana 75% orang Melayu tidak bersetuju dengan nama Allah digunakan oleh agama lain, sudah tentu berperang dengan Jais dan Mais tidak akan menyelesaikan kemelut ini.
Berpihak kepada mana-mana pihak akan menyemarakkan keadaan. Langkah yang boleh diambil oleh Khalid ialah meredakan keadaan.
Bagaimana untuk meredakan keadaan? Iaitu dengan bersikap pasif dan mengelak daripada melakukan apa-apa yang boleh menghangatkan lagi kontroversi dan memberi peluang kepada Umno untuk menyerang.
Maka, kerajaan negeri Selangor mengambil pendirian menghormati apa yang dilakukan Jais dan Mais untuk tidak dilihat bertembung dengan istana sambil memberikan teguran kepada Jais agar memaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri sebelum serbuan dilakukan pada masa depan.
Sikap pasif Khalid juga boleh dilihat apabila beliau tidak menyahut cadangan beberapa Adun DAP untuk meminda Enakmen 1988 Selangor. Jika disahut, maka Khalid sendiri membantu DAP dan Pakatan Rakyat memijak bom yang dipasang lawan.
Itulah langkah tengah yang diambil oleh Khalid untuk meredakan isu Allah.
Sudah tentu, ada pihak yang tidak senang dengan tindakan Khalid, tetapi daripada sudut politik, apa yang dibuat Khalid menghentikan isu Allah daripada terus marak dan dimanipulasikan pihak tertentu untuk menegangkan lagi hubungan antara kaum dan agama di Selangor.
Dan sikap pasif Khalid ini memberi manfaat kepada Pakatan Rakyat daripada terus rugi daripada sudut persepsi politik bahawa mereka tidak berpihak kepada orang Melayu.
Khalid sedar bahawa Pakatan Rakyat berhadapan dengan masalah kurangnya sokongan Melayu pedalaman, dan orang Melayu pedalaman ini tidak mempunyai masalah untuk kekal bersama Umno-BN.
Oleh itu, daripada sudut politiknya, Khalid tidak boleh melakukan sesuatu yang menambahkan alasan untuk mereka kekal bersama Umno-BN.
Bagi rakyat di kawasan bandar dan semi-bandar, terutamanya pengundi bukan Islam, Khalid memilih untuk mengambil 'calculated risk' dengan menaruh harapan bahawa mereka sedar bahawa ini adalah permainan Umno-BN. Khalid menaruh keyakinan bahawa mereka akan kekal bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno-BN.
Kontroversi di PKNS dan pemecatan 30 pekerja kontrak di PKNS juga secara tersiratnya menunjukkan kehebatan Khalid berpolitik.
Tindakan tegas dan cepat ini dilakukan pada waktu PRK Kajang bakal langsung dapat mengurangkan protes dalaman secara drastik terhadap isu ini kerana masing-masing ingin menjaga kepentingan kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang.
Memahami CEO Khalid
Sebagai seorang CEO, Khalid perlu memastikan perniagaan Guthrie adalah terjamin. Sebagai MB, Khalid perlu memastikan Selangor terus berkembang, terus kaya dan terus kekal di tangan Pakatan Rakyat.
Kerajaan Selangor mesti kekal telus. Kerajaan Selangor mesti dilihat kerajaan yang ‘do what you say, and say what you do.’
Asalkan kerajaan Selangor kekal di tangan Pakatan Rakyat dengan kepercayaan yang diberikan rakyat, barulah rakyat dan parti Pakatan Rakyat dapat mendapat manfaat daripadanya. Jika ia kembali kepada Umno-BN, hanya segelintir yang sahaja yang dapat tinggal di rumah seperti istana.
Kerajaan negeri yang mencampur-adukkan hal ehwal kerajaan negeri dengan hal parti tidak akan bertahan lama.
Banyak keputusan kerajaan negeri perlu diambil atas kepentingan kerajaan negeri, dan kebanyakan keputusan tersebut sebenarnya tidak menguntungkan parti politik; sebagai contoh - mengurangkan pembelanjaan daripada sudut lantikan politik atau memberi projek kecil-kecilan untuk membiayai program parti secara halus.
Lebih-lebih lagi, Khalid tahu agensi seperti SPRM adalah ‘lebih rajin’ untuk menyiasat salah laku di dalam kerajaan negeri milik PR berbanding Umno-BN. Oleh itu, beliau tidak boleh mengambil sebarang risiko untuk SPRM dan Umno-BN mendapat sebarang bukti kesilapan dengan membiarkan hal ehwal negeri disalahgunakan untuk keperluan parti.
Beliau terpaksa kedekut. Demi kerajaan Selangor untuk terus hidup, Khalid perlu pentingkan kepentingan kerajaan negeri daripada kepentingan parti.
Barangkali itulah yang menyebabkan ahli partinya sendiri menuduh beliau tidak pandai berpolitik, meskipun langkah politik Khalid untuk menghalang kemaraan Umno di Selangor cukup mengkagumkan.
Sebagai seorang bekas CEO di syarikat sebesar Guthrie, mustahil Khalid tidak mahir berpolitik. Politik dalam dunia korporat kadangkala adalah jauh lebih ganas daripada politik di luar.
Khalid tidak pernah malu menyatakan bahawa beliau kaya. Dan kerana itu, beliau "has nothing to lose."
CEO yang menampilkan dirinya seolah-olah tidak pandai berpoltik, tetapi, pada masa sama cukup berani dan tangkas membuat keputusan (lihat episod PKNS) apabila situasi memerlukannya adalah amat digeruni oleh kawan mahupun lawan.
Apakah anda masih percaya Khalid tidak bijak berpolitik? –

