Selasa, 27 Mac 2012

CINTA MEMANG PELIK KAN......

Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika....


TS KHALID ~ UMNO-BN GAGAL URUS PASIR SEJAK DULU, SKRG HASIL PASIR BERLIPAT GANDA

SHAH ALAM, 26 MAC : Gagal diurus dengan baik sewaktu era Umno-BN, kini hampir semua berjaya ditangani dengan baik oleh Syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB) sehingga keuntungan perlombongan pasir meningkat sejak di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat(Pakatan).

Bukti ketelusan itu, royalti yang diterima kerajaan negeri meningkat kepada RM32.5 juta untuk tempoh tiga tahun dari 2009 hingga 2011 berbanding hanya RM12.51 juta dari tahun 2005 – 2007 dibawah Umno-BN.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap Dewan Plenary, Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini bagi majlis menandatangani kontrak di antara KSSB dan kontraktor-kontraktor yang terpilih bagi melombong pasir di Selangor.

Isnin, 26 Mac 2012

HASSAN ALI TAK PERCAYA PROGRAM SELANGORKU !!

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini melahirkan keraguan terhadap pelaksanaan program di bawah Geran Selangorku berjumlah RM300juta yang diumumkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebab dana itu dikatakan tidak direkodkan di bawah akaun Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

BUKTI PELABURAN FGVH LUAR NEGARA ALAMI KERUGIAN !

KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.
Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.
Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.
Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.
"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.
"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.
"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.
"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.
"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.
"RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?
"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya.

Ahad, 25 Mac 2012

KINI OMBAK RINDU DALAM BENTUK SETEM

Filem Ombak Rindu yang ditayangkan di seluruh negara


Filem Ombak Rindu yang ditayangkan di seluruh negara Disember lepas menjadi filem tempatan

pertama diabadikan dalam bentuk setem edisi terhad. Koleksi Setemku edisi terhad, terdiri

daripada album setem dan set folder  itu berbentuk album setem 24 muka surat berharga RM199

mengandungi enam helai setem peribadi berjumlah 48 keping, 11 keping poskad babak-babak

filem tersebut, bersama DVD filem berkenaan. Set folder pula berharga RM59.90 yang

mempunyai gambar babak filem tersebut.

Jumaat, 23 Mac 2012

APEXS DAN SITI NURHALIZA

Gambar ini di upload oleh Apek melalui Twitternya memberitahu bahawa beliau

telah makan tengahari bersama penyanyi nombor satu negara Datuk Siti

nurhaliza dan Datuk K. Waaahhh... bertuah sungguh Apek semenjak menjadi

popular ni meskipun hanya menyertai bidang sukan.

Kerana Apek bukan hanya menjadi sebahagian daripada selebriti sekarang,

malah baru-baru ini turut dilantik menjadi duta Puma.

Persoalannya, apakah yang dibincangkan oleh Apek dan Siti? Mungkinkah Siti mahu mengambil Apek

menjadi duta kosmetiknya atau menjadi rakan duet dalam album terbarunya?

ANWAR SETUJU BERDEBAT DGN NAJIB, RAJA PETRA

KUALA LUMPUR 22 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini enggan berdebat dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, hari ini menukar pendirian dan bersedia untuk berbuat demikian termasuk dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau bersetuju untuk berdebat setelah dicadangkan berbuat demikian oleh pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang menghubunginya malam tadi.
Menurut Anwar, Assange mencadangkan beliau berdebat dengan Raja Petra dan Najib secara terbuka dan Assange akan menganjurkan debat tersebut secara langsung. Saya telah memberi jawapan untuk bersetuju kepada Assange melalui Twitter," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata, Assange tidak memaklumkan mengenai tarikh debat berkenaan, namun, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat itu yang boleh diikuti oleh seluruh dunia.