Rabu, 1 April 2009

SERINA CHEF WAN MENIKAH AWAL JUN?



MESEJ yang dihantar oleh Chef Wan malam tadi menunjukkan kegirangannya apabila anak perempuan kesayangannya, Serina, memberitahu dia merancang untuk bernikah pada 1 Jun depan.
Serina yang sudah lebih lapan bulan mengenali hati budi seorang jejaka Inggeris, bernama Gavin melahirkan hasrat kepada bapanya itu tentang pernikahan mereka dan akan mengikuti kursus perkahwinan bulan depan.
"Dah pula kepala ni pening nak kahwinkan anak..Alhamdulillah," luah Chef Wan, ringkas, menerusi teks SMS yang dihantar.
Di dalam temubual sebelum ini, Chef Wan akui gembira dengan pilihan teman lelaki Serina yang berusia 32 tahun itu.
Ternyata kehadiran Gavin dalam hidup Serina mendapat lampu hijau daripada Wan.
Bukan setakat itu saja, malah Wan sendiri sudah pun berkenalan dengan bakal menantunya, iaitu seorang tokoh perniagaan yang mempunyai rangkai pakaian sukan di beberapa negara di rantau ini.
Apa yang lebih menambat hati Wan tentang Kevin ialah beliau telah memeluk agama Islam lama sebelum berkenalan dengan Serina.
"Apa-apapun agama itu penting kerana sebagai suami dia wajib mendidik Serina. Saya sudahpun berjumpa dan menyelami hati Kevin. Nampaknya inilah lelaki yang paling serasi dengan Serina.
"Lagipun dia nampak serius dan mempunyai prinsip hidup yang boleh dibanggakan. Pekerjaannya juga stabil dan orangnya pun boleh tahan kacak," kata tokoh chef yang disegani di rantau Asia ini.
"Bakal besan pun saya dah jumpa. Keluarga mereka pun baik-baik dan bersifat terbuka. Mereka menerima Serina dengan senang hati," jelas Wan yang pernah berkunjung ke kediaman bakal besannya di United Kingdom sebelum ini.