Rabu, 15 Januari 2014

WAKTU SOLO DAN SELEPAS BERKAHWIN... ZAMAN JIMAT CERMAT NIE

Hehehee .. Selepas berkawin.. Apakah benar hingga 0? Hurmm.. Sepatutnya gitu la , kan ? Pendapatan suami milik isterinya.. Manakala pendapatan isteri ? Haaa..

Hehehe.. tak yah la nak pening pening.. Kalau isteri kita tu , sanggup mengorbankan nyawanya utk memberikan waris pada kita , wahai rakan2ku, sisuami.. takkan laaa kita nak berkira dengan mereka kan ?

Lagi pun , mmg itu tanggungjawab suami memberi nafkah pada mereka..

Aku bg contoh cam aku laa.. Setiap bulan (waktu keje dgn bank), kalau rezeki aku lebih .. selepas bayar segala hutang , memang aku akan tranfer duit yang masuk ke akaun aku atas urusan blog atau extra income kepada wife.. Dia akan simpan ke dalam akaun anak .. SSPN, Insuran dan Tabung Haji. 

Semua untuk masa depan mereka ..  Haaa..

Untuk aku , ada gak .. Aku pastikan aku dah bagi kepada orang tua aku (kadang2 kot hehe), bayar duit kereta dan sebagainya.. Baki tu , aku simpan skit untuk aku. Tu pun tak banyak mana pon. Tak lepas nak nikah lari kat Siam pun.. Hahaha..(gelak jahat nie)

Kalau ada yang kata , lelaki pada patut ada simpanan sendiri. Ye , patut ada.. Simpan aja dalam Tabung Haji. Tak perlu ada rasa was was pada isteri kita.

Serahkan saja selebihnya pada Allah..

Gomo klate gomo... sabtu ni lawan Sime Darby



Wahh... hebat team klate tahun nie..
Tahun nia ada Fahmi, Fakri, Piya.. tak mention lorr lagi Forkey Dole, Chawwky, Obinna ..
Sempat bertandang ke Perdana Beach Resort petang semalam utk menyaksikan pelancaran jersey baru depa.. ramai betul penyokong klate.. . semuanya ada, penyokong, majalah TRWC, team sorak depa ultra team, bekas presiden pun udah jadi Penasihat persatuan Tan Sri Anuar Musa... hebat-hebat...
good luck untuk game sabtu nie lawan Sime Darby...
Gomo klate gomo!!

