Ahad, 27 November 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI KEPADA SEMUA PELAWAT BONDA DI PUSRAWI KL..

Bonda selamat menjalani pembedahan kecil kaki di Pusrawi KL, disebabkan penyakit kencing manis yang beliau alami sejak beberapa tahun. Alhamdulillah selamat dan ucapan ribua terimakasih kepada rakan taulan dan sahabat handai yang menziarahi beliau. Semoga diberi kesihatan. SAS

Isnin, 21 November 2011

LAWAT BONDA DI HOSPITAL PUSRAWI KL ~INSYALLAH DIBERI KESIHATAN

Melawat bonda di hospital agak nostalgia, maklumla udah 3 kali bonda masuk ke sini untuk rawatan kencing manis. Harap bonda diberikan kesihatan dan tawakkal kali ini. AMin

Jumaat, 18 November 2011

TS KHALID ~ DUN SELANGOR TIDAK AKAN DIBUBAR SEHINGGA JUN 2012

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor jika pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012.

"Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu.

"Ini adalah ingin memastikan segala apa yang kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan.

"Banyak yang kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya selepas majlis penutup sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Khalid juga menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat Selangor tidak yakin akan memenangi pilihan raya itu.

"Kita kena fikir positif dan apa yang dilakukan ini adalah untuk kebaikan, untuk apa kita berbahas tentang bajet dan sebagainya jika kita turut sama dalam pilihan raya sehinggakan apa yang dijanjikan pada belanjawan kali ini tidak dapat ditunaikan sepenuhnya," katanya.

Pada masa yang sama Abdul Khalid juga meminta setiap pihak menghormati intitusi di negeri ini terutamanya Institusi Raja, Dewan Negeri, Kerajaan Negeri dan rakyat.

"Sebagai menjadikan sebuah negeri yang harmoni setiap pihak perlu bekerjasama tanpa ada sebarang sikap prasangka dan yang perlu dilakukan oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat adalah melaksanakan apa yang telah diamanahkan," katanya.

malaysiakini/-

Khamis, 17 November 2011

Ada pemimpin Pakatan sedia lantik Ku Li sebagai PM ~ Syed Husin


NONEBeberapa pemimpin Pakatan Rakyat dikatakan bersedia untuk menerima ahli parlimen Gua Musang Tengku Razeleigh, sebagai perdana menteri, dakwa bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali.

Katanya, perkara itu dipersetujui dengan syarat bahawa Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li dapat meyakinkan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 ahli parlimen BN untuk berpaling tadah dalam cubaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Sept, 2008, untuk menggulingkan kerajaan BN.

Perkara itu didedahkannya menerusi buku terbarunya, Memoir Perjuangan Politik, yang dilancarkan malam, semalam.

Dalam buku itu, Syed Husin menulis, perkara itu adalah penting, kerana sebahagian besar ahli parlimen yang bersetuju meninggalkan BN itu adalah bukan bumiputera Islam. Pakatan, katanya mahu memastikan bahawa sokongan orang Melayu Islam, tidak terhakis.

Sambil mempertahankan bahawa usaha 16 September itu adalah benar, menurut pemimpin veteran itu lagi, Umno selepas mengetahui rancangan berkenaan, bergegas membawa kebanyakan ahli parlimen BN ke Taiwan, dan ada juga ke Macau dan New York, bagi memastikan rancangan itu tidak menjadi kenyataan.

10 ditangkap bawah ISA ~ janji apa ni

KUALA LUMPUR, 17 Nov: Penangkapan terbaru membabitkan sekurang-kurangnya 10 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah Isnin lalu membuktikan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya 'sandiwara'.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ianya secara jelas menunjukkan bahawa Najib sememangnya tidak ikhlas dengan pengumumannya sebelum ini untuk memansuhkan ISA.

"Penahanan terbaru ini menjadi satu singgungan yang kuat kepada rakyat.

"Ia tak memberi apa-apa makna kepada janji perdana menteri untuk memansuhkan ISA melainkan hanya sandiwara untuk mendapat sokongan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas maklumat terbaru berhubung penahanan 10 aktivis Islam di bawah akta itu di Sabah, 14 November lalu.

Semalam, Pesuruhjayanya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling berkata tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman Omar.

Menurutnya, keluarga atau waris yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian bahawa mereka ditangkap di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA).

Menurut Syed Ibrahim, GMI bagaimanapun mendapat maklumat sekurang-kurangnya 11 hingga 14 orang yang ditangkap dalam operasi hari tersebut.

"(Dengan pengumuman Najib) Kita jangka tak ada lagi tangkapan besar-besaran seperti apa berlaku ini.

"Tapi malangnya kita lihat tindakan tidak menyokong janji yang dibuat," jelasnya sambil mendakwa akan mengeluarkan kenyataan rasmi GMI hari ini.

Sementara itu, GMI menurutnya akan mendapatkan maklumat lanjut dari waris mangsa tahanan untuk membuat tidakan susulan.

Beliau menyeru pihak keluarga terutamanya dan PAS Sabah memberi kerjasama untuk tujuan tersebut.

