Ahad, 21 Jun 2009

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI !



LEE Chong Wei memeluk Taufik Hidayat selepas menangi perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Indonesia di Istora Bung Karno di Jakarta petang tadi. - Foto AP.

WACANA PENDIDIKAN RAKYAT CARLTON HOLIDAY HOTEL, SHAH ALAM

Wacana Pendidikan Rakyat (WADIRA) 2009 memutuskan beberapa resolusi untuk menjadikan pendidikan sebagai wacana teras dalam merealisasikan prinsip perjuangan KeADILan bagi menegakkan kebenaran, mewujudkan keamanan, memperkasakan perpaduan, menyubur kemakmuran serta memberi kesejahteraan hidup kepada seluruh warga Malaysia.
WADIRA selama dua hari anjuran Parti Keadilan Rakyat di Hotel Carlton, Shah Alam bermula Sabtu lalu, dirasmikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Biro Pendidikan Parti KeADILan Rakyat, Dr Mohd Nor Manuty, berkata WADIRA yang dihadiri lebih 400 peserta telah menyumbangkan pelbagai pandangan dan idea yang sangat bermanfaat.
Antara resolusi yang diputuskan ialah PKR memandang berat agenda pendidikan tanpa toleransi dan dasar pendidikan yang kini berada dalam keadaan krisis memerlukan suatu mekanisma perubahan.
WADIRA turut menyokong usul Kongres PKR (29-30 November 2008) yang lalu, bahawa PKR perlu menggubal satu Sistem Pendidikan Nasional Baru yang progresif dan berkualiti bermatlamatkan penjanaan sumber daya dengan berpaksi kepada sistem nilai bersama bersumberkan kepelbagaian tamadun manusia dengan berteraskan Perlembagaan.
PKR perlu mengembalikan semula roh falsafah pendidikan Negara yang telah termaktub dalam Akta pendidikan 1986.
Menjadikan bahasa Melayu sebagai mekanisme linguislistik iaitu medium komunikasi atau bahasa perantaraan sebagai asas utama bagi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang berkualiti.
Sistem pengajaran dan kaedah penyampaian mata pelajaran bahasa Inggeris harus direncanakan semula bagi mengelakkan ketidak-seragaman atau jurang tahap pendidikan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Kekayaan tahunan Negara yang diperolehi hendaklah dibelanjakan secara setimpal antara prasarana dan sistem pendidikan yang digunapakai untuk mengambarkan ciri-ciri sistem pendidikan sesebuah Negara maju. Lantaran itu, segala kebocoran di dalam pengagihan dan perbelanjaan dana bagi projek pendidikan ini, hendaklah dibenteras.
Menstruktur semula mereka yang benar-benar layak menerajui bidang keilmuan. Memartabatkan golongan cendekiawan dan ilmuan di tempat sewajarnya.
Pendidikan perlu berteraskan nilai-nilai murni, akhlak dan etika yang terdapat dalam pelbagai budaya dan kaum di Negara ini.
Mendokong nilai-nilai Hak Asasi Manusia seperti demokrasi pendidikan dan kebebasan bersuara.
Bahasa Melayu mestilah digunakan sebagai bahasa perantara dalam urusan rasmi kerajaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan digunapakai dalam urusan perniagaan dengan pihak kerajaan.
Menghidupkan semula fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengiktiraf guru-guru yang dapat menterjemahkan bahan-bahan ilmiah. Anugerah akan diberikan kepada guru dan sekolah yang Berjaya.
Menyokong Ketua Pembangkang yang mengemukakan usul bantahan perlaksanaan wajib lulus matapelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sementara itu, WADIRA juga mengesa negeri-negeri yang dikuasai kerajaan Pakatan Rakyat, menimbangkan cadangan-cadangan yang berada di bawah wilayah pengaruhnya sekarang iaitu;
Mengubal dasar pendidikan yang boleh diterima bersama oleh ahli semua parti dan diketengahkan sesuai dengan penerimaan masyarakat.
Mengkaji potensi institusi-intitusi pendidikan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat, terutama di Selangor untuk menjadi model reformasi pendidikan dengan menjadikan UNISEL dan KUIS sebagai benchmark.
Memastikan institusi pendidikan yang dikuasai Pakatan Rakyat, dipimpin oleh mereka yang berkebolehan serta menghayati falsafah dan perjuangan reformasi yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
Cadangan ditubuhkan Majlis Pendidikan Rakyat untuk menyelaraskan dasar-dasar dan tindakan yang berkaitan dengan pendidikan rakyat.

Sahabat menyambut menantu di Taman Widuri, Bkt Beruntung..21 Jun 2009 Ahad




Tidak sempat merakam gambar pengantin tetapi sempat bergambar dengan YB Azmin Ali yang turut hadir di majlis perkahwinan Marzwan anak kepada Hj Muhammad Yahaya, sahabat lama di Bukit Beruntung hari ini. Saya hadir bersama Tuan Ramley Mey, Setiausaha Mesjid Bukit Sentosa. Majlis meriah dengan persembahan nasyid sekolah rendah agama Bkt Beruntung dan Kumpulan Marhaban dari Batu Caves. Turut hadir dimajlis tersebut adalah Exco Kanan Negeri, YB Datuk Hassan Mohd Ali dan YB Azmin..