Rabu, 17 November 2010

Satu Anggota Satu Undi menyaingi Satu Malaysia akhirnya..

Perjalanan Pemilihan 2010 bagi pimpinan cabang dan pusat untuk Parti Keadilan Rakyat akan berakhir hujung minggu ini (21 Nov 2010). Banyak pendapat dan pandangan samada dari anggota parti sendiri mahupun dari parti pemerintah akan didengari dan disimpulkan melalui media-media.

Bagi saya, semuanya akan berpaut dan berpusat kepada kematangan parti dan anggotanya sendiri yang mana telah berjaya mengadakan satu idea politik baru bagi politik Malaysia dimana setiap anggota parti mempunyai hak yang sama rata untuk memilih pimpinan mereka sendiri samada di peringkat cabang atau pun di peringkat pusat. Kejayaan mengadakan pemilihan yang melibatkan keseluruhan anggota parti (dikatakan 400,000 anggota yang layak pada pemilihan kali ini) walaupun cuma kurang sepuluh persen yang turun untuk menunjukkan hak mereka, haruslah dipuji dan dipandang dengan mata dan minda positif. Mana mungkin parti atau sebarang parti lain akan dapat mengadakan satu pemilihan dengan satu anggota satu ahli sebagai formula keadilan didalam pertandingan sesuatu organisasi politik.

Pakatan Rakyat sebagai kumpulan pembangkang di Malaysia juga mendapat manafaatnya dengan konsep satu anggota satu undi. Mana tidaknya, dengan situasi dan kebanjiran slogan Barisan Nasional yang telah sampai ke sekolah-sekolah dimana diberikan air kotak dengan lambang satu malaysia, Parti Keadilan Rakyat akhirnya telah dapat menyaingi Satu Malaysia, sekurang-kurang pada bulan Jun sehingga bulan November ini. Dek kerana saban hari media kerajaan memberikan laporan percuma untuk perjalanan pemilihan 2010 ini (walaupun agak jelek laporannya) sehinggakan semua rakyat sudah hampir faham tentang formula kematangan parti, satu anggota parti PKR dapat mengundi dengan mempunyai satu hak dalam penentuan dan pemilihan pimpinan cabang dan pusat.

Harapan ramai penyokong dan anggota parti, selepas pemilihan dan mungkin suasana di Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya pada 26-28 Nov 2010 ini kelak, unggapan buang yang keruh, ambik yang jernih dan ...apa yang berlalu, akan bertaut semula akan terjadi dan benar-benar terjadi. Yang menang bukan menang semuanya dan yang kalah bukan kalah semuanya.

ShaifulAnuar Sulaiman
Mantan SU/Ketua Penerangan
Cabang Hulu Selangor.