"Ramai yang ingat (selepas pengumuman Najib), tidak ada lagi mangsa yang ditahan, dan tiadak ada lagi yang akan ditahan.

"Sebenarnya masih ada yang belum dibebaskan dan masih berlaku tangkapan-tangkapan baru," jelasnya.

harakahdaily/-

Selasa, 15 November 2011

ADA KE LEMBU BOLEH DIBELA DALAM KONDO.... HERAN AKU

Pernah semasa di kampong dolu2 banyak bahasa Bahasa Kerbau yang digunakan oleh pesawah ketika itu khasnya pesawah-pesawah di utara Semenanjung sungguh unik, sehingga kerbau-kerbau tersebut faham arahan tuannya.
Diantaran bahasa yang digunakan :
Ha'ih - Maknanya menyuruh kerbau berjalan
Chah - Maknanya menyuruh kerbau ke arah kanan
Sok - Maknanya menyuruh kerbau kearah kiri
Diam - Maknanya menyuruh kerbau berhenti
Serot - Maknanya menyuruh kerbau undur ke belakang
Paling Chah - Maknanya menyuruh kerbau pusing ke kanan
Paling Sok - Maknanya menyuruh kerbau pusing ke kiri

Hari ini semua itu hanyalah kisah kelmarin yang indah sebagai kenangan dan kerbau tidak berjawatan lagi kerana kerja-kerja membajak telah diambil alih oleh mesin Kubota dari Jepun.
Peredaran zaman hari ini lembu lebih berharga dari kerbau. Zaman Tok Wan dan Tok Mamak dahulu lembu banyak dipelihara dan sinonim dengan kaum Bengali untuk susu, sehingga ada lagu "Kici-kici lembu jaga".

Tidak pernah terlintas di kepala arwah tok-tok wan ketika itu bahawa suatu hari nanti keluarga Pak Menteri pun berminat memelihara lembu dengan pelaburan jutaan ringgit.. .

Masa tu yang mereka tahu hanyalah kerbau berkerja keras membajak di sawah menggunakan kudrat mereka dan dibantu tenaga  kerbau dan berkomunikasi dengan bahasa kerbau. Kerbau dilihat sebagai kotor kerana berkubang di dalam sawah.

Konklusinya Kerbau ada bahasanya manakala lembu tidak pernah tahu bahasa.

Selasa, 8 November 2011

SELAMAT MAJUJAYA KPD SEMUA PESERTA PTRS YANG BAKAL HADAPI SPM MULAI 14 NOV 2011~

MENGAPA EIDULADHA MEMBUATKAN KITA SEMAKIN DEKAT KEPADA ALLAH!

Korban membawa maksud menghampir atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dillakukan demi mendekatkan diri dengan Allah swt.
Sempena Hari Raya Eidul Adha ini kita diunjurkan untuk berkorban dengan menyembelih haiwan ternakan tertentu samada lembu atau kambing kerana bertaqarub atau mendekatkan diri kepada Allah swt.
Rasulullah saw bersabda nataranya:
Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan (Tarmidizi)
Hai Fatimah berdirilah di sisi korban mu dan saksikanlah ia sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pegampunan bagimu atas dosa-dosa yang telah lalu
Allah swt berfirman;
Sesungguhnya Kami telah member engkau (wahai Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhan) (al Kauthar 1-2)
Sesungguhnya dalam menempuh Hari Raya Korban ini kita jangan hanya terlibat mengorbankan atau membantu mengorbankan haiwan ternak semata-mata.. Itu sudah kewajaran. Lebih dari itu sepatutnya adalah menghayati falsafah dan mesej korban itu dalam hidup dan jiwa kita seharian.
Korbankan lah ego kita niscaya kita lebih dekat dengan Tuhan. Jangan bongkak, sombong dan membesar diri. Kita sahaja yang betul dan bijak yang lain tidak.
Korbankan sifat suka memburukkan orang lain, mencari kesalah orang lain, menjatuhkan orang lain. Kita anggap diri kita bagaikan malaikat sedangkan orang lain semua sebaliknya.
Kadangkala kita tidak sedar atau terlalu seronok dan khayal dengan pencapaian atau kedudukan kita. Mentang-mentang kita duduk dalam rumah kaca orang lain kita pandang kecil dan remeh, Kita lupa jika yang di luar melontar kita dengan batu akhirnya terkorban rumah kaca kita itu.
Seorang yang bijak pernah mengingatkan saya jangan sampai kita terlalu bangga dan besar diri merempuh dan menempuh apa sahaja di hadapan tidak sedar di sana ada tembuk besar tetiba terhantuk kepala kita, ahhhh baru tersedar rupanya ada tembuk batu!
Kita mungkin mampu ambil satu bahagian dalam ibadat korban pagi ini atau mungkin juga seekor atau lebih haiwan ternak, tetapi mampukah kita korbankan sifat dan perangai di atas yang sedia selesa bertapak di hati kita?
Selamat Hari Raya Eidul Adha semoga korban kali ini benar-benar bermakna buat kita dunia dan akhirat.