Khamis, 30 Julai 2009

Bumi Kenyalang menjadi kenangan..




Kenangan bersama ayam renyek, mee golok, laksa sarawak dan kek lapis di kg gersik, kucing telah meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak mudah dilupakan.. Saya masih belum ke kampong kawan-kawan lama masa persekolahan dulu seperti Dr Chua Kok Hua, seorang pensyarah di Uniten, YB Fadilah Yusof (ketua murid saya), sekarang Timbalan Menteri dan Mohd Syawal, kawan semeja di tingkatan lima dahulu, tidak kurang Sdr Nordin, dengar khabar berada di bank di bandar kucing, semuanya saya masih tidak berjumpa, tetapi saya sudah pun berada di kampong mereka, aneh juga orang Sarawak sudah lama dekat dihati saya, sekarang mereka akan terus menjadi kenangan dan mendapat sokongan saya, harapan baru untuk kawan semua, berubah untuk pencerahan semula bumi kenyalang!

SELAMAT BERJUANG ORANG SANTUBONG !



(SIRI SARAWAK) - RUMAH PANJANG KG RAYU IBAN, SANTUBONG - 27 JULAI 9 MLM- PKR Sarawak di Santubong telah memasuki 11 tahun lamanya, mungkin tidak ramai yang tahu kewujudan pejuang reformasi yang sekian lama berjuang tanpa peluru dan senjata, memasuki setiap ruang yang ada untuk menerangkan ruang baru dan memberikan harapan kepada semua rakyat Sarawak, Sdr Morni salah seorang yang ditemui, bersama isterinya, berbangsa iban, mendapat dokongan dari rumah panjang iban ini. Sudah lama Tuai Rumah Panjang ini (macam ketua kampong), Sdr Hamdin AK Sidi berkongsi harapan untuk keluar dari pemerintahan yang tiada keadilan dan kesaksamaannya untuk sekian lama.. Selamat berjuang orang Santubong..

LAWATAN KE RUMAH PENEMPATAN RAKYAT (RPK) BANDAR BARU SEMARIANG, KUCING - 27 JULAI 2009



(SIRI SARAWAK) - Sebelum berkonvensyen di Crown Tower, Kucing, pada 27 Julai satu lawatan bersama Sdr Zulrosdi, Timbalan Ketua Penerangan Sarawak ke PPR Bdr Baru Semariang menjadikan satu pengalaman yang amat berguna dalam melihat projek rakyat kerajaan BN selama ini di kawasan pembangkang di Sarawak. Sdr Azhari, ketua penduduk di sini membawa melawat keadaan rumah yang ketinggalan setelah 7 tahun, struktur bumbung yang tertanggal dan keadaan longkang yang teruk, betapa menunjukkan kualiti ketulusan kerajaan negeri dalam membantu rakyat miskin..