Khamis, 15 Disember 2011

OMBAK RINDU KUTIP RM10 JUTA ...

Filem Ombak Rindu yang sedang rancak ditayangkan di pawagam setakat ini telah berjaya mengutip RM10 juta dan kemungkinan bakal memecahkan rekod KL Gangster yang mencatat kutipan hampir RM11 juta. Semua fakta tersebut bersandarkan penambahan tujuh hari tayangan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) sehingga khamis depan selepas tempoh wajib tayang yang akan tamat hari ini.

Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel cinta popular karya Fauziah Ashari, arahan Osman Ali mengandingkan pelakon popular seperti Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae dan ramai lagi. Ia dikatakan filem menarik yang menyentuh perasaan lantaran kisah cinta dan kemanusiaan yang melampaui imaginasi.




Apa yang menarik, kutipan RM10 juta tersebut turut disampaikan oleh kekasih Lisa Surihani sendiri (pelakon utama Ombak Rindu) iaitu Yusry KRU melalui Twitter.