Selasa, 11 Oktober 2011

RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN KG BARU DILULUSKAN SELEPAS DIBAHAS 4 JAM?

Pada hari Rabu lalu, ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila ia diluluskan menerusi undi belah bahagian. Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.
Semalam DS Anwar dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman, mempersoalkan tindakan kerajaan menarik balik draf undang-undang tersebut yang dibentangkan sebelum ini dan membentangkan satu Rang Undang-Undang baru buat bacaan kali pertama tanpa sebarang notis.Ianya dibahaskan selama 4 jam sebelum diluluskan.
“(Kerajaan) kena dengar pendapat rakyat (terlebih dahulu). Kena tengok dari segi undang-undang dan apa implikasinya (kepada rakyat)
“(Kehendak rakyat) mesti difahami, sebelum buat sesuatu,” katanya sambil menambah tidak perlu “kuasa mutlak” diberikan menteri untuk membangunkan di kawasan itu. Sehubungan itu, Anwar yang juga ketua pembangkang berjanji sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya akan datang, pihaknya akan “membatalkan” undang-undang baru tersebut.

Mengimbau sejarah pembangunan di Kampung Baru, bekas timbalan perdana menteri itu menceritakan jasa bekas menteri besar Selangor Allahyarham Datuk Harun Idris membantu membangunkan ekonomi orang Melayu. Anwar menegaskan sepatutnya pemimpin Umno mencontohi Harun yang berusaha menolong orang Melayu, seperti memberi bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan kepada penduduk di situ, yang mana ketika itu Kuala Lumpur berada di bawah Selangor.

Beliau yang juga penasihat ekonomi negeri itu turut mencadangkan kepada TS Khalid supaya segera membantu penduduk Kampung Baru melalui anak-anak syarikat, berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar. Anwar berharap perbincangan antara anak-anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor dapat diadakan demi kepentingan penduduk selewat-lewatnya sebelum solat Jumaat.
Sebelum itu TS Khalid yang berucap telah menyatakan komitmen kerajaan Selangor untuk memberi “sokongan profesional” kepada penduduk Kampung Baru. 
Sementara itu, YB Salahudin spula menempelak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahtaraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang disifatkan sebagai ‘sombong’. Ini kerana dakwanya, menteri itu tidak memberi peluang kepada pemimpin pembangkang untuk mencelah membahaskan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat baru-baru ini.
“Memanglah mengikut peraturan mesyuarat, nak bagi jalan atau tidak itu hak menteri kepada kita (untuk) membahaskan rang undang-undang itu.
“Memang hak dia, kita tidak menafikan hak dia. Tetapi rang undang-undang yang menentukan masa depan orang Kampung Baru, yang dia adalah menteri wilayah persekutuan,” katanya.

Pada sidang media selepas majlis tersebut, TS Khalid berkata beliau bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa bertindak di bawah pejabat menteri besar dengan kerjasama antaranya PKNS dan Perbadanan Negeri Selangor Berhad untuk membantu membangunkan Kampung Baru.
Beliau turut mengumumkan seorang wakil kerajaan negeri yang kini sebagai adalah lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diarahkan memantau sebarang keputusan dewan tersebut berhubung pembangunan di situ.
“Beberapa rakan profesional dari kumpulan peguam menolong jawatankuasa ini untuk memahami dan merancang. Kumpulan perancang yang akan memberi idea perancangan (pembangunan) dan projek analisis,” katanya. Khalid berkata jawatankuasa itu akan bertindang bermula hari ini (Selasa) atau lusa.
Mengulas lanjut, beliau berkata Kampung Baru mempunyai hubungan sejarah dengan negeri itu melalui Malay Agriculture Settlement Act yang dibuat semasa kampung itu berada dalam Selangor. “(Oleh itu) akta tersebut sebagai asas untuk menggembleng pemilik tanah (mengenai) apa yang mereka perlu lakukan dalam usaha pembangunan di Kampung Baru dan masyarakat di situ.
“Daripada pemahaman saya, undang-undang yang dikemukakan sekarang mesti dibaca dengan undang-undang yang sudah ada. Antara undang-undang itu adalah Malay Agriculture Settlement (MAS) Act Itu asasnya.
“Sebab itu saya rasa ada peluang untuk kita menggunakan akta MAS sebagai asas untuk kita mencari jalan pembangunan yang boleh diterima oleh masyarakat di Kampung Baru,” katanya.

MediaSAS