Selasa, 24 Februari 2015

BARU TAHU 10 JENIS PEKERJAAN YANG KURANG TEKANAN.....

Kalau sebut jer pasal kerja mesti terpikirkan tekanan yang bakal terjadi kat pejabat.Betul tak?Istilah malas pada hari Ahad amat popular dikalangan kita.Tapi terdapat 10 perkerjaan yang paling kurang tekanan.Jom kita tengok apa perkerjaan tue.


10. Linguistik

Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa.Pernah dengar kerja nie?Korang jangan silap cakap ni sama dengan kerja sebagai juru bahasa sebab perkerjaan ni bukan sahasa tau sesuatu bahasa tapi diorang nie tahu setiap perkataan dalam bahasa tu.Tanyalah apa pun pada diorang,diorang akan jawab tanpa perlu menyemak dari mana-mana.Sebab itulah mereka tak perlukan tekanan untuk menjawab apa pun soalan mengenai bahasa.

9. Penggaya Rambut/Pereka Rambut
Korang faham kan kerja pereka rambut macam mana?ia amat kurangkan tekanan,hanya membuat apa saja rekaan rambut yang orang lain ingini.

8. Pustakawan
Kerja yang amat mudah,seharian anda hanya meluangkan masa hanya untuk buku.Apa lagi tekanan yang nak dibawak balik kat rumah yer kalau kerja macam nie.

7. Terapi Pertuturan
Perkerjaan nie masih belum ada diMalaysia rasanye.Perkerjaan ni banyak terdapat di negara maju dan ia berada di organisasi besar dan kerajaan.Tugas utama perkerjaan ni ialah menilai pekerja mengikut kefasihan sebutan bahasa,pertuturan dan kegagapan supaya tidak terjadi masalah didalam mesyuarat.

6. Juruteknik Rekod Perubatan
Kerja ini hanya perlu memikirkan bagaimana untuk menyusun data-data pesakit disuatu tempat yang boleh dicari kemudian hari.Senangkan?

5. Tukang Emas
Kerja ini amat memerlukan ketepatan,namun kerja ini tak perlukan tekanan untuk menjayakan apa yang dilakukan.Mereka hanya perlu membentuk emas mengikut apa yang dihendaki oleh pelanggan.

4. Tukang Jahit
Seperti juga Tukang Emas, Tukang Jahit jugak hanya perlu mengikut apa yang diperlukan oleh pelanggan mengikut pengetahuan yang ada.Saiz dan Ukuran dah ada,cuma jahit jer.

3. Dietetik
Mungkin korang tak pernah dengarkan pekerjaan ni? Secara ringkasnya pekerjaan ni adalah menyelia pengurusan makanan, membantu orang untuk mengatur diet mereka, membantu mengekalkan metabolisme aktif dan lain-lain lagi.

2. Gimnas Pemulihan
Kerja seperti ini melibatkan kerja seperti mengajar pesakit mengenai pergerakan-pergerakan asas yang perlu mereka lakukan untuk pemulihan.Kerja ni banyak kat hospital-hospital.Tahu kan kalau sebut jer terapi?

1. Upholsteri Perabut
Kerja yang paling kurang tekanan ialah yang berada kat no satu ni la..Kerjanye ialah lebih kepada menunggu pelanggan yang datang untuk menentukan perabut yang bagaimana perlu direkabentuk,menyelia kerja-kerja tersebut.Senang kan?
via

Sebenarnya bukan ini sahaja kerja-kerja yang kurang tekanan,banyak lagi kerja-kerja kat Malaysia nie yang boleh dianggap tak logik bila difikirkan.

Satu contoh  ialah pekerjaan LOOKOUT,kerjanyer mudah saja.Setiap hari ia hanya ditugaskan untuk melihat keretapi yang datang dan tekan hon untuk memberi amaran kepada pekerja-pekerja pembinaan.Kerja nie korang boleh lihat kat kerja-kerja pembinaan jalan keretapi Padang Besar-Ipoh(KTMB) yang bakal siap 2013 nie.

HIDAYAH ITU MAHAL HARGANYA, DAN IANYA MILIK ALLAH SWT


Bila menoleh ke sepanjang laluan hidup, kita kemudiannya tersedar betapa ada sesuatu di luar pengaruh kita dan ianya adalah sesuatu yang paling berharga. Ia datang dari simpanan khazanahNya: Hidayah....kita kongsi apa yang saya terima dalam peti masuk e-mail saya sebagai sejenak untuk bersyukur.

Oleh MUZLINA ABU BAKAR *


SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

"Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota , Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya. "Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.  

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari. "Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC. * "Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.* * "Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

"Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana . Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

"Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

"Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong . Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang."Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda."Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

"Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran. * "Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah, " kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

"Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita. Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya. Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana ."Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.