Sabtu, 28 Disember 2013

KUASAI PEMASARAN, RAHSIA MENARIK PELANGGAN DARI DR AZIZAN OSMAN ~



Wahhh ..Ramai yang pergi kursus dia, bawa pulang ilmu dan semangat yang bermanafaat. Dia ada ilmu. 

9/10 punca kekayaan di dunia ini adalah dari perniagaan tetapi kena ingat juga 9/10 yang berniaga terlingkup bila mulakan perniagaan.....

Banyak yang boleh di pelajari dan di gunakan untuk peniaga dan bakal usahawan. Seminar percuma dan balik di bekalkan buku percuma pulak tuuu.....

Saya sedang membaca buku Dr Azizan dan Aqif Azizan, gabungan penulis....17 strategi magnet menarik pelanggan, pemasaran panggil-panggil, dan 8 kunci penamaan dan penjelmaan perniagaan merupakan antara topik-topik menarik di dalamnya, dan ianya amat bagus...

Syabas, dan anda yang menyertai kursus DAO memang hebat ~~

Sabtu, 14 Disember 2013

PENGERTIAN DAN HUKUM SOMBONG. SATU PERINGATAN UNTUK KITA.

Definisi sombong, riak, bangga diri. meninggi diri, ujud dan sewaktu dengan nya

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Luqman : 18)

PENGERTIAN SOMBONG
Definisi sombong oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadits: “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia”
(Riwayat Muslim)

“Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri. Memandang dirinya lebih besar dari pada orang lain, Kesombongan yang paling parah adalah sombong kepada Rabbnya dengan menolak kebenaran dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan ataupun
mengesakan-Nya”. (Fathul Bari’ 10/601)

HUKUM SOMBONG
Sombong haram hukumnya dan termasuk dosa besar. Ayat diatas telah dengan tegas menjelaskannya.

Ibnu Katsir : ; mengatakan,; “Firman Allah ;” dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh” maksudnya janganlah
kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, lagi berbuat semenamena. Jangan kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah akan
murka kepadamu” (Tafsir Ibnu Katsir 3/417)

“Tidak akan masuk sorga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi” (Riwayat Muslim)

Imam An Nawawi : ; berkata: “Hadits diatas berisi larangan dari sifat sombong, yaitu menyombongkan diri kepada manusia,
merendahkan mereka serta menolak kebenaran”(Syarh Shahih Muslim 2/269)

Isnin, 11 November 2013

LELAKI YANG AKAN DI TARIK KE NERAKA........


