Rabu, 29 Disember 2010

Pertemuan dengan bekas prof di universiti..

Satu pertemuan akan diatur pada 1.1.11 ini untuk ketemu kembali bekas pengajar universiti di Universiti Nebraska, Lincoln di era 1982 sehingga 1988 dahulu. Harap dapat berjumpa kawan-kawan lama semasa di universiti dulu, terutamanya rakan kolej dan kawan serumah...

Jumaat, 17 Disember 2010

Pakatan akan buktikan ia lebih baik daripada BN !!!

Pilihan raya kecil DUN Tenang dijangka Januari 2011 sebelum Tahun Baru Cina

Satu lagi pilihan raya kecil dijangka akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini adalah pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.
Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.
Pakatan Rakyat memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008.
BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala di DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi.
Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.
Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.
Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Khamis, 16 Disember 2010

COURT ACTION AGAINST SPEAKER TS PANDIKAR AFTER ANWAR SUSPENDED

Pakatan Rakyat (PR) MPs said today they plan court action against the Dewan Rakyat Speaker after Datuk Seri Anwar Ibrahim and three opposition lawmakers were suspended for six months. Karpal Singh said PR will be seeking a judicial review over what he said was the abuse of power by Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia and the decision to suspend.
He also urged the Speaker to step down as “he no longer has the moral authority”

Kenangan di universiti..1988 Negussie Negawo Award dari UNL

Terimakaseh kepada sahabat di universiti yang tagkan papan notis di universiti ketika ini (Sdr Zabidi Abdullah @Bonn, Ketua Jabatan Senibina, Universiti Malaya yang sedang mengikuti kursus PhD di sana). Memang ada tertulis namaku tu. Ada jugak pelajar Malaysia yang dapat Negussie Negawo Award ni, selalunya diberikan kepada pelajar universiti yang memberikan sumbangan kepada kebaikan pelajar antarabangsa dan kaum minoriti termasuk pejajar afrika, arab dan lebih dari 160 negara asing yang belajar di universiti. Pada tahun 1988 ini, banyak kenangan dan peristiwa yang berlaku di kampus, krisis iran/iraq, isu palestine, rentetan perang vietnam dan bekas tahanan perang vietnam, soal diskriminasi pelajar antarabangsa telah menjadikan tahun itu penuh dengan tragis dan kenangan bagi pelajar universiti di Amerika Syarikat. Kebetulan pula, aku adalah presiden kepada pelajar antarabangsa universiti (ISO -International Student Organization, UNL) pada tahun itu, maka berbagai kenangan pahit dan manis berlaku. Semua menjadi pengalan sebagai pemimpin pelajar universiti di Amerika Syarikat. Tahun sebelum itu aku berkhidmat sebagai Setiausaha ISO dibawah seorang pemimpin pelajar dari Indonesia. seorang anak hartawan di negaranya, malahan ramai lagi ahlijawatankuasa yang datang dari pelbagai latarbelakang, kebanyakannya dari keluarga politik dan perniagaan berprofail tinggi...
Banyak kenangan lain di tahun-tahun pembelajaran dari 1982 sehingga 1988. Mungkin aku boleh coretkan di blog ini atau difesbuk di masa depan atau menulis kembali rentetan kenangan perjuangan pelajar Malaysia di tahun-tahun tersebut. Wallahualam.

Shaiful Anuar Sulaiman

Rabu, 15 Disember 2010

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE 64, TS KHALID IBRAHIM

Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke 64 kepada MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Semoga Allah swt mengurniakan kekuatan untuk terus memimpin rakyat Selangor dengan adil dan bersih kearah kemakmuran dan kesejahteraan sejati.
Semoga Allah swt teguhkan iman, pertajamkan taqwa, terus mengabdikan diri kepada Nya setiap waktu dan ketika.

Saya mengenali TS Khalid sewaktu PRK Ijok dimana beliau tidak menang lagi ketika itu, ketika ramai orang India menyokong kuat parti dan calon ketika itu, tapi malangnya masih tidak menang.. Selepas pilihanraya PRU12 2008, TS Khalid menang kembali dan kini selepas dua tahun setengah, mentadbir negeri Selangor Darul Ehsan, rakyat bertambah ceria dan kemakmuran negeri semakin terserlah...
Betullah dikatakan, negeri Selangor maju, BN terus kabur, harapan cerah untuk terus memikul amanah rakyat di PRU13..

Selasa, 14 Disember 2010

Selamat berkonvensyen di Penang - KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE2

WIKILEADS, MULUT BESAR TEMPAYAN !

