Rabu, 7 Januari 2009

Mencari kenalan lama di masa persekolahan...







Usia semakin meningkat, terkenang ranjau hidup suka duka bersama sahabat, namun faktor masa dan keadaan memisahkan semua, ambe mencari semua sahabat lama yang telah terputus hubungan, moga pertemuan dan perhubungan semula mengeratkan ukhuwwah kita.. Semua sahabat di ;

Sek Keb Tg Piandang, Perak (1970 -1976)
Sek Men Raja Lope Nor Rashid, Tg Piandang, Kerian, Perak (1977 - 1979)
Sek Men Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak (1980 - 1981)

sesiapa yang mengenali diri ini sila hubungi sascyber@hotmail.com

AMCO... dalam kenangan semasa di Maybank


AMCO

REGISTERED UNDER TRADE UNION ACT, 1959REGISTRATION NO.624.

(dari http://www.amco.org.com/)
Lineup leadership for term 1992/1993
President:
Mohd Yunus Yaacob
Vice President:
Chey Onn Wah(until 24/2/1993)Zainal Kamar Abd Raof(wef 24/2/1993)
Secretary:
Lee Ah Tee
Assistant Secretary:
Shaiful Anuar Sulaiman
Treasurer:
Choo Chee Hyong
Council Member:
Yeow King Siong:
Yong Choo Sian:
Mohd Shukor Gulam Mohamad(until 24/2/1993):
Lee Hiang Kiang(wef 24/2/1993)

SAS: Aku masuk union nie secara kebetulan..sebab Sdr Lee Ah Tee, sebelah department aku..
banyk kami perjuangkan masa tu, buat demo mintak gaji revise, naik... collective agreement, kes2 pekerja faham jer laa.. semua tu amat mencabar.. Semua lineup geng diatas dah pencen atau ambik vss.. bermakna dimana mereka skrg... dimana2...

Friends are like balloons....


Kawan-kawan lagi...


Handsome lagi mamat nie, Dr Chua Kok Hua, skrg prof kat
Uniten, jumpa dia masa dia graduated dari Glasgow..
Sama masa form 5..


Nie Nik Danial...dah datuk kot, skrg kat Hicom DRB..
Ingat masa gi mancing sama2..kat US gak.. tak sangka kawin
dgn org dibelakang rumah adik ipar aku kat kemaman..


Mohd Syukor, sekarang Exec Dir Honda, selalu lunch kat Maybank
masa dia kerja kat BP Menara Maybank, Senior GM Marketing kat
Perodua Sales, housing loan dia aku buat masa kat Maybank..

TANDA-TANDA SEBELUM MATI.....AMIN

Sebagai org islam.. mengingati mati adalah sunat... tetapi meminta mati adalah berdosa..Berkaitan dengan kematian... marilah sama2 kita renungkan ...tanda2 sblm mati...

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanap... semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedarkan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA NAK MATI
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. wallahua'lam.Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak...

Masyallah...Jauhkan Aku dari api neraka.
Amin