Selasa, 24 Februari 2009

Produk teh daripada misai kucing



Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.
Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
Cerita dari Melaka.....
Tetamu yang pertama kali menghadiri majlis rasmi anjuran kerajaan negeri Melaka sudah tentu merasai kelainan apabila dihidangkan dengan minuman teh herba misai kucing, satu produk jenama MTea keluaran tempatan.
Sejak diisytiharkan sebagai minuman rasmi kerajaan negeri Melaka pada Mei 2007 oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, produk MTea yang memasuki pasaran di pasar raya besar, kini semakin dikenali ramai pengguna.
Kerajaan negeri turut menjadikan MTea, yang dibungkus begitu menarik dan komersial, sebagai cenderahati kepada tetamu terutama dari luar negara untuk mereka nikmati apabila pulang ke negara masing-masing.
Perbadanan Bioteknologi Melaka diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk menghasilkan MTea berbentuk uncang dengan slogan taste the freshness.
Melaka Herbs and Plants Sdn. Bhd., anak syarikat Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd, pula diberi tanggungjawab menanam dan membekalkan herba berkenaan untuk diproses menjadi produk MTea.
Penolong Pengurus Melaka Herbs and Plants Sdn Bhd, Samsuddin Manaf berkata, pokok misai kucing ialah tumbuhan herba perubatan yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand, daripada keluarga Lamiaceae.
Katanya, pokok misai kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter dan nama saintifiknya Orthosiphon stamineus Benth berbunga ungu dan Orthosiphon aristatus Benth yang berbunga putih.
Pokok misai kucing adalah sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan di laman rumah dengan bunga terdapat pada 'vertikal' lebih kurang 16 sentimeter (sm) panjang berwarna putih dan ungu kebiru-biruan dengan filamen yang panjang seperti misai kucing, katanya kepada Bernama ketika ditemui di ladang tanaman pokok misai kucing syarikat itu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Selandar, Jasin.
Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjeriji, tangkai daun pendek lebih kurang 0.3 sm panjang dan berwarna ungu-kemerahan.
Batang pokok misai kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Katanya, pokok renek ini juga tumbuh liar di kawasan hutan, tepi jalan dan tanah terbiar secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.
Samsuddin berkata setakat ini, syarikatnya telah menanam pokok misai kucing di kawasan seluas 2.8 hektar di Machap, Alor Gajah dan 1.4 hektar di TKPM Selandar.
"Dari segi anak benih, kita tidak menghadapi masalah kerana bekalan anak pokok misai kucing dibekalkan oleh anak syarikat Perbadanan Bioteknologi Melaka iaitu Invitro Tech Sdn. Bhd., melalui kaedah kultur tisu", katanya.
Beliau berkata, pihaknya menanam sebanyak 80 peratus pokok misai kucing spesies Orthosiphon aristatus kerana ia berdaun banyak dengan batang yang kecil manakala 20 peratus lagi dari spesies Orthosiphon stamineus.
Selepas tiga bulan ditanam dan dijaga dengan baik, pokok misai kucing sudah boleh dituai dan dihantar ke Perbadanan Bioteknologi Melaka untuk diproses menjadi Mtea.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Melaka, Prof. Dr. Ramli Hitam memberitahu sini, MTea yang diperbuat daripada 100 peratus daun misai kucing mengandungi banyak khasiat yang berfaedah untuk kesihatan manusia dan sebagai minuman kesihatan ia membantu dalam mencegah penyakit.
"Misai kucing telah digunakan secara turun temurun sebagai ubat untuk penyakit berkaitan kapilari dan peredaran darah, batu karang, darah tinggi dan kencing manis", katanya.
Beliau berkata, herba misai kucing juga digunakan untuk membantu mengatasi masalah penyakit buah pinggang, jangkitan usus kencing, masalah hati, pundi kencing dan gout.
Mengikut kajian perbadanan itu, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
Sebagai sebuah organisasi yang menjalankan pelbagai projek penyelidikan dan pembangunan, produk MTea menjadi antara produk hasil penyelidikan perbadanan itu.
Melaka Biotech Holdings Sdn.Bhd., anak syarikat perbadanan itu, bertanggungjawab untuk memasarkan produk MTea manakala syarikat Pemasaran Melaka Sdn Bhd bertindak sebagai antara pengedar produk berkenaan.
"Perniagaan produk MTea merupakan satu daripada aktiviti perniagaan yang mampu menjana pendapatan kepada Melaka Biotech Holdings Sdn. Bhd.", tambahnya bahawa promosi produk itu sedang giat dijalankan termasuk pada pameran yang dijalankan di peringkat negeri dan antarabangsa.
Sejak diperkenalkan, sebanyak 40,000 kotak (setiap kotak mengandungi 20 uncang) telah dikeluarkan dan mensasarkan 100,000 kotak pada akhir tahun ini.
"Produk MTea boleh didapati di semua 40 buah cawangan pasar raya Mydin, kiosk Melaka Sentral dan akan diperluaskan pengedarannya ke kedai Mesra Petronas serta cawangan 7-Eleven", kata Ramli.
Oleh itu, rebutlah peluang "nikmatilah kesegaran MTea Misai Kucing" sekarang. "Rendamkan satu uncang teh MTea dalam air panas selama 5 hingga 10 minit dan ia sedia untuk diminum." -- Bernama