Mulut besar, WikiLeads dan mungkin kemudian diikuti OpenLeads membawa satu bentuk penanda betapa semua keegoaan dan keterbukaan Amerika Syarikat menjadi gelakketawa seluruh dunia. Kita nantikan bentuk talkin yang di bawa oleh pengasasnya ...

Jumaat, 10 Disember 2010

Betulkah bila Putrajaya jatuh, Umno akan kelaparan ?

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Pemimpin Umno BN hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam, hari ini.
PAS, katanya berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat kerana mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui mereka.
Katanya, pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan generasi muda.
Ujarnya lagi, mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar.
Muhyiddin, kata beliau sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat kerana seantero dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun.
Sekarang, tambahnya kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegagalan Umno mentadbir negara.
“Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempis, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka,” ujarnya.
Beliau juga mengulas tuduhan Muhyiddin mengatakan “kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin”.
“PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib.
“Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?” soalnya.
PAS, katanya mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan memberikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang.
Jika BN menang, ujarnya segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan di mana air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal mendapat RM2,500 akan hilang.
“Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa,” katanya.

Rabu, 8 Disember 2010

ELAUN KETUA KAMPONG DINAIKKAN KPD RM800 MULAI TAHUN DEPAN


Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakop Sapari mengumumkan elaun Ketua Kampung juga akan dinaikkan mulai tahun hadapan’
“Saya ingin umumkan berita baik kepada semua Ketua Kampung di negeri Selangor seramai 368 orang di mana mulai tahun hadapan bermula Januari 2011, elaun Ketua Mampung dinaikkan ke RM800,” jelas beliau.
Katanya lagi, langkah ini selaras dengan dasar kerajaan negeri untuk menaikkan taraf Ketua Kampung atas kesungguhan mereka selama ini dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.
Yaakop seterusnya berkata beliau berharap dengan pertambahan elaun ini dapat menambahkan lagi komitmen para Ketua Kampung dalam memastikan dasar kerajaan disampaikan kepada rakyat serta mengukuhkan lagi kedudukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

BUKAN SOAL TUAN DAN HAMBA - SULTAN JOHOR

JOHOR BAHARU: Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut "kedaulatan Melayu" kerana ia mencakupi kedudukan Raja-raja Melayu dan rakyatnya dan bukannya soal antara "tuan" dan "hamba", titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

"Ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan raja sebagai puncak kerajaan negeri-negeri Melayu," titah baginda semasa merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim di sini hari ini.
Menurut baginda apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.
Ini kerana, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya, titah baginda.
"Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagi tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu. Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan," titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah baginda membangkitkan soal mengenai ketuanan Melayu memandangkan masih ramai rakyat tidak memahami perkara berkenaan dan menyalahtafsir maksudnya yang sebenar.
Baginda mengingatkan orang Melayu supaya bermusahabah diri dan mempertahankan ketuanan Melayu memandangkan ada orang Melayu sendiri yang mahu menolak kedaulatan Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan.
"Berdasarkan perkembangan semasa, suka saya mengingatkan kepada orang Melayu sekalian supaya muhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan," titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah sistem raja dan kerajaan Melayu yang telah wujud ratusan tahun dahulu tidak pernah putus malah kekal sehingga ke hari ini serta termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurut baginda, konsep kedaulatan Melayu yang merangkumi kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan hak-hak lain juga tidak pernah melihat orang lain sebagai orang luar di negara ini.
Baginda meminta golongan ulama memainkan peranan menjelaskan dan mempertahankan ketuanan Melayu selain menegakkan hukum-hukum syarak.
Sultan Ibrahim juga mengingatkan rakyat supaya terus mempertahankan fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah dan mengamalkan ajaran Islam mengikut Mazhab Syafie bagi mengelak perpecahan.
Bagi mengatasi masalah yang timbul berkaitan akidah, ibadah dan fahaman Islam, baginda mencadangkan kerajaan Johor mewujudkan kumpulan pemikir Islam yang dianggotai pakar termasuk ulama, ahli perundangan dan sasterawan bagi membincangkan masalah berkaitan masyarakat Islam dan penyelesaiannya.
Baginda turut meminta ulama menyebarkan ilmu dan pengetahuan melalui penulisan sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam seperti Imam Al-Ghazali dan Imam Syafie.
Sultan Ibrahim juga mengesyorkan pengwujudan pusat pemurnian akidah serta pusat kajian, penyelidikan, pengembangan dan penyebaran Mazhab Syafie.

Jumaat, 3 Disember 2010

HALANG SYABAS, JIKA TIDAK MAHU AIR MAHAL MACAM SINGAPURA!