4 LELAKI DITARIK KE NERAKA

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

JIKA BERJIWA MENULIS, PASTI LAHIR BUKU...TIP DR NORA ANGGUN DAN SIHAT

HANYA wanita mengenal wanita. Kata-kata itu tepat untuk menceritakan jiwa Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar yang mesra disapa dengan panggilan Nora.
Lebih 20 tahun lalu, Nora telah bernazar untuk mencurahkan khidmat dan bakti melalui pekerjaan hakiki yang disandangnya atau menerusi penulisan sekiranya berjaya lulus dalam peperiksaan perubatan yang diduduki.
Ternyata niat baik beliau dimakbulkan yang Maha Esa dan janji itulah yang menjadikan wanita yang anggun berbusana rona kuning itu kekal berbakti kepada masyarakat khususnya golongan wanita sehingga ke hari ini.
Nora memiliki pengalaman selama 25 tahun sebagai doktor dan sepanjang tempoh itu, beliau telah merawat lebih 10,000 wanita dan menyambut kira-kira 3,000 kelahiran bayi.
Impiannya untuk memiliki pusat perubatan sendiri juga berjaya direalisasikan dengan tertubuhnya Pusat Perubatan PrimaNora di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur yang menjadi pusat sehenti perubatan dan kecantikan. Pusat perubatan tersebut menjaga keperluan kesihatan wanita dan keluarga.
Sepanjang hidupnya, Nora mempunyai misi untuk memartabatkan kesihatan golongan wanita dengan memberi maklumat dan mendorong mereka lebih memahami tentang kesihatan diri.
Buah tangan terbaharu
Pengalaman berharga yang dimilikinya diterjemahkan melalui penulisan lebih 200 rencana di pelbagai penerbitan. Penulisan beliau boleh dibaca di akhbar New Straits Times dan majalah Wanita.
Buah tangan terbaharu Nora buat pembaca setianya kini diterbitkan dalam bentuk buku yang berjudul Tip Dr. Nora Anggun dan Sihat.
“Wanita memang terkenal dengan pengorbanan masa dan jiwa demi kebahagiaan keluarga sehingga terlepas pandang kepada keadaan diri sendiri.
“Buku ini diterbitkan sebagai menyambut permintaan wanita di luar sana yang mahu mendapatkan maklumat berguna tentang cara penjagaan kesihatan diri,” katanya pada majlis pelancaran buku tersebut di Hotel Palm Garden, Putrajaya baru-baru ini.
Menariknya, Nora berulang kali berpesan bahawa kesihatan bukan segala-galanya namun tanpa kesihatan, semuanya tidak membawa makna.
Artikel yang dibincangkan dalam buku tersebut menyentuh tentang kesihatan umum, kaedah mengatasi tekanan, kehamilan, ketidaksuburan dan kesihatan seksual wanita.
Idea menulis
Tambah Nora, idea menulis tentang tip berkenaan bukan sahaja melalui pembacaan dan pendidikan yang dimilikinya semata-mata malah kebanyakkan idea diilhamkan sendiri oleh pesakitnya.
Buku tersebut turut menekankan tentang amalan kesihatan yang baik dapat memberikan impak kesihatan untuk jangka masa panjang.
“Apa yang dicipta di atas muka bumi ini sebenarnya sudah cukup sempurna untuk kegunaan tubuh kita. Tetapi, kita sendiri yang sabotaj tubuh badan dengan mencampurkan benda asing di dalam makanan dan minuman.
“Kelesuan terjadi apabila badan manusia mengandungi terlampau banyak kandungan toksin. Sebenarnya, gula adalah lebih bahaya daripada heroin kerana ia juga menyebabkan ketagihan dan menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit,” jelas wanita yang tidak pernah lekang menguntum senyuman ini.
Buku tersebut turut boleh dikongsikan dengan pasangan masing-masing agar golongan lelaki boleh memahami wanita dengan lebih baik.
Buku Tip Dr. Nora Anggun dan Sihat terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. ini dijual pada harga RM15 senaskhah dan boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh negara.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2kKXSvBpc 
Hakcipta terpelihara 

Khamis, 7 November 2013

Bengkel Keusahawanan GenUH di Hotel Sahara, Rawang pada 26 Okt 2013

Bersama PKM Dun Rawang, Yb Gan Pei Nei dan Gen UH Generasi Usahawan Hebat mengadakan bengkel keusahawan di Hotel Sahara, Rawang..26 Okt Sabtu lepas demi ntuk mertabatkan peniaga dan usahawan kecil sekitar rawang. Tahniah kepada semua peserta bengkel Gen-UH..


Isnin, 4 November 2013

Jangan lupa bawak keluarga sebelum maghrib.....

Jangan lupa hari ini...setengah jam sebelum waktu maghrib...kita ke masjid beramai-ramai...bawak setiap ahli keluarga kita..kerana bukan kita seorang yang mahukan keberkatan hidup dariNYA...tapi semua ahli keluarga kita juga menginginkannya....juga sebarkan kepada jiran-jiran tetangga kita...kerana mereka juga mahukan peluang hebat setahun sekali ini....wallahualam....

