Khamis, 20 Oktober 2011

TINDAKAN MENGAMPU UIA BILA GANTUNG AZIZ BARI ~ DR ASRI

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan menyifatkannya sebagai "tindakan mengampu".

"Tindakan kepada Prof Aziz Bari merupakan sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita.

"Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad.

"Tindakan ini adalah tindakan mengampu," kata fellow pelawat di Universiti Oxford itu.


Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri (kanan) menyifatkannya sebagai "tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik".

Beliau bahkan sinis terhadap apa yang dirujuknya sebagai "kepimpinan baru di UIA" yang tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik.

"Kepimpinan UIA sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik," katanya.

Rabu, 19 Oktober 2011

UKM mendapat Timbalan Vice Chancellor baru ~ Prof Datuk Noor Azlan Ghazali

Tahniah kepada rakan alumni University of Nebraska-Lincoln Prof Datuk Noor Azlan Ghazali yang kini menjawat jawatan Timbalan Vice-Chancellor UKM ~ Sebelum ini, Prof Noor Azlan adalah Dekan Fakulti Perniagaan UKM. 

Ahad, 16 Oktober 2011

UST AZHAR IDRUS ~ RINGKAS DAN MUDAH

Sangat mudah, ringkas dan senang difahami. Soalan ditanya secara terus, tanpa ada ayat yang sukar difahami, dan penerangan pun senang. Mudah difahami.
Macam mana bole dapat buku ni? Beli semasa dia berkuliah sabtu lepas di Ulu Kelang.
Buat masa ni, Ustaz Azhar adalah penceramah kegemaran. Dia pandai melawak. Mungkin korang ada ustaz pilihan korang sendiri. Ustaz Kazim pun not bad kan?

Sabtu, 15 Oktober 2011

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru

Bersyukur dan tahniah: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya Jumaat (14 Oct) bersetuju mengisytihar Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa pada 13 Disember.Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru bagi tempoh sama.

Khamis, 13 Oktober 2011

PERJUMPAAN GENG TG PIANDANG SUNGGUH NOSTALGIA !

Bersama rakan Geng Tg Piandang (GTP) di perjumpaan ramahmesra GTP di Sentul, KL pada 8 Okt 2011 Sabtu lepas.. Sungguh nostalgia bersama rakan-rakan sekampong yang dahulunya berhingus dan selekeh tetapi kini semuanya berjalan dengan megahnya sebagai anak jati pekan Tg Piandang. Syabas kepada tuan rumah, Datuk Sam Hj Awang, Sdr Hamid Abdullah, Sdr Faudzi, Sdr Basid, Pn Zuriani, Basha, Asnida dan rkan lain yg bertungkus lumus menjayakan majlis penuh gemilang. Kepada yg tidak hadir bersebab bolehlah menghadirkan diri pada perjumpaan akan datang, tahun depan je lah ~ Anyway, wa salute Uolls !!!

Bajet P .Ramlee ~ Budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak

Bajet 2012 kali ini seolah-olah menggambarkan apa yang sebenarnya terkandung dalam pemikiran perdana menteri kita sepertimana dialog dalam filem P Ramlee yang masyhur, “budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak ”.

Justeru, mahasiswa sekali lagi kecewa dengan pembentangan bajet kali ini yang juga seolah-olah tidak langsung memikirkan soal pembinaan generasi akan datang.

Boleh jadi kerajaan sekarang beranggapan mahasiswa tidak boleh terlalu selesa, nanti mereka malas belajar.

Cadangan peringkat kita mahasiswa sebelum ini antaranya seperti pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut zon berdasarkan kenaikan kos sara hidup mutakhir ini, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Belum lagi kita cadang supaya PTPTN diubah menjadi biasiswa! Lahirlah pelacur daripada kalangan mahasiswi yang rata-rata tidak sanggup untuk berhadapan dengan krisis kewangan walaupun telah menuntut ke menara gading.

Boleh jadi ianya bukan menara gading lagi, tapi menara taring yang misinya membunuh masa depan mahasiswa dan belia remaja! Banyak lagi berita-berita di dada akhbar yang mengejutkan kita, ada yang jadi keldai dadah kerana bayarannya sangat lumayan dan tidak kurang ada yang sanggup menjadi pencuri kecil-kecilan di kampus!

Mana tidaknya, sebaik sahaja mahasiswa keluar bergraduasi mereka sudah punyai belenggu hutang kiri dan kanan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Mahasiswa juga dikenali sebagai OKU iaitu "orang kuat utang"!

Pendirian di peringkat mahasiswa adalah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan soal yuran pengajian di universiti. Sebagai contoh mudah, yuran internet dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) sehingga mencecah RM100 untuk satu semester.

Dalam masa sama juga dikenakan yuran perpustakaan RM100. Tidak kurang lagi bas universiti pun dikenakan kos perkhidmatan. Bas kilang pun percuma,ini pula bas universiti!

Boleh jadi ia jumlah yang tidak besar di mata para menteri dan mereka yang menaiki kereta import yang mewah, namun ia adalah beban di peringkat kami mahasiswa!

