Untuk menuntut kejayaan, banyak yang perlu kita lakukan, memang susah dan sukar, tetapi jika hendakkan peningkatan, kenalah PENING....maka kita perlu dan terus berusaha, buatlah apa yang positif:
•Bekerja lebih kuat secara bijak.
•Bercakap sebagai seorang pakar dalam bidang itu. Contoh: Anda seorang pakar pemasar internet, maka tidak boleh menjadi seorang yang lemah. Terus menerus bercakap mengenai bidang anda dan lakukan usaha-usaha berkaitan dengan bersungguh-sungguh.
•Tunjukkan bukti keberhasilan kerja anda. Jika anda pakar SEO, buktikan bahawa website anda sendiri mempunyai ‘ranking’ terbaik di enjin carian.
•Belajar dan terus belajar berkaitan bidang yang diceburi agar lebih berpengetahuan.
•Terus menerus membangunkan diri dengan belajar dan melatih diri.
•‘Walk the talk’. Apa sahaja yang diperkatakan perlulah disusuli dengan tindakan. Kata orang, “Cakap serupa bikin”.
•Percaya sepenuhnya. Tiada apa yang mustahil di dunia ini, terutama yang telah pernah diraih oleh manusia, selagi ia di dalam lingkungan kemampuan manusia. Jika boleh percaya ada hantu (walaupun tidak ada), mengapa tidak boleh percaya yang kita akan berjaya?
•Bertanggungjawab kepada diri sendiri. Jika kita malas dan lemah, kita perlu salahkan diri sendiri. Perlu sentiasa menilai (muhasabah) diri agar kekurangan dapat diperbaiki.
•Bersama-sama dengan individu/kumpulan yang sama fikiran dengan kita.
•Fokus sepenuhnya terhadap usaha yang dilakukan.
•JELAS dengan matlamat dan tujuan berniaga. Anda berniaga sebab apa? Setiap kali rasa lemah, baca kembali matlamat murni anda itu dan kembalilah segera berusaha semula.
Kepada usahawan yang telah atau sedang kecundang, jatuh dan rebah dalam perniagaan, bangkitlah segera. Tuntut kembali kejayaan anda!