Selasa, 3 Mac 2009

IBU TUNGGAL LAHIRKAN 8 BAYI JADIKAN 14 SEMUA ANAKNYA



NADYA Suleman menjadi ibu tunggal paling terkenal di dunia selepas melahirkan lapan bayi kembar beberapa minggu lalu, sekali gus menjadikan jumlah anaknya kepada 14. Tetapi, dengan melihat kepada Nadya, tidak akan ada orang yang menyangka dia berada di tengah kontroversi seluruh dunia atau dapat membayangkan bagaimana dia akan membesarkan sebegitu ramai anak.
Nadya, 33, yang mempunyai enam anak lain di bawah usia lapan tahun, memeranjatkan dunia dengan sikap tenangnya. Bekas jururawat psikiatrik itu tersenyum sambil berkata: “Saya mempunyai rancangan — setiap hari saya akan lebih bersedia. Saya tidak fikir orang ramai yang memarahi dan menyelar saya akan membantu saya menguruskan 14 anak. Saya tidak akan membiarkan diri saya tenggelam dengan kecaman itu demi kehidupan anak saya. Menjadi anak tunggal mendorong Nadya yang berasal dari Los Angeles untuk memiliki begitu ramai anak.Katanya : “Sudah menjadi impian saya sejak sekian lama untuk mempunyai ramai anak, keluarga besar. Saya teramat rindu untuk mempunyai hubungan dan kaitan dengan orang lain, sesuatu yang tidak pernah saya peroleh ketika membesar.”
Hakikat bahawa bayi kembar lapannya diperoleh menerusi teknik penyuburan menyebabkan banyak tanggapan berbeza mengenai wanita itu. Kemudian, apabila media mendedahkan bahawa anaknya yang lain juga diperoleh menerusi teknik penyuburan, bermulalah satu perbahasan hangat mengenai tindakan wanita itu.Nadya dan doktor yang membantu proses kehamilan cara itu diselar hebat.Namun, sambil membelai kepala anaknya, Nadya tidak sedikitpun menunjukkan rasa kesal atau kecewa, jauh sekali tertekan.“Ini Noah. Dia semakin sihat,” kata wanita itu perlahan. “Ini pula Jonah. Dia mencetuskan masalah. Jeremiah pula menjalani rawatan sakit kuning....”
Lapan bayi ajaib itu dilahirkan pada 26 Januari lalu. Pasukan perubatan seramai 46 orang di Hospital Kaiser Permanente mulanya menyangka hanya ada tujuh. Tetapi, tiba-tiba muncul bayi yang kelapan. Ia mungkin terlindung oleh adik-beradiknya yang lain ketika ujian pengimbasan.Bayi itu pada mulanya dilabelkan ‘A’ hingga ‘H’ sebelum dinamakan Noah, 12.1 kilogram, Maliah, 1.24, Isaiah, 1.47, Nariah, 1.13. McCai 680 gram, Josiah, 1.24 kilogram, Jeremiah, 595 gram dan Jonah 1.21 kilogram.Seorang demi seorang bayi itu akan dibawa pulang dalam masa beberapa bulan lagi ke rumah Nadya yang dikongsi bersama ibubapanya. Keinginan Nadya untuk memperoleh anak bermula sejak dia berkahwin dengan Marcos Gutierres. Pasangan itu sudah bercerai. Nadya tertekan selepas mengetahui dia tidak mampu mengandung secara semula jadi.“Saya berdepan dengan banyak masalah.
Satu-satunya pilihan yang ada ialah menerusi teknik penyuburan,” kata Nadya.Dia menjalani proses pengeluaran benih sementara seorang teman lelaki bersetuju mendermakan sperma dan embrio pertama berjaya dimasukkan pada 2001.“Kemudian, apabila dilahirkan dan anak saya semakin membesar, saya sedar dia perlukan adik. Saya lahirkan tiga lagi selepas itu sebelum melahirkan bayi kembar dua pada 2006,” katanya.Nadya menggunakan wang bantuan untuk orang kurang upaya bagi membiayai rawatannya.“Saya juga bekerja dua syif sehari. Saya berjimat. Selepas yang keenam, terlintas di hati saya untuk memiliki lebih ramai lagi anak.”Kerana tidak mahu membazirkan baki enam embrio, Nadya meminta doktornya menanam semua embrio itu pada dirinya. Dia tidak sangka semuanya akan hidup dan dua daripadanya akan membentuk dua lagi pasangan kembar.“Orang ramai mungkin tidak menyedari mengenai hal ini. Nisbahnya amat rendah untuk satu embrio menjadi bayi. Yang paling banyak yang saya jangka hanyalah kembar dua,” kata wanita itu.Hanya sebulan selepas proses penanaman embrio itu, perut Nadia sudah membesar luar biasa.
“Saya menjalani ujian pengimbasan dan pada mulanya mereka hanya melihat lima. Saya begitu gembira dan terharu,” katanya.Malah, ketika doktor menerangkan bahaya dan ancaman kesihatan yang dihadapinya dan juga kandungannya, Nadya masih tidak bimbang atau takut. Tetapi dia mengaku, ketika tarikh melahirkan kandungannya semakin hampir, dia berasa bersalah, bimbang dan kecewa terhadap dirinya.Bagaimanapun, proses melahirkan itu berjalan lancar.“Ia sungguh menakjubkan. Semuanya berjalan lancar, tenang dan tersusun. Tetapi tiba-tiba berlaku hiruk-pikuk.
Orang ramai marah dan mengutuk saya. Ketika itu saya mula menangis. Saya begitu terkejut.”Walaupun Nadya bertegas menyatakan dia gembira untuk menukar 250 lampin seminggu dan menyuapkan makanan 320 kali kepada anaknya, ramai pakar sangsi keupayaannya.“Sepanjang 30 tahun saya tidak pernah memberi rawatan penyuburan kepada wanita yang sudah mempunyai enam anak.
Saya juga tidak pernah mendengar ada doktor lain yang melakukannya,” kata pakar sakit puan, Dr David Adamson.
Pakar sakit jiwa, Jenn Berman pula berkata: “Mustahil bagi satu orang untuk memenuhi kehendak semua 14 anaknya.”Ibu Nadya begitu marah dan berkata dia sungguh kecewa dengan tindakan anaknya.
Pelakon, Naomi Watts berkata, dia tidak tahu bagaimana Nadya akan membesarkan anaknya.‘Keluarga yang mempunyai dua anak juga sudah boleh dianggap ramai,” kata pelakon itu.
Namun, Nadya Suleman tidak bersetuju.

