14 hari mengharungi konflik, lebih 769 rakyat Palestin terkorban, termasuk 129 kanak-kanak, jam 10.30 pagi tadi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB meluluskan Resolusi 1860, menguatkuasakan genjatan senjata ‘serta merta’ antara pejuang Hamas dan tentera Israel. Amerika Syarikat mengambil tindakan berkecuali sewaktu pengundian dijalankan, 14 ahli Majlis lain menyokong.
Sejurus resolusi terbabit diluluskan, bunyi tembakan dan letupan masih kedengaran di bandaraya Gaza. Serangan helikopter penggempur masih berterusan. Semuanya petanda awal, resolusi PBB itu tidak dihormati.
Mangsa yang terbunuh, aduhhh...banyaknya jiwa kanak-kanak, abang, kakak, pakcik, maksik, yang cacat dan normal..semuanya orang awam menjadi korban, mangsa perang yang disyaki dimana....Nampaknya, bertepatan dengan keadaan hari ini, isu Palestine mestilah di lihat dari segi ugama dan ilmu, semoga ada orang seperti pejuang islam, Salehuddin AlAyubi di zaman sekarang, semoga ada orang pejuang islam membawa kegemilangan islam di atas landasanya.
Menteri Luar Palestin, Riyad Al Maliki dalam sidang media menyatakan malangnya resolusi sama tidak menyatakan secara jelas waktu spesifik tentera Israel harus berundur dari Gaza. Malah beliau percaya, dalam tempoh 2 hari akan datang, tentera Israel akan terus melakukan serangan dijangka mengorbankan lebih banyak nyawa.
nampaknya mereka sudah tidak bisa dihentikan dengan kuasa..ya Tuhan..
BalasPadamsemoga doa semua mukmin dpt membantu mereka. amin
BalasPadamKedegilan bangsa Yahudi diceritakan di dalam al.Quran supaya umat Islam jadikan teladan dan berubah serta patuh kepada ajaran al.Quran.tetapi kita tetap dengan gaya hidup mereka.
BalasPadamKita terpaksa turut bercuti pada hari Sabtu dan Ahad kerana kehakisan kuasa, cuti (hari Sabtu) orang Yahudi menguasai kita manakala cuti (Ahad) hari bagi orang Kristian juga menguasai kita di negara sendiri.
Hari Jumaat kita terpaksa tergesa-gesa membaca khutbah kerana para makmum terpaksa balik ke pejabat sambung tugas.
Sekarang ramai telah lupa bahawa cuti yang sesuai bagi kita orang Islam adalah pada hari Jumaat, kelupaan itu kerana alah bisa tegal biasa.Begitulah terhakis jati diri kita sedikit demi sedikit akhirnya seperti sekarang.
Wassalam.