Jumaat, 22 Januari 2010

SERANGAN BERTALI ARUS KPD KERAJAAN SELANGOR DAN KELANTAN !

Serangan bertali arus dan tidak putus-putus kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat terutama Selangor dan Kelantan memerlukan ketahanan dan dalaman dan kekuatan iman.
Kita lihat bagaimana kerajaan negeri Perak tumbang hanya kerana 3 manusia yang gagal dalam ujian serangan seumpama itu.
Begitulah dengan apa yang sedang berlaku di Kelantan dan Selangor. Semua orang tahu kerajaan Kelantan sudah teruji. Anggota pimpinan kerajaan negeri juga telah teruji. Walaupun pada tahun 2004 mereka hanya tinggal satu kerusi majoriti mereka masih mampu bertahan. Tetapi bagaimana dengan negeri Selangor yang sedang hebat diserang dari pelbagai sudut. Serangan bertali arus ini juga tidak berhenti walaupun sesaat.
Ada sahaja isu dan kes yang mereka ketengahkan. Samada ia benar atau tidak sudah tentu ia mempunyai asas dan sebab mengapa mereka berani melakukan serangan. Sudah tentu ada ruang-ruang terbuka yang menyebabkan mereka berani bertindak begitu.
Itu sebabnya pada masa hadapan semua parti komponen PR mesti berhati-hati memilih orang yang dipilih untuk bertanding pilihanraya dan juga berjaga-jaga dalam memilih calon-calon pegawai lantikan politik. Jika tidak kita bimbang mereka ini akan menjadi musuh dalam selimut atau pun menjadi liabiliti kepada kita. Akhirnya rakyat melihat PR sama atau lebih teruk dari BN.
Musuh sudah tentu mencium setiap inci peluang untuk menyerang dan melemahkan kita. Mereka juga akan melakukan apa sahaja untuk memasang perangkap dan jerangkap samar yang bisa merobohkan kekuatan dan ketahanan kita.
Sehari dua Selangor di serang dengan kes pasir dan habuan seks. Beberapa orang telah ditahan oleh SPRM. Berkemungkinan kes sebegini akan berpanjangan dan banyak masa terpaksa dihabiskan untuk menangani kes semacam ini..

MediaPKR/SAS/Sofiewahab