Jumaat, 9 Januari 2009

PBB Luluskan Resolusi, bila masanya .....






14 hari mengharungi konflik, lebih 769 rakyat Palestin terkorban, termasuk 129 kanak-kanak, jam 10.30 pagi tadi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB meluluskan Resolusi 1860, menguatkuasakan genjatan senjata ‘serta merta’ antara pejuang Hamas dan tentera Israel. Amerika Syarikat mengambil tindakan berkecuali sewaktu pengundian dijalankan, 14 ahli Majlis lain menyokong.
Sejurus resolusi terbabit diluluskan, bunyi tembakan dan letupan masih kedengaran di bandaraya Gaza. Serangan helikopter penggempur masih berterusan. Semuanya petanda awal, resolusi PBB itu tidak dihormati.
Mangsa yang terbunuh, aduhhh...banyaknya jiwa kanak-kanak, abang, kakak, pakcik, maksik, yang cacat dan normal..semuanya orang awam menjadi korban, mangsa perang yang disyaki dimana....Nampaknya, bertepatan dengan keadaan hari ini, isu Palestine mestilah di lihat dari segi ugama dan ilmu, semoga ada orang seperti pejuang islam, Salehuddin AlAyubi di zaman sekarang, semoga ada orang pejuang islam membawa kegemilangan islam di atas landasanya.
Menteri Luar Palestin, Riyad Al Maliki dalam sidang media menyatakan malangnya resolusi sama tidak menyatakan secara jelas waktu spesifik tentera Israel harus berundur dari Gaza. Malah beliau percaya, dalam tempoh 2 hari akan datang, tentera Israel akan terus melakukan serangan dijangka mengorbankan lebih banyak nyawa.