ERRA TERUS BERGAYA


Kalau suri rumah lain, pasti segelintirnya akan memakai pakaian mengandung yang menyerlahkan kehamilan mereka. Namun bagi Erra Fazira, dia mungkin merasa selesa memakai pakaian biasanya untuk terus maintain sebagai selebriti. Malah ada yang kata, kononnya pakaian hitam boleh membantu memperlihatkan tubuh kita kurang gemuk... Tapi jaga-jaga dik, jangan sampai tersepit baby tu!!

Bekas isteri Adun Melor tuntut RM3j



KOTA BHARU: Bekas isteri kedua Anggota Dewan Undangan negeri (ADUN) kawasan Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, hari ini membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini agar pemimpin PAS itu membayar mutaah sebanyak RM3 juta.Siti Aishah Abdullah, 25, yang hadir bersama dua anak bersama Wan Ismail, itu, Wan Ahmad Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3, bagaimanapun dimaklumkan oleh mahkamah bahawa saman tuntutan itu belum dapat diserahkan kepada Wan Ismail.Turut menemani wanita berketurunan Cina Kemboja itu adalah adik dan bapanya Abdul Hakim Abdullah, 22, dan Kian Ti, 62.Hakim Abdullah Man menjelaskan bahawa ketika saman itu dihantar ke rumah Wan Ismail sebelum ini, ADUN itu dan keluarga yang tinggal di Wakaf Tok Wali di sini, tiada di rumah.

Sufiah, wanita genius sudah menyesal ......