3D UPIN & IPIN ...Menghibur dan mengkagumkan


Bersama A. WAHAB HAMZAHlinto73@yahoo.co.uk
DENGAN premis cerita yang mudah, tetapi dibangunkan dengan unsur-unsur aksi mencemaskan, kelucuan, seram dan penuh suspens serta elemen emosi, filem animasi 3D, Geng: Pengembaraan Bermula bukan sahaja menarik perhatian penonton kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa.
Filem Geng: Pengembaraan Bermula adalah filem animasi komputer 3D sepenuhnya produksi tempatan yang pertama. Filem terbitan Les' Copaque Production diarahkan oleh pengarah muda Mohd. Nizam Abdul Razak graduan Universiti Multimedia Malaysia dalam usia 25 tahun (filem ini dimulakan ketika usianya 23 tahun), malah sebahagian besar karyawan yang terlibat dalam menghasilkan filem animasi ini masih muda (dalam lingkungan 20-an) dan ini memperlihatkan prospek animasi produksi tempatan yang cukup berpotensi dan luas.
Sebuah filem animasi seperti juga filem-filem dalam genre yang lain perlu bertolak daripada sebuah kerangka skrip yang baik. Dalam sebuah filem yang mengangkat elemen cerita kanak-kanak dan kekeluargaan maka naratifnya lazimnya mengandungi unsur-unsur pengembaraan yang akan berhadapan dengan peristiwa yang tidak terduga yang penuh aksi dan suspens, misteri dan mencemaskan dan malah unsur fantasi. Inilah elemen yang sering digunakan oleh Enid Blyton dalam menghasilkan cerita-cerita pengembaraan yang telah berjaya menarik perhatian ramai pembaca kanak-kanak dan remaja. Filem Geng: Pengembaraan Bermula mengambil pendekatan Enid Blyton dengan kisah dua sahabat baik iaitu Badrol (disuarakan oleh Amir Izwan) dan Lim (suara Kee Yong Pin) bercuti ke kampung Durian Runtuh untuk menemui Tok Dalang iaitu datuk kepada Badrul. Perjalanan pulang ke kampung itu mereka menaiki bas dan apabila bas tersebut bermasalah mereka kemudian menumpang lori yang dipandu oleh Singh dan bosnya, Pak Mail. Di kampung Durian Runtuh mereka bertemu pula dengan watak-watak seperti Muthu, Ah Thong, Salleh atau Sally, nenek, Ros yang merupakan gadis paling jelita di kampung itu dan tiga watak istimewa iaitu Rajoo, Upin dan Ipin.
Badrul dan Lim kemudiannya bersahabat dengan Rajoo (suara Kannan), Upin dan Ipin (suara Nur Fadhiah Diaz) serta Ros (kakak Upin dan Ipin - suara Balkis Fadhullah) dan kumpulan mereka ini kemudian berusaha membongkar misteri hantu durian yang heboh berlaku dan misteri sebuah rumah di kampung tersebut. Misteri yang perlu dibongkar oleh mereka inilah plot yang membawa unsur suspens dan menyeramkan serta elemen adventure yang menarik dalam filem ini. Siapakah sebenarnya hantu tersebut dan mengapa rumah tersebut berhantu? Daripada jejak yang penuh misteri dan kemunculan makhluk aneh yang kelihatan ganas dan menyeramkan dan kejayaan mereka membongkar misteri tersebut berjaya memberikan kesan dramatik yang menarik. Yang terbongkar adalah perbuatan jenayah memburu binatang liar untuk diseludup yang dilakukan oleh orang-orang yang memang mereka kenali tetapi tidak disangka. Sebuah filem animasi perlu mempunyai elemen komedi dan kelucuan yang menarik.