Ada yang ikat perut dek kerana kos sara hidup benar-benar menjerut kehidupan mahasiswa terutama mereka yang berada di lokaliti Lembah Klang.

Kenapa tidak kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet bagi menampung kos kemudahan internet dan ICT di institut pengajian tinggi ini? Bukankah kerajaan sebelum ini beria-ria sangat mahu memperkenalkan emel percuma kepada seluruh rakyat Malaysia?

Mana mahu guna e-mel tanpa internet! Nah, itulah persoalannya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. Malang sungguh mahasiswa di Malaysia!

Bukan tidak bersyukur dengan kerajaan yang memberikan baucer RM200 untuk pembelian buku melalui syarikat kroni ini, tetapi tidak lagi percaya. Jom ubah kerajaan sekarang!
Muhammad Safwan Anang @ Talib ~ Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

Rabu, 12 Oktober 2011

~Alfatihah kpd seniman veteran Datuk Ahmad Jais ~

Dunia seni tanahair hari ini dikejutkan dengan berita kematian seorang penyanyi veteran yang mempunyai kelas tersendiri iaitu Datuk Mohd. Jais Ahmad ataupun dikenali dengan nama Ahmad Jais. Beliau telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) ketika beliau berusia 75 tahun.
Ahmad Jais yang kita kenali terkenal dengan alunan suara yang menusuk serta lenggokkan nada melayu yang terlekat disetiap atur lirik lagunya membuatkan lagu-lagunya sentiasa terpahat dijiwa setiap rakyat. Beliau tidak hanya mengalunkan lagu-lagu cinta malah sikapnya yang patriotik turut ‘diterjemahkan’di dalam bentuk lagu seperti lagu Bahtera Merdeka. Siapa yang tidak melalui Hari Raya Eidul Fitri tanpa terdengar ‘kelibat’ lagu dendangan beliau? Lagu dendangannya juga sentiasa mengingatkan kita kepada Yang Maha Kuasa dan yang pastinya lagu Iman Dan Taqwa adalah antara yang paling menyentuh jiwa nurani kita.
Begitulah Ahmad Jais. Walaupun dalam berhibur namun sentiasa mengingatkan kita supaya jangan alpa terhadap Allah swt. Semoga Allah swt mencucuri rahmat buat rohnya. Semoga Allah swt berikan keampunan kepada Allahyarham dengan berlandaskan amalan dan niat beliau semasa didunia ini. ~Al Fatihah

Selasa, 11 Oktober 2011

RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN KG BARU DILULUSKAN SELEPAS DIBAHAS 4 JAM?

Pada hari Rabu lalu, ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila ia diluluskan menerusi undi belah bahagian. Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.
Semalam DS Anwar dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman, mempersoalkan tindakan kerajaan menarik balik draf undang-undang tersebut yang dibentangkan sebelum ini dan membentangkan satu Rang Undang-Undang baru buat bacaan kali pertama tanpa sebarang notis.Ianya dibahaskan selama 4 jam sebelum diluluskan.
“(Kerajaan) kena dengar pendapat rakyat (terlebih dahulu). Kena tengok dari segi undang-undang dan apa implikasinya (kepada rakyat)
“(Kehendak rakyat) mesti difahami, sebelum buat sesuatu,” katanya sambil menambah tidak perlu “kuasa mutlak” diberikan menteri untuk membangunkan di kawasan itu. Sehubungan itu, Anwar yang juga ketua pembangkang berjanji sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya akan datang, pihaknya akan “membatalkan” undang-undang baru tersebut.

Mengimbau sejarah pembangunan di Kampung Baru, bekas timbalan perdana menteri itu menceritakan jasa bekas menteri besar Selangor Allahyarham Datuk Harun Idris membantu membangunkan ekonomi orang Melayu. Anwar menegaskan sepatutnya pemimpin Umno mencontohi Harun yang berusaha menolong orang Melayu, seperti memberi bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan kepada penduduk di situ, yang mana ketika itu Kuala Lumpur berada di bawah Selangor.

Beliau yang juga penasihat ekonomi negeri itu turut mencadangkan kepada TS Khalid supaya segera membantu penduduk Kampung Baru melalui anak-anak syarikat, berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar. Anwar berharap perbincangan antara anak-anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor dapat diadakan demi kepentingan penduduk selewat-lewatnya sebelum solat Jumaat.
Sebelum itu TS Khalid yang berucap telah menyatakan komitmen kerajaan Selangor untuk memberi “sokongan profesional” kepada penduduk Kampung Baru. 
Sementara itu, YB Salahudin spula menempelak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahtaraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang disifatkan sebagai ‘sombong’. Ini kerana dakwanya, menteri itu tidak memberi peluang kepada pemimpin pembangkang untuk mencelah membahaskan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat baru-baru ini.
“Memanglah mengikut peraturan mesyuarat, nak bagi jalan atau tidak itu hak menteri kepada kita (untuk) membahaskan rang undang-undang itu.
“Memang hak dia, kita tidak menafikan hak dia. Tetapi rang undang-undang yang menentukan masa depan orang Kampung Baru, yang dia adalah menteri wilayah persekutuan,” katanya.

