Ahad, 12 April 2009

'Payah jadi janda kaya' ...



Jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya menceritakan liku-liku kehidupannya semasa 10 tahun bergelar janda selepas kegagalan perkahwinan pertama. Kini, dia menuntut fasakh daripada suami keduanya, Nash. Adakah dia belum serik?
DUA belas tahun lalu, wanita ini pernah menjaja produk kecantikan dari rumah ke rumah sambil mengendong bayinya semata-mata untuk mendapatkan wang bagi menyara enam anaknya yang masih kecil selepas suami yang dahulu menjadi tempat bergantung menceraikannya.
Biarpun tidak pernah keluar bekerja sepanjang bergelar isteri, Sosilawati Lawiya, 46, yang lebih mesra dipanggil Wati, tidak menjadikannya sebagai alasan untuk mengharap belas ehsan daripada orang lain bagi meneruskan kehidupan.
Malah, menurut wanita cekal kelahiran Sri Medan, Batu Pahat, Johor ini, status janda beranak enam yang disandang pada usia awal 30-an menjadikannya lebih berani untuk menongkah liku-liku kehidupan.
Yakin bahawa tiada yang mustahil dan kesanggupan untuk belajar serta bekerja keras, Wati tidak membiarkan walang di hati berpanjangan.
"Saya akui, tahun pertama bergelar janda merupakan fasa kehidupan yang perit untuk saya lebih-lebih lagi di bahu saya tergalas tanggungjawab untuk memastikan anak-anak membesar dengan sempurna.
"Saya tak nafikan status janda ini sebenarnya memberi saya kekuatan kerana ia menyedarkan saya bahawa saya mesti bekerja keras kerana saya adalah payung untuk anak-anak saya," katanya.
Wati percaya bahawa jodoh dan pertemuan itu urusan Tuhan. Dia reda jika jodohnya bersama bekas suami hanya setakat itu malah tidak keterlaluan jika dikatakan perceraian menjadi pencetus kepada kejayaannya sekarang.
"Siapa yang tidak sedih jika insan yang paling dicintai meninggalkan kita, tetapi saya anggap apa yang terjadi sebagai dugaan. Saya percaya pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Jika perceraian itu tidak berlaku, mungkin saya masih menjadi suri rumah sepenuh masa," ujarnya sambil tersenyum.
Berkat kesabaran dan menganggap kegagalan sebagai pengajaran, Wati gigih mengusahakan rangkaian produk kecantikan Nouvella Visage (NV) malah sudah bergelar jutawan kosmetik pada usia 40-an.
Atas kesungguhannya juga, dia terpilih untuk menerima Anugerah Khas Tokoh Wanita dan Anugerah Wanita Nadi Negara daripada Kerajaan Negeri Johor pada tahun 2007.
Duka perkahwinan kedua
Bertemu cinta dengan vokalis kumpulan rock Lefthanded, Nash atau Nasharudin Elias, 50, hati Wati terbuka untuk berkahwin buat kali kedua selepas 10 tahun menyendiri.
Kali ini harapannya hanyalah satu iaitu mahligai yang dibina kekal hingga ke akhir hayat sementelah jiwanya sudah ralit dengan kegagalan daripada perkahwinan pertama.
Namun, ikatan perkahwinan yang dimeterai pada 16 November 2006 itu mulai retak hanya 10 bulan selepas mereka bergelar suami isteri.
"Saya memang mendambakan rumah tangga yang bahagia dan harmoni sementelah saya juga sudah lama menyendiri.
"Walaupun mewah dengan kasih sayang anak-anak, saya akui jiwa saya kosong apabila tiada lelaki bergelar suami di sisi.
"Bagi saya, setinggi mana pun wanita itu berada, dia masih memerlukan suami di sisinya," katanya yang tuntutan cerai takliknya mula dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Rabu lalu.
Gagal dalam perkahwinan kali kedua tidak bermakna Wati tidak belajar daripada perkahwinannya yang pertama tetapi dia pasrah jika jodohnya dengan Nash hanya setakat itu.
"Saya percaya semua orang mengimpikan kebahagiaan daripada perkahwinan yang dibina. Saya sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin, tetapi jika ini yang tersurat, saya reda," katanya.
Resam janda kaya
Gagal dalam dua perkahwinan bukan sahaja mengundang syak wasangka malah ia menjadi mainan golongan lelaki yang ingin mengambil kesempatan terhadapnya.
"Segelintir masyarakat prejudis pada wanita yang bergelar janda, apatah lagi bila sudah dua kali menjanda seperti saya.
"Saya sudah lali dengan fitnah dan pandangan serong daripada 'pengkritik bebas' dan 'hakim tak bertauliah'. Mungkin sudah menjadi lumrah, mereka jadi susah hati apabila melihat orang lain berjaya," katanya.
Menguruskan perniagaan bernilai jutaan ringgit dengan status janda, Wati mengaku ramai lelaki muda 'jatuh cinta' terhadapnya.
"Memang ramai lelaki yang cuba dekat dengan saya. Kalau niat mereka ikhlas nak berkawan, saya senang hati menerimanya, tapi dalam ramai-ramai itu, ada juga yang ambil kesempatan atas keikhlasan kita.
"Macam-macam cerita sedih keluar masuk telinga saya, yang tak masuk akal pun ada. Kalau memang betul ada kawan yang kesempitan wang, saya bantu setakat mampu, tapi kalau berterusan asyik minta duit, faham-faham sajalah.
"Ada juga isteri-isteri orang yang risau apabila saya berkawan dengan suami mereka, mungkin mereka bimbang kami akan menjalin hubungan istimewa.
"Bergelar janda bukan mudah tetapi saya ambil pendekatan 'kawan atas dasar profesional'. Janda juga manusia biasa. Saya tidak mahu orang memandang rendah pemegang status ini dan hanya melihat kami sebagai pengancam rumah tangga," tegasnya.

