
Ahmad Jais yang kita kenali terkenal dengan alunan suara yang menusuk serta lenggokkan nada melayu yang terlekat disetiap atur lirik lagunya membuatkan lagu-lagunya sentiasa terpahat dijiwa setiap rakyat. Beliau tidak hanya mengalunkan lagu-lagu cinta malah sikapnya yang patriotik turut ‘diterjemahkan’di dalam bentuk lagu seperti lagu Bahtera Merdeka. Siapa yang tidak melalui Hari Raya Eidul Fitri tanpa terdengar ‘kelibat’ lagu dendangan beliau? Lagu dendangannya juga sentiasa mengingatkan kita kepada Yang Maha Kuasa dan yang pastinya lagu Iman Dan Taqwa adalah antara yang paling menyentuh jiwa nurani kita.
Begitulah Ahmad Jais. Walaupun dalam berhibur namun sentiasa mengingatkan kita supaya jangan alpa terhadap Allah swt. Semoga Allah swt mencucuri rahmat buat rohnya. Semoga Allah swt berikan keampunan kepada Allahyarham dengan berlandaskan amalan dan niat beliau semasa didunia ini. ~Al Fatihah