Rabu, 30 Oktober 2013

GENERASI USAHAWAN HEBAT ATAU RINGKASNYA GEN-UH


Pada 28 Oktober lepas, Isnin, hampir seramai 200 orang peserta di bengkel keusahawanan Hari Usahawan Bukit Sentosa telah hadir untuk mendengar motivasi usahawan hebat yang di sampaikan oleh Sdr Shaiful Anuar Sulaiman dari GEN_UH atau Generasi Usahawan Hebat, sebuah NGO. Hebat, hebat dan hebat adalah jeritan yang bergema di Dewan Komuniti Bukit Sentosa.

Dengan kehadiran yang memberangsangkan ini, pihak Majlis Daerah Hulu Selangor yang di wakili oleh Puan June Leow dan Tuan Ethan Law, mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang sanggup meninggalkan perniagaan mereka untuk hadir ke majlis tersebut.
Puan Azuwa Zulkifli, salah seorang usahawan wanita yang hadir, merasakan peluang sebegini harus di buka setiap masa untuk peniaga dan usahawan di kawasan Bukit Sentosa/Bukit Beruntung.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian peluang perniagaan MLM, Tone xceelence oleh Puan Wan Hamimie Wan Pa, seorang yang turut berjaya dan menjadi broker hartanah.
Turut bersama adalah Puan June dan Ethan Law yang memberikan suntikan semangat kepada peserta lain yang hadir.
Shaiful Anuar Sulaiman, pengasas Gen-UH menyatakan rasa senang dengan kehadiran yang ramai di Hari Usahawan Bukit Sentosa yang julung2 kalinya di adakan. Beliau turut mengucapkan terimakasih kepada semua yang hadir dan membantu bagi menjayakan program ini.

USAHAWAN HEBAT DI HARI USAHAWAN BUKIT SENTOSA ANJURAN GEN-UH, GENRASI USAHAWAN HEBAT ~28 OKT 2013 ISNIN..

Pada 28 Oktober lepas, Isnin, hampir seramai 200 orang peserta di bengkel keusahawanan Hari Usahawan Bukit Sentosa telah hadir untuk mendengar motivasi usahawan hebat yang di sampaikan oleh Sdr Shaiful Anuar Sulaiman dari GEN_UH atau Generasi Usahawan Hebat, sebuah NGO. Hebat, hebat dan hebat adalah jeritan yang bergema di Dewan Komuniti Bukit Sentosa.

Dengan kehadiran yang memberangsangkan ini, pihak Majlis Daerah Hulu Selangor yang di wakili oleh Puan June Leow dan Tuan Ethan Law, mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang sanggup meninggalkan perniagaan mereka untuk hadir ke majlis tersebut.
Puan Azuwa Zulkifli, salah seorang usahawan wanita yang hadir, merasakan peluang sebegini harus di buka setiap masa untuk peniaga dan usahawan di kawasan Bukit Sentosa/Bukit Beruntung.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian peluang perniagaan MLM, Tone xceelence oleh Puan Wan Hamimie Wan Pa, seorang yang turut berjaya dan menjadi broker hartanah dan juga Abd Aziz Abd Rahman dari Pyrosciencew @barangan kecantikan.


Turut bersama adalah Puan June dan Ethan Law yang memberikan suntikan semangat kepada peserta lain yang hadir.
Shaiful Anuar Sulaiman, pengasas Gen-UH menyatakan rasa senang dengan kehadiran yang ramai di Hari Usahawan Bukit Sentosa yang julung2 kalinya di adakan. Beliau turut mengucapkan terimakasih kepada semua yang hadir dan membantu menjayakan program ini.

Isnin, 23 September 2013

DUGAAN BESAR IBLIS SEBELUM KEMATIAN ~ UST AZHAR IDRUS

7 rombongan iblis ketika sakaratul maut

ustazharidrus.blogspot.com,


Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1

Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan 5

Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?”
Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.” Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.” Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7

Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.” Iblis Dengan Ahli Neraka

DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api. Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.” Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.” Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis. Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.” Berkata Iblis lagi: “Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.” Berkata Iblis lagi: “Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?” Akhirnya Iblis berkata: “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.”

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka. Malaikat Zabaniah berkata: “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.” Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti maka segala-galanya tidak berguna lagi. Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada   Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya. Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.

waallahua'alam