SHAH ALAM, 2 Dis - Sekiranya rakyat Selangor membenarkan diri mereka diperlakukan sewenang-wenangnya oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), yang disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat, maka tidak mustahil harga air di negeri ini akan menyamai atau melebihi harga air di Singapura.
Demikian kata Ahli Jawatankuasa, Mohamad Sabu dalam taklimat, ‘Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor’ malam tadi, sambil mengingatkan rakyat di Selangor, agar tidak membenarkan perkara seumpama itu berlaku kerana air adalah keperluan awam, dan tidak wajar dikawal oleh pihak berkepentingan.
“Dengan keadaan itu, air di Selangor barangkali sama atau lebih mahal daripada air di Singapura,” kata Mohamad kepada kira-kira 400 penduduk di Batu Tiga Shah Alam.
Mohamad Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah Pembekalan Air di Pulau Pinang, turut mengingatkan rakyat Selangor agar tidak terus-terusan diperkotak-katikkan oleh Kerajaan Persekutuan dan syarikat kroninya, Syabas dengan fakta-fakta yang sengaja diada-adakan.
Beliau juga mahu rakyat Selangor memahami siapa sebenarnya yang mendapat keuntungan daripada penswastaan air di Selangor, dengan membandingkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) konsesi air di negeri ini dengan Pulau Pinang.
“Saya bagi tahu Ketua Menteri Pulau Pinang, CEO Syabas, gajinya RM425 ribu sebulan. Ertinya, 40 kali ganda daripada CEO air di Pulau Pinang. Dan sudah tentulah berkali-kali ganda daripada gaji Perdana Menteri, menteri-menteri, dan yang paling tinggi lebih daripada gaji dan elaun Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Mohamad lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil pendekatan mesra rakyat dengan tidak menaikkan harga air, namun hanya mengenakan surcaj kepada pengguna domestik yang menggunakan iar melebihi kadar sepatutnya bermula 1 November lalu.
Bahkan, tanpa menaikkan harga air sebelum ini, syarikan pembekalan air di negeri berkenaan berjaya meraih keuntungan di antara RM20 hingga RM24 juta setahun.
Namun di Selangor pula, situasinya berbeza kata Mohamad, apabila industri air yang diswastakan sejak puluhan tahun lalu dijadikan lubuk kepada pihak tertentu untuk meraih keuntungan berlipat ganda.
“Hebat tidak hebat Syabas ini, walaupun berhutang dengan pelbagai agensi lebih kurang RM6 bilion, tetapi masih boleh membayar gaji CEO nya sebanyak RM425 ribu sebulan dengan pelbagai bonus lain yang diberi kepada orang-orang atas yang berada di Syabas,” kata beliau.
Justeru Mohamad Sabu menyeru seluruh rakyat Selangor, segera bertindak menghapuskan sistem monopoli terhadap industri air di Selangor dengan bersama-sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad ini untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga menasihati rakyat supaya tidak takut dengan sebarang tindakan kerana katanya, perhimpunan aman adalah sesuatu yang dibenarkan, merujuk kepada kesnya dalam dakwaan menyertai perhimpunan awam yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini.
“Polis menangkap orang di kawasan masjid bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, tidak perlu takut kerana kita bukan pergi untuk bergaduh dengan sesiapa, tetapi kita pergi dengan cara paling aman, paling tenteram, kerana hendak sampaikan hasrat penduduk Selangor,” tambah Mohamad lagi.
Sementara itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) menswastakan air di Selangor merupakan satu perbuatan yang menzalimi rakyat.
“Itulah sebabnya kita membantah kerana kita tahu keputusan Umno-BN menswastakan air ini merupakan satu tindakan yang zalim,”katanya.
Justeru tambahnya, walaupun kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (Pakatan) berusaha keras untuk menyelesaikan masalah dengan menawarkan membeli syarikat konsesi air tesebut dengan bayaran lumayan dan membatalkan perjanjian konsesi sebelum ini, Syabas menolaknya dan tindakan tersebut disokong oleh Kerajaan Persekutuan.
Malah Syabas juga tidak berpuas hati setelah kerajaan negeri berjaya menghalang kenaikan 37 peratus harga air pada tahun lalu.
“Dia akan gunakan isu konsesi air ini untuk ugut rakyat Selangor. Kata kalau kerajaan BN memerintah, kita akan serahkan konsesi air ini balik kepada kerajaan negeri tapi kalau Pakatan, tidak,” tambahnya lagi.

Posted by RAKYAT MARHAEN