Watak Badrul dan Lim mewakili watak remaja, tetapi kemunculan watak yang ikonik Upin dan Ipin dua budak nakal berkepala botak serta Rajoo yang mempunyai keistimewaan yang cakapnya difahami oleh lembu pedatinya berjaya menyuntik elemen komedi dan humor yang cukup menghiburkan. Apa yang penting watak Upin dan Ipin adalah dua watak yang sudah cukup dikenali oleh khalayak penonton terutamanya kanak-kanak. Dua watak ini juga menjadi faktor utama yang berjaya memikat dan menarik perhatian kanak-kanak dan keluarga mereka ke pawagam.
Dalam sebuah filem animasi yang menarik selain keupayaan animasinya berkomunikasi dengan penonton, ia juga perlu mempunyai elemen spektakular yang mengkagumkan. Dalam Geng, adegan spektakular telah dibentuk dari awal lagi iaitu ketika dalam perjalanan Badrul dan Lim menaiki bas dan lori ke kampung. Tetapi unsur spektakular dan kekaguman lebih menyerlah ketika adegan kumpulan Upin, Ipin, Rajoo dan Oopet perlu menyelamatkan diri daripada buruan ular gergasi dengan menaiki upih berlatarkan hutan tropika dalam gerakan roller-coaster yang pantas dan cukup menarik. Kecantikan hutan tropika dan keindahan waktu malam yang disinari oleh kelip-kelip adalah momen yang mengasyikkan serta original dalam filem ini. Sebuah filem animasi yang berjaya juga perlu mempunyai adegan-adegan yang mampu membangkitkan unsur emosional. Kemunculan watak Oopet seekor binatang comel seakan beruang yang suka makan durian tetapi terpisah dengan ibunya yang telah ditangkap oleh pemburu binatang liar dan kemudian dengan bantuan kanak-kanak tersebut berjaya mempertemukan Oopet dengan ibunya merupakan antara adegan yang menyentuh emosi penonton. Keupayaan membina plot yang disulami antara kelucuan, dramatik dan emosi menjadikan Geng: Pengembaraan Bermula sebuah filem animasi yang cukup menghiburkan. Yang menjadikan Geng lebih menarik adalah kerana filem ini bergerak daripada cerita yang bersifat universal dan diberikan latar sosio-budaya dan lanskap tempatan.
Bagaimanapun apa yang menjadikan filem ini lebih bermakna dan mengkagumkan kita tentulah kerana keupayaan dan kreativiti karyawan muda kita menghadapi cabaran membuktikan kemampuan menghasilkan filem animasi yang mencabar produksi mahal dari Disney dan Pixar. Walaupun dalam kos pembikinan yang relatif kecil RM4juta dan dengan kemudahan teknologi komputer yang terhad mereka mampu melakukan dengan cemerlang. Keupayaan menghasilkan produk animasi beginilah yang menyemarakkan lagi industri animasi dan industri pasca-produksi tempatan untuk berkembang maju dan seterusnya pasti mampu menarik keyakinan pembikin filem dari luar untuk menggunakan kemahiran karyawan filem tempatan. Geng: Pengembaraan Bermula adalah permulaan kepada sebuah perjalanan yang gemilang untuk industri filem tempatan.

JOM TENGOK SLUMDOG MILLIONAIRE !!



