Selasa, 30 Jun 2009

Seorang lagi artis Hollywood meninggal dunia..bintang Charlie's Angel..Farah Fawcett


Seorang lagi artis Hollywood, Fawcett, 62, meninggal dunia di Hospital Santa Monica setelah empat tahun melawan penyakit kanser.
"Farrah seorang yang kuat dan dia ada pegangan. Sekarang dia berehat dengan aman bersama angel sebenar," kata rakan Charlie's Angelnya, Jaclyn Smith. Fawcett mencipta nama pada tahun 1976 menerusi drama TV itu. Poster seksinya yang berbikini dijual berjuta unit.
Fesyen rambutnya juga menjadi ikutan pada masa itu. Bukan sahaja golongan remaja, malah orang dewasa juga tiru fesyen rambut panjang dan layered itu. Dia juga memiliki sepasang gigi yang cantik. Wajahnya juga pernah menjadi pelaris t-shirt dan produk lain.
Baru-baru ini teman lelakinya, pelakon Ryan O'Neal mengatakan dia sudah melamar Fawcett dan pelakon itu setuju. Namun pernikahan tidak sempat dilangsungkan apabila Fawcett meninggal dunia. Fawcett pernah berkahwin dengan pelakon The Six Million Dollar Man, Lee Majors. Mereka menjadi pasangan popular melalui kempen promosi kedua-dua siri itu. Mereka bercerai pada tahun 1982.
"Farah pernah jadi angel di bumi dan sekarang menjadi angel selama-lamanya," kata Majors.(Foto:AP)