Rabu, 4 Februari 2009

Kursus keusahawanan agro komersial



peserta didedahkan dengan kursus praktikal bagi merasai pengalaman sebenar sebagai usahawantani.

Program Bumi Hijau yang dilancarkan kerajaan merupakan salah satu langkah bagi menggalakkan masyarakat terlibat secara langsung dalam usaha pertanian dan asas tani.
Biasanya dilakukan secara kecil-kecilan bertujuan berjimat cermat, tetapi mereka yang ingin meneroka secara serius sektor pertanian mampu memberi pulangan menguntungkan.
Menyedari hakikat, Kolej Komuniti Selayang baru-baru ini mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Keusahawanan Komersial yang diselaras di bawah Program Basmi Kemiskinan.
Kursus jangka pendek selama enam hari yang disertai lebih 100 orang peserta dijayakan dengan kerjasama Prestasi Agro Farm (PAF), sebuah syarikat penggerak aktiviti akuakultur dan pertanian.
Tiga modul kursus secara teori dan praktikal yang didedahkan kepada peserta ialah Pembenihan Ikan Keli Aruhan, Penternakan Lintah Kaedah Tangki dan Teknik Penanaman Cendawan Kelabu.
Sesi bengkel Pembenihan Ikan Keli Aruhan dikendalikan oleh pegawai Jabatan Perikanan, Johari Daud, Penternakan Lintah Kaedah Tangki oleh Pengarah Penyelidikan PAF, Nooranisa Said.
Manakala Teknik Penanaman Cendawan Kelabu dikendalikan bersama oleh Normah Ibrahim dari Jabatan Pertanian Putrajaya dan Presiden Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia, Prof. Dr. S. Vikineswary.
Latihan teori dijalankan sepenuhnya di Kolej Komuniti Selayang, manakala latihan praktikal pembenihan ikan keli dan penternakan lintah dilakukan di Ladang Prestasi Agro di Bukit Lagong Selayang, Selangor.
Bagi sesi praktikal penanaman cendawan para peserta dibawa melawat ke Rumah Cendawan di Ulu Yam, Selangor.
Pengarah Projek PAF, Nur Azizi Rafie berkata modul dipilih penganjur ini merupakan bidang yang mudah diceburi usahawan projek skala kecil.
"Teknik pembenihan ikan keli aruhan misalnya merupakan satu kemahiran asas yang harus ada pada setiap bakal penternak sekiranya mereka ingin serius meneroka bidang ternakan ikan air tawar," katanya.
Teknik ini dilakukan dengan menyuntik hormon kepada induk keli di mana induk betina diperah telurnya dan induk jantan dibedah bagi mendapatkan sperma.
Penternak yang berhasil membenihkan ikan sendiri dapat mengurangkan kos pembelian anak benih yang sebelum ini terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bekalan.
Sementara itu Dr S.Vikineswary berharap kursus yang sama dapat dikembangkan lagi terutamanya ke kawasan luar bandar.
"Tanaman cendawan amat sesuai untuk diusahakan secara komersial oleh golongan wanita kerana ia memerlukan kawalan kebersihan dan pemerhatian khusus bagi menjamin kualiti hasil.
"Semua usahawan cendawan terutamanya berskala kecil digalakkan menjadi ahli persatuan supaya dapat berkongsi ilmu untuk membesarkan rangkaian pemasaran," katanya.
Seorang peserta, Haslinda Moin berharap Kolej Komuniti Selayang dan Prestasi Agro Farm dapat menganjurkan kursus jangka pendek yang serupa pada masa hadapan bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapat maklumat tepat dari tenaga pengajar bertauliah.
Beliau berasa bertuah kerana para peserta kursus berpeluang dibawa melawat ke tapak projek ternakan ikan keli, rumah cendawan, dan projek ternakan lintah bagi meninjau sendiri hasil usaha para usahawan yang berjaya.
Ekoran sambutan yang menggalakkan Prestasi Agro Farm telah merangka Siri Bengkel Keusahawanan Agro Komersial bagi tahun 2009.
Bengkel yang menawarkan latihan secara teori dan praktikal jangka pendek ini akan dijalankan dengan konsep dua dalam satu.
Ini bagi membolehkan para peserta berpeluang mendapat maklumat dan kemahiran serentak bagi dua bidang berbeza.
Bagi bakal usahawan yang berminat sila hubungi 012- 6157937 atau 012-6138059 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

PETUA ORANG TUA .....


Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.


Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.


2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali


3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.


4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.


5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak. Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.


Selamat mencuba.... dan insyaallah ada berkatnya.

Kontroversi: SPR Mengekalkan Kerusi Dua ADUN PKR, Tetapi Kerajaan Negeri Perak Lucut Jawatan Exco Dan Tidak Ikhtiraf Mereka Itu Wakil Rakyat !


IPOH [12.59 am] -Kerajaan negeri Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering. Speaker DUN Perak V.Sivakumar malam ini berkata jawatan exco yang dipegang oleh kedua-dua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang. Katanya tugas mereka akan dipangku oleh individu yang akan diputuskan pada mesyuarat exco akan datang. Sivakumar berkata keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka. Saya tetap berpegang kepada keputusan sebelum ini bahawa kedua-dua ADUN berkenaan telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada saya, katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini. Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang akhbar yang sama berkata kerajaan negeri akan mencabar keputusan SPR di mahkamah selepas tempoh 48 jam. Ketika ditanya sama ada akan meneruskan tindakan tersebut memandangkan pengerusi DAP Karpal Singh telah menyatakan bahawa tindakan itu hanya membuang masa, Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri akan meneruskan tindakan mahkamah tersebut kerana berpandangan fakta kes kedua ADUN PKR tersebut adalah berbeza dengan kes yang dinyatakan Karpal.

MASIH LAGI KHURAFAT.....

Dahulu drama-drama Indonesia yang menonjolkan cerita-cerita mistik seperti "Bawang Putih Bawang Merah" menjadi isu hangat kerana dikatakan ala-ala khurafat tetapi tetap menjadi sambutan hangat di Malaysia.Kini, TV3 seolah-olah ingin mempengaruhi anak-anak kecil,remaja malah orang dewasa juga bahawa malam Jumaat adalah "malam seram" dengan menayangkan di kaca TV drama-drama bersiri yang bergenre seram. Selepas "Susuk" diikuti dengan "Niyang Rapik", terkini drama bersiri yang bertajuk "Keliwon" pula. Keliwon diarahkan oleh Rashid Sibir dikatkan berbeza dengan siri yang ditayangkan sebelum ini, ”Keliwon” memaparkan kisah yang berbeza setiap minggu dengan pelakon-pelakon yang berbeza.Mungkin ini trend drama terkini di Malaysia mengikut kehendak penonton di Malaysia yang suka sangat dengan benda-benda seram ini walau pun sebenarnya penakut. Drama "Anak Betung" pun apa kurangnya, terlalu "melampau" dengan adegan2 Shela Rusli mengarut dengan serapah, dan asap2 serta sihirnya. Sepatutnya malam Jumaat dihiasi dengan program-program yang berbentuk keagamaan supaya dapat memenuhi jiwa-jiwa insan yang semakin kosong di zaman fitnah ini.Walau pun bacaan Yassin bersama keluarga di malam Jumaat dikatakan khurafat oleh pihak wahabi rasanya lebih elok dari mengajar anak kita jadi semakin penakut. Nak ke bilik air rumah sendiri pun takut.
@Media SAS