PELAKON kanak-kanak filem Slumdog Millionaire, Azharuddin Mohammed Ismail (kiri) dan Rubina Ali bersama pengarah terbaik filem itu, Danny Boyle pada majlis penyampaian Anugerah Academy di Hollywood, semalam.
Filem bajet rendah, Slumdog Millionaire yang menampilkan aktor serta aktres bukan pilihan membuktikan bahawa dua faktor itu bukan penentu bagi kejayaan meraih anugerah paling berprestij di Hollywood; Anugerah Academy.
Ia terbukti apabila filem itu menyapu bersih lapan kategori Oscar, termasuk Anugerah Filem Terbaik, Anugerah Adaptasi Lakon Layar, Sinematografi, Pengadun Bunyi, Skor Asli, Suntingan Filem dan Pengarah Terbaik melalui Danny Boyle.
Filem yang dihasilkan oleh pengarah Britain, Boyle, yang penggambarannya dibuat di Mumbai ini menggambarkan kehidupan sebenar masyarakat India yang tidak boleh lari daripada kemiskinan.
Dengan naratif yang ringkas, Slumdog Millionaire yang diadaptasi daripada novel Q & A karya penulis India yang juga seorang diplomat, Vikas Swarup berjaya mengetepikan filem romantik lakonan Brad Pitt, The Curious Case of Benjamin Button yang sebelum itu mendahului senarai pencalonan Anugerah Academy dengan 13 pencalonan.
Slumdog Millionaire menceritakan kisah seorang kanak-kanak lelaki, Jamal Malik yang menyertai pertandingan Who Want's To Be A Millionaire? di India.
Walaupun tidak tahu membaca dan menulis, Jamal akhirnya menjangkaui pemikiran ramai apabila berjaya memenangi pertandingan itu, sekali gus menjadikan dia seorang jutawan muda.
Bagaimanapun, kejayaan Jamal itu dipersoalkan, menyebabkan dia terpaksa berdepan dengan siasatan undang-undang.
Setelah ditayangkan di Festival Filem Telluride dan Festival Filem Antarabangsa Toronto, Slumdog Millionaire menemui penonton di Amerika Utara pada 12 November 2008, dibawakan oleh syarikat Fox Searchlight Pictures dan Warner Bros.
Filem itu mendapat pujian ramai dan terus ditayangkan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat (AS) dan Mumbai pada Januari lalu.
Dibarisi pelakon Bollywood seperti Dev Patel, Madhur Mittal, Freida Pinto, Irrfan Khan dan Anil Kapoor, Slumdog Millionaire, sebelum ini pernah memenangi empat anugerah utama di Golden Globe, sekali gus melayakkannya menyertai senarai Anugerah Academy.
Filem itu turut meraih tujuh anugerah di British Academy of Film and Television Arts (BAFTA). - Agensi

LAWAK LAGI KOT - Akhir Dari Sebuah Pertengkaran

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Amat: "Ya betul..."

Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Pian: "@#$!%^&%"

WANA ... akhirnya bergelar juara


Berbeza dengan cabaran 12 minggu dalam program berkenaan, kali ini empat peserta yang layak ke peringkat akhir termasuk Wan Nashrinie Zafri (Nashrin), Cassandra Daniel Manja (Cassie) dan Mohd Hairi Kenneith (Hairi) diberi kebebasan menyampaikan lagu pilihan mereka secara solo dan duet.Wana yang kelihatan yakin di atas pentas memilih dua lagu solo iaitu Ku Pendam Sebuah Duka yang pernah dipopularkan Khadijah Ibrahim dan Ku Telah Jatuh Cinta (Agnes Monica) untuk segmen pertama sebelum berduet dengan Jamal Abdillah menerusi lagu Kehebatan Cinta.Berbanding persembahan duet, nyanyian solo Wana lebih berjaya menyerlah kehebatan vokal yang dimiliki hingga tiga juri profesional iaitu Hattan, Liza Hanim dan Ajai bersetuju memilih Wana sebagai juara. Sama seperti cabaran pada persembahan mingguan, juri masih bertanggungjawab memberi 70 peratus markah manakala bakinya diambil daripada undian SMS penonton.Selaku juara, Wana berjaya membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM100,000 di samping kontrak rakaman album bersama Warner Music Malaysia selain TV LCD 42 inci tajaan LG.Kata Wana, kemenangan juara memberi kejutan pada diri walaupun dia merasakan tiga saingan yang lain turut hebat ketika membuat persembahan. Dia yang pernah menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim keenam hingga berjaya ke peringkat Top 25 menganggap kemenangan kali ini menebus kekecewaan lalu.