Khamis, 6 Januari 2011

Suruhanjaya Diraja siasat kematian Mendiang Teoh Beng Hock perlu!! Inkues pun tak dapat menolong cari jawapan !

Tungu dan lihat, bagaimana Adun UMNO hendak menyokong atau tidak pindaan mengembalikan kuasa Sultan dan MB.. lepas tu baru buat angkat sumpah Khusrin...

Sidang DUN Selangor yang akan turut menyenaraikan pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam menentukan pemilihan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Pindaan ini dijangka akan dapat mengembalikan kuasa Sultan melantik penjawat awam utama atas nasihat Menteri Besar, telah dilucutkan oleh umno-apco Be End melalui Pindaan Perlembagaan 1993.

Inilah peluang terbaik untuk Rakyat melihat dan menilai siapa yang akan menyokong pindaan 'serampang dua mata' ini, iaitu untuk membuktikan siapa yang akan menyokong mengembalikan kuasa Sultan dan siapa yang akan 'menderhaka' dengan tidak memberikan sokongan terhadap pindaan ini.

Jika selama ini umno-apco Be End yang kerap melemparkan tuduhan mengatakan PR derhaka kepada Sultan, maka kali ini mereka tiada pilihan selain daripada menyokong usul pindaan oleh PR untuk mengembalikan kuasa Sultan.

Kegagalan ADUN daripada umno-apco Be End untuk menghadiri persidangan DUN dan menyokong usul pindaan ini akan membuktikan kepada Rakyat, siapa sebenarnya yang menderhaka kepada Sultan. Diharapkan tidak ada mana-mana ADUN daripada umno-apco be End yang akan mengambil 'Cuti Derhaka' bagi mengelak diri daripada menghadiri sidang DUN Selangor yang akan datang ini. Seperti kata TS Khalid MB Selangor, "Kita tunggu dan lihat."