Pada sidang media selepas majlis tersebut, TS Khalid berkata beliau bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa bertindak di bawah pejabat menteri besar dengan kerjasama antaranya PKNS dan Perbadanan Negeri Selangor Berhad untuk membantu membangunkan Kampung Baru.
Beliau turut mengumumkan seorang wakil kerajaan negeri yang kini sebagai adalah lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diarahkan memantau sebarang keputusan dewan tersebut berhubung pembangunan di situ.
“Beberapa rakan profesional dari kumpulan peguam menolong jawatankuasa ini untuk memahami dan merancang. Kumpulan perancang yang akan memberi idea perancangan (pembangunan) dan projek analisis,” katanya. Khalid berkata jawatankuasa itu akan bertindang bermula hari ini (Selasa) atau lusa.
Mengulas lanjut, beliau berkata Kampung Baru mempunyai hubungan sejarah dengan negeri itu melalui Malay Agriculture Settlement Act yang dibuat semasa kampung itu berada dalam Selangor. “(Oleh itu) akta tersebut sebagai asas untuk menggembleng pemilik tanah (mengenai) apa yang mereka perlu lakukan dalam usaha pembangunan di Kampung Baru dan masyarakat di situ.
“Daripada pemahaman saya, undang-undang yang dikemukakan sekarang mesti dibaca dengan undang-undang yang sudah ada. Antara undang-undang itu adalah Malay Agriculture Settlement (MAS) Act Itu asasnya.
“Sebab itu saya rasa ada peluang untuk kita menggunakan akta MAS sebagai asas untuk kita mencari jalan pembangunan yang boleh diterima oleh masyarakat di Kampung Baru,” katanya.

MediaSAS

Sabtu, 8 Oktober 2011

SATU RUJUKAN ~ INTIPATI BAJET 2012 @BERNAMA

BERIKUT adalah intipati Belanjawan 2012:
* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan di lima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagi Syarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.
* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.
* Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan kerajaan.
* Pendapatan kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM186.9 bilion pada 2012berbanding RM183.4 bilion pada 2011.
* Defisit belanjawan dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNKberbanding 5.4 peratus pada 2011.
* Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa pada 2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta, perkhidmatan pakar perubatan danpergigian, arkitek, kejuruteraan, perakaunan dan percukaian, perundangan,perkhidmatan kurier, perkhidmatan pendidikan dan latihan serta perkhidmatantelekomunikasi.
* Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.
*"Rolling plan" kedua akan diperuntukkan RM98.4 bilion dengan RM49.2 bilionmasing-masing untuk 2012 dan 2013.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300 juta bagi usahawan Bumiputera.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan di lima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusan perbendaharaan di Malaysia.
* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* Valuecap Sdn Bhd akan menyediakan RM200 juta sebagai dana permulaan bagi Dana Dagangan Bursa yang mematuhi Syariah.
* Felda Global Ventures Holding akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 bagi mengumpulkan dana untuk menjadi sebuah syarikat berstatus konglomerat global.
* Kerajaan akan memberikan kadar cukai konsesi 10 peratus ke atas dividenpelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam amanah pelaburanhartanah bagi lima tahun dari 2012 hingga 2016.
* Satu skim Dana Pembiayaan PKS yang mematuhi Syariah berjumlah RM2 bilionakan dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih pada 2012.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi SME Revitalisation Fund yangakan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.
* Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.
* Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dankereta elektrik dilanjutkan sehingga 2013.
* Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkandengan peruntukan RM420 juta.
* Kerajaan mencadangkan pengusaha hotel di Semenanjung Malaysia yang melaburdalam hotel empat dan lima bintang baharu, diberikan galakan taraf Perintisdengan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 60peratus bagi tempoh lima tahun.
* Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.
* Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh Syariahberjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik.
* Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi galakanTaraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama lima tahun.
* Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektorpertanian.
* Kerajaan mencadangkan menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku daripada maksimum RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari 2012.
* Di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sejumlah 7,700 rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja pada 2012.
* Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA.
* RM443 juta diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000unit untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000.
* RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.
* Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
* MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskan konsep "Management Buyout".
* Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
* Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300 juta.
* Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan RM100 juta lagi bagi usahawan Cina.
* Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjianpembiayaan mikro kredit.
* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.
* RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia).
* Kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai.
* RM50 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.
* Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di kejohanan sukan peringkat antarabangsa.
* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.
* Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
* Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.
* Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
* Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. -BERNAMA

Jumaat, 7 Oktober 2011

Belanjawan PRU? bukan kata Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terserah kepada mana-mana pihak untuk melabelkan belanjawan yang diumum hari ini sebagai "belanjawan pilihan raya". Katanya, kerajaan sebaliknya memberikan pelbagai kemudahan dan tawaran kerana prihatin dengan keperluan rakyat pada masa ini. "Tapi kalau ada pihak yang mengatakan ini election budget, itu terserah kpd mereka... Bila election nak diadakan? Bila?" soalnya.
~~ nampaknya confirm bajet pilihanraya...