Fesyen berkuda Wan Zaleha ........masih menarik ..



Jangan ingat orang berkuda tak boleh bergaya pula. Penunggang kuda juga ada fesyen yang sesuai dengan penampilan mereka, lebih-lebih lagi penunggang kuda wanita.
Lihatlah fesyen yang digayakan oleh Wan Zaleha Radzi dan sekumpulan model wanita ini.
Inilah antara rekaan yang dipersembahkan sempena Stailo British India 2009 yang diadakan di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Wan Zaleha mengetuai barisan model yang memperagakan fesyen terbaru daripada British India itu.
Sememangnya Wan Zaleha seorang pecinta kuda. Malah suaminya juga seorang yang meminati kuda. Mereka mempunyai minat yang sama.
Malah Wan Zaleha juga pernah mewakili negara dalam sukan berkuda. Sehingga sekarang dia masih aktif dengan aktiviti berkuda.
Peminat sukan berkuda ini biasanya terdiri daripada golongan berada, sebab itulah pereka fesyen mereka fesyen yang sesuai untuk mereka.
Sambil bersukan, boleh melaram fesyen menarik dan sesuai untuk bergerak semasa menunggang. Potongan dan fabriknya sesuai dengan aktiviti lasak yang dijalankan.

Sudirman terus diingati .....



Penghibur serba boleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad terus dikenang sehingga hari ini. Apabila menyebut perkataan penghibur, pasti nama beliau akan jadi sebutan. Semua tahu kehebatan penghibur itu.
Idea yang tidak pernah terlintas di kepala orang lain dilakukannya setiap kali mengadakan persembahan. Kelainan itulah yang menjadikan kemunculannya ditunggu-tunggu.
Siapa pernah fikir untuk mengadakan persembahan di Jalan Chow Kit yang sesak dan imejnya sebagai sebuah lorong gelap? Sudirman yang datang dengan idea mengadakan persembahan setelah lagunya yang berjudul Chow Kit Road begitu popular.
Ternyata apa yang dilakukannya dikenang sehingga hari ini. Peminat yang berpeluang menontonnya pasti menyimpan seribu satu cerita. Banyak lagi sejarah yang dilakukannya termasuk menjulang anugerah Penghibur No.1 Asia yang dimenangi di Royal Albert Hall, United Kingdom.
Jasa yang ditinggalkannya terus diingati. Sebab itu ada sahaja pihak yang membuat sesuatu berupa penghargaan buat sebuah nama Sudirman Haji Arshad. Sebuah konsert yang dinamakan Tribute To Sudirman akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun 2009 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Konsert tersebut berupa sebuh kisah perjalanan hidup Sudirman yang disampaikan melalui lagu-lagu yang pernah dinyanyikannya. Ia membariskan ramai artis termasuk Andy Flop Poppy, Atilia, Haziq dan ramai lagi. Kalau anda peminat lagu-lagu Sudirman jangan lepaskan peluang menonton konsert ini.
Sememangnya Sudirman mencurahkan rasa hatinya di dalam lagu yang dinyayikan. Apa yang dirasakannya pada saat itu, digarap dalam lagu oleh barisan penulis lirik yang juga teman rapatnya antaranya Habsah Hassan.
Lagu-lagu duka seperti Merisik Khabar, Jauh Di Sudut Hati, Milik Siapakah Gadis Itu, Terasing dan banyak lagi pasti membuatkan kita teringat detik duka dalam hidupnya. Sudirman juga sering menceriakan pendengar dengan lagu gembira seperti Hore Hore, Toyol, Mat Disko, Kasih dan lain-lain.

Thai PM apologises to Asean and dialogue partners Asean's dialogue partners include China, Japan, South Korea, New Zealand, India and Australia.

Abhisit also announced that the state of emergency in Pattaya and Chon Buri had been lifted, just seven hours after the demonstrators had laid siege to the venue of the summits. "I have apologised to all of them, except to Australia. They all understand the situation and expressed their understanding on the matter," said a calm but weary-looking Abhisit, who left without taking questions from the media at the briefing. Australian Prime Minister Kevin Rudd did not arrive today as the East Asian Summit was only scheduled to take place Sunday as originally planned. The announcement by Abhisit tonight was made during a surprise appearance at the media centre of the Pattaya Exhibition and Convention Hall (PEACH), which hours earlier had been overrun by anti-government protestors after they broke through the security cordon. The "Red Shirts" demonstrators, who are aligned to former prime Minister Thaksin Shinawatra, wanted him to resign and cancel the summits as they claimed that he had been elected illegitimately. Abhisit labelled those who had declared "victory" following the cancellation of the summits as enemies of Thailand. "Whoever declared this cancellation as a victory are enemies of the country," said Abhisit, who had earlier been airlifted to the nearby Utapao Airport to send off his VIP guests. -- BERNAMA