KUALA LUMPUR: “Tak mungkin saya kembali buat kerja itu,” demikian pengakuan wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 24, kepada Pengerusi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hamidi Abdul Rahman dalam pertemuan mereka, baru-baru ini.Hamidi berkata, bekas penuntut Universiti Oxford itu benar-benar menyesal dengan tindakannya terbabit dalam kancah pelacuran.Katanya, Sufiah yang kini aktif menjalankan kerja-kerja amal dengan membantu kanak-kanak malang di London masih mengadakan pertemuan dengan pihaknya dari semasa ke semasa untuk menjalani rawatan menggunakan kaedah Islam.“Usaha merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam secara berperingkat-peringkat bermula sekitar enam bulan lalu dan masih berterusan hingga kini.
“Alhamdulillah, usaha merawatnya menunjukkan petanda sangat positif hingga membuka mata banyak pihak, sekali gus membuktikan wanita mengalami dugaan besar sepertinya masih boleh dibantu,” katanya ketika dihubungi di England, semalam.Kisah kehidupan malang Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.
Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke flatnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup.Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangan ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij. - metro

Raja Lawak Sama Dengan Demokrasi


PARA pengulas dan penganalisa hiburan tanah air mengkritik hebat mengenai keputusan pengundi SMS yang memilih Mohammad Amirullah Azmi (Amir) (foto) dari Wakaf Che Yeh Kelantan untuk memasuki ke peringkat akhir Raja Lawak. Pemilihan Amir itu nampaknya tidak disenangi dan ada yang merendah-rendahkan kemampuannya sampai menyebut fasal fizikalnya. Rata-rata mempersoalkan pemilihan itu tidak berdasarkan kepada hakiki kebolehan dan bakat beliau sebenarnya.
Mulanya saya tidak mahu mencampuri isu ini dan biarlah hiburan dikerjakan oleh mereka yang
pakar dan fasih dalam hal ini. Tetapi kerana senario yang diihadapi Amir itu ada persamaan dengan dunia politik, dan kritikan ke atasnya melampau maka tergerak juga untuk mengulas dan memperkatakannya.
Secara jujur saya juga menonton rancangan berkenaan. Walaupun mutu lawaknya tidak cerdik, tidak berkembang dan hanya layak ditonton budak Tadika serta kadang-kadang sungguh menyempah kerana kebabilannya gagal mengubahkan gaya persembahannya walaupun setiap kali ditegus tetapi demi nak release tension, terpaksa juga menontonnya.
Menonton racangan itu ternyata ia lebih seronok berbanding dengan mendengar ceramah ahli-ahi politik yang tidak mahu berfikir jauh dan beretorik serta tidak pernah habis-habis memburukkan antara satu lain. Yang mengakui diri sendiri baik dan pihak lain semua salah.
Saya juga tidak menafikan ulasan dan kemarahan penulis hiburan mengenai Amir itu. Tetapi bila marah dan merendah-rendahkan Amir secara berlebihan saya terpaksa campur tangan sikit. Dalam hal ini Amir tidak bersalah, yang perlu dipersalahkan ialah kepada pemilih mereka yang menghantar SMS mengundinya.
Merekalah yang perlu dimarahi dan dipersoalkan. Namun itu juga tidak adil kerana itu adalah hak pengirim, mereka sanggup menghabiskan duit untuk menyokong mana-mana peserta yang mereka suka mengikut citarasa mereka sendiri. Kita tidak pun tolong top-upkan kredit untuk mereka. Mereka tidak peduli fasal bakat dan kualiti tetapi ada perkara lain yang mereka utama dan lihat.
Cuma bila mengenangkan kejayaan Amir memasuki ke peringkat akhir itu saya teringat kepada dunia politik. Apa yang berlaku dalam raja lawak itulah juga berlaku dalamn dunia politik, di mana selalunya mereka yang jujur, ikhlas dan cerdik selalu kalah. Senario pemilihan Amir itulah juga yang menjadi senerio dalam dunia politik itu berlaku.
Jika orang hiburan mempertikaikan pemilihan Amir, maka penganalisa politik juga mempertikiaikan pemilih calon dan pemimpin dalam sistem demokrasi. Pemilihan wakil rakyat atau pun pemimpin dalam parti bukan berdasarkan kredibiliti, bakat, kebolehan seseorang tetapi berasas kepada perkara yang di luar keperluan itu yang dipengaruhi unsur-ussur ketidakadilan malah elemen-elemen kotor.
Sekali pandang mereka juga senasib dan sama dengan Amir. Dalam politik mereka bukan saja yang tidak berbakat, berkualiti, tetapi yang hamprak dan rendah moral pun diangkat dan dipilih menjadi calon dan pemimpin. Janjinya mereka ada wang, ada kuasa dan ada orang yang sedia menaungi mereka. Untuk dinaungi ini pula mesti oleh god father kena pandai membodek dan menjadi pak sanggup.
Sebab itu dalam politik orang yang bodoh memimpin orang yang cerdik! Mereka yang ada prinsip, tidak mahu terlibat dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan tergamak menjadi ketam di mana untuk melepaskan diri sanggup memijak belakang kawan tidak mahu menyertai politik atau kalau menyertai politik tidak akan berjaya.
Di sini bukan salah mereka, tetapi salah pengundi yang perlu dipersalahkan. Seperti Amir itu juga bukan salah mereka tetapi salah penghantar SMS yang mengundinya.
Seccara adil dan jujurnya juga pemilihan itu bukan salah pengirim SMS atau salah pengundi yang memilih calon dan pemimpin berkenaan. Yang salah ialah sistem atau ruang yang disediakan itu. Bila ada ruang dan kesempatan pengundi akan melakukan mengikut kehendak mereka tanpa dapat dikawal oleh mana-mana pihak.
Dalam isu Amir itu salahnya ialah Astro yang membuat pertandingan raja lawak itu dengan format demikian. Apa-apa keputusan hendaklah dihormati. Begitu juga pemilih pemimpin bodoh, rendah moral, jahat dan sebagainya dalam politik bukan salah pengundi, tetapi salah format – sistem demokrasi yang memberi ruang bagi mereka memilih pemimpin jenis itu.
Apa lagi kalau ada pengundi yang senang dipengaruhi serta dicampur dengan bodoh dan ada pula sedia untuk menerima imbuhan mudahlah diperangkap dalam sistem demikian.
Kesimpulannya kalau nak salah, salahkan kepada sistem yang diwujudkan itu. Salah kepada pencipta rancangan raja lawak itu dan bukan kepada pesertanya. Begitu juga mengenai terpilihnya pemimpin bodoh, kena salahkan kepada sistem demokrasi atau peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah parti itu. Satu cara untuk menyelamatkan ini kembalikan kepada kebenaran sistem pemilihan dan ruang itu perlu dihapuskan. [wm.kl 6:00 am 03/03/09]

