Sabtu, 23 Mei 2009

Gambar Anak Erra Fazira di Majlis Cukur Jambul


Pada petang tadi, telah berlangsung majlis aqiqah dan cukur jambul anak kepada Erra Fazira dan Engku Emran di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail. Ini adalah kali pertama wajah Engku Aleesya diperkenalkan kepada umum. Disaksikan 500 orang saudara mara, rakan kenalan dan media, majlis pada siang tadi berjalan dengan lancar. Sebab nama Engku Aleesya dipilih menurut Erra, kerana sebutannya lebih lembut selain maksudnya yang indah iaitu `yang dilindungi’.
Engku Aleesya (Engku Emran) selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar Perubatan Damansara di sini pada pukul 11.40 pagi, 30 Mac lalu.
Dijangka esok, wajah anak comel Erra Fazira ini akan terpampam di muka depan dada akhbar dan majalah.
Alahai, comelnya anak Erra Fazira…

Lisa Surihani - rezeki mencurah datang


SABAN hari, nama aktres muda ini semakin menyinari persada seni. Rezekinya di dalam bidang ini nampaknya semakin mencurah-curah, apatah lagi sebaik dilantik sebagai pelakon Wajah Eksklusif Astro Megadrama tidak lama dulu. Pakej lengkap yang ada pada Lisa Surihani iaitu cantik dan berbakat besar sememangnya menjadi kelebihan buat aktres, model dan pengacara berusia 23 tahun ini yang cukup 'laku' di kalangan produser drama dan filem ketika ini