Isnin, 19 Januari 2009

Barrack Obama angkat sumpah pada 20 Jan 2009..




U.S. President-elect Barack Obama and his wife Michelle walk down the stairs of the Lincoln Memorial during the "We Are One: The Obama Inaugural Celebration At The Lincoln Memorial" on January 18, 2009 at the National Mall in Washington, DC. The event includes a diverse array of talent featuring both musical performances and historical readings and an appearance by U.S. President-elect Barack Obama.

TUAH BUAT KERJA AMAL.... FAIZAL TAHIR MENANG PERSEMBAHAN, VOKAL DAN JUARA BALADA DI AJL 23..




Tips untuk menguruskan perbelanjaan.....



Sedikit tips untuk mengurus duit bagi membolehkan matlamat kewangan kita tercapai seperti membeli rumah, menyimpan duit untuk membiayai pelajaran anak-anak atau merancang untuk persaraan.. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit perancangan dan mengurus hal kewangan anda dengan betul. Keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang mesti di hadapi dengan berhati-hati..

Selain menentukan matlamat kewangan kita dan menjejak kemana perginya duit kita, kita harus menilai cara kita berbelanja.. ini penting, biasanya ramai orang tersalah berbelanja.....

Semak senarai barangan isi rumah yang anda beli untuk meneliti samada jenamanya boleh ditukar kejenama yang lebih murah..kertas tisu, serbuk pencuci, dsbnya.

Semak samada belanja bulanan anda bagi barangan mewah benar2 diperlukan..perabut, alatan elektrik, majalah langganan dsbgnya.

Isyarat amaran mengenai tabiat anda yang berbelanja secara tidak sihat seperti :-

menggunakan wang simpanan untuk membayar bil semasa,
melengahkan pembayaran bil2
membuat pinjaman baru utk lunaskan hutang lama
suka membayar ansuran utk barangan harian isi rumah,
pembayaran/perbelanjaan melebihi pendapatan di akhir bulan,
membeli mengikut gerak hati walaupun tahu tak mampu,

Jadi, satu rangka perbelanjaan harus dibuat bagi menyemai sifat2 disiplin.

Tulis rancangan perbelanjaan anda, catatkan aliran keluar masuk, ketepikan sedikit wang untuk simpanan anda untuk waktu kecemasan (seperti yuran sekolah, cukai kereta dll)

Jika tidak ada lebihan dari perbelanjaan, kurangkan mana2 perbelanjaan yang tidak perlu.

Jangan sifatkan rancangan perbelanjaan sebagai batasan untuk mengikis keseronokan dalam hidup anda.

Belajar bebaskan dana dan membantu diri anda mencapai peningkatan matlamat kewangan masa sekarang dan pada masa akan datang..

Gunakan buku saku untuk diamalkan selain dari buku perancangan/ penyata kewangan keluarga anda.

Sekiranya ada wang lebihan, boleh difikirkan untuk membuat pelaburan pada hujung bulan tetapi mesti pastikan mendapat pulangan maksimum (biasanya memerlukan strategi)..

Minta nasihat dari penasihat pelabuaran jika tidak mempunyai ilmu yang tidak mencukupi..


Sekian dulu..