CEGAH HISTERIA AMAL TIGA QUL DAN AYAT KURSI:



Umum maklum bahawa kejadian histeria kerap berlaku di kalangan pelajar Muslim wanita yang tinggal di asrama. Banyak faktor menyumbang ke arah terjadinya histeria. Menurut Dato' Dr Haron Din terjadinya kerasukan antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi.Selain itu wujud " kelemahan " seseorang yang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.Histeria beramai-ramai memang kerap dilaporkan pada musim peperiksaan utama. Namun terdapat kes histeria beramai-ramai yang berlaku di luar musim peperiksaan dan berpunca dari gangguan makhluk halus setelah "roh jahat" ini dipanggil dengan segaja seperti mengadakan permainan "spirit of the coin" atau pihak sekolah cuba mewujudkan kokurikulum yang berkaitan dengan pemujaan seperti kuda kepang atau makyong. Hal ini berlaku di sebuah sekolah di Subang jaya.
Histeria juga berlaku di kalangan pekerja wanita operasi pengeluaran di kilang-kilang syarikat Multinasional seperi PJVM, Matsushita dan Erricsson Shah Alam tetapi tidak dilaporkan di media. Biasanya kes begini dikaitkan dengan "tempat keras". Kini banyak kilang yang memainkan "piped in" muzik di tandas bagi mengurangkan kejadian histeria.Tips elak Histeria: Haron Din saran amal MuawizatKejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.
Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria."
Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi."Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula."Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lainIni menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.
"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."
Mufti Selangor, SS Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.Jangan tinggal solat"Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong."Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,katanya.
@Azamin Amin / harakahdaily