Jumaat, 1 Mei 2009

Pihak Berkuasa Mesti Tegas-Jangan Jadikan Malaysia Pusat Seludup Manusia


BOT membawa 37 rakyat asing ditahan di perairan Kuala Langat, Selangor, Sabtu lalu.
Bot bawa 37 rakyat asing ke Australia ditahan polis Afghan, Pakistan dan Iraq ditahan asing ditahan
KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket penyeludupan manusia yang menjadikan Malaysia sebagai transit ke Australia melalui jalan laut, terbongkar berikutan penahanan 37 rakyat asing termasuk 16 warga Afghanistan, 14 Pakistan dan tiga Iraq di perairan Kuala Langat, Selangor, Sabtu lalu.Malah, pihak berkuasa kini turut menyiasat kemungkinan tragedi bot karam yang mengorbankan sembilan orang, termasuk enam sekeluarga dari Pakistan di perairan Teluk Ramunia, Johor, kelmarin, mempunyai kaitan dengan sindiket itu.Dalam kes penahanan 37 rakyat asing itu, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mereka mahu menuju ke Indonesia sebelum meneruskan perjalanan ke Australia, dengan bantuan sindiket didalangi rakyat tempatan dan asing, untuk bekerja atau mendapatkan suaka politik di sana.

Selesema babi serang Mexico


.
GAMBAR virus H1N1 selesema babi yang diedarkan kelmarin oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat
PENDUDUK Mexico memakai topeng mulut dalam kenderaan awam, semalam.H1N1 disahkan jadi punca kematian berpuluh pendudukBANDARAYA MEXICO: Sejenis virus selesema khinzir yang baru dikesan disahkan membunuh berpuluh penduduk di Mexico sehingga memaksa pihak berkuasa negara itu menutup sekolah, muzium, perpustakaan dan teater kelmarin mencetuskan kebimbangan penularan wabak itu ke seluruh dunia.Kebimbangan terhadap virus baru itu - H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini turut menjangkiti sekurang-kurangnya lapan penduduk di Texas dan California, namun belum ada kematian dicatatkan di negara itu."Kami amat bimbang," kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham."Kami dapati apa yang berlaku ialah penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia." Wabak itu menyebabkan kebimbangan di Mexico, di mana lebih 1,000 penduduk dilaporkan sakit. Penduduk di ibu negara itu mula memakai topeng mulut dan pihak berkuasa mengarahkan lebih banyak tempat awam di tutup.Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus khinzir itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya.
Pemangku Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Richard Besser berkata vaksin baru yang bersesuaian dengan virus selesema itu sedang dicipta. Sekiranya kerajaan memutuskan penghasilan vaksin adalah perlu, pengeluar akan mula mengeluarkannya.Sementara itu, di LOS ANGELES, pihak berkuasa kesihatan California menjangka lebih banyak pertambahan kes selesema itu akan dikesan selepas sekurang-kurangnya lapan penduduk di Amerika disahkan menghidapnya.California yang mencatatkan enam kes seumpama itu berkata pihak kerajaan negeri bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa dan persekutuan di mana Gabenor Arnold Schawarzenegger mahu tindak balas segera dilaksanakan. – AP/Reuters

Buat aduan kepada Jawi guna SMS



@junhairi.alyasa@kosmo.com.my
PENOLONG pegawai teknologi maklumat, Nor Azah Ali (kiri) dan Shahriza Farah Diba Zakaria memegang poster Gerbang SMS JAWI 15888 pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Lapor maksiat di hujung jari! Itu langkah terbaru Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mulai semalam yang mewujudkan sistem aduan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Selain itu, sistem tersebut diperluaskan dan penggunaan SMS juga membolehkan orang ramai mendapatkan borang nikah yang akan dihantar terus kepada e-mel pengguna.
Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera berdasarkan aduan SMS yang dihantar tetapi perlu menyiasatnya terlebih dahulu.
"Tetapi setiap aduan itu perlu disiasat dengan teliti terlebih dahulu sebelum tindakan diambil, kita tidak mahu ada unsur fitnah atau percubaan menganiaya orang," katanya ketika sidang akhbar selepas majlis pelancaran Gerbang SMS Kerajaan Malaysia 15888 di Dewan Hadhari Jawi sini semalam.
Sistem SMS yang dibangunkan oleh Dapat Vista Sdn. Bhd., itu sudah boleh digunakan sejak semalam dan orang ramai perlu menghantar SMS dengan menggunakan telefon bimbit ke JAWI MENU dan dihantar ke nombor 15888.
Kos penghantaran pertama akan melibatkan bayaran sebanyak 15 sen dan kos penerimaan pula sebanyak 20 sen dan semua SMS terbabit akan dihantar terus kepada tiga saluran utama bagi membolehkan tindakan pantas diambil iaitu ke e-mel, SMS kepada pegawai dan direkodkan ke dalam laman web Jawi.