Rabu, 13 Mei 2009

DS NIZAR KEMBALI KE PEJABAT PADA 18 MEI DEPAN ?

Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.
Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali hari ini membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Menteri Besar Perak yang sah itu sempat memasuki pejabatnya pada 12 Mei kelmarin dan keluar kembali dari pejabatnya setelah Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan penghakiman yang diputuskan di Mahkamah Tinggi pada hari isnin lepas.Berikutan dengan itu keadaan politik di Perak nampaknya semakin kusut dan tiada jalan penyelesaian. Kebanyakan penganalisa politik memberi pandangannya termasuklah Suhakam dan Tengku Razaligh mencadangkan langkah terbaik dengan diadakan pilihanraya semula.

MATHMA ZAMRY ......


Sungguh memalukan orang Umno sahaja bilamana Zambry mengibaratkan dirinya sebagai Mathma Gandhi dan Nelson mandela.Jauh benor jasanya dgn dua tokoh dunia tu.Syarat tak cukup lang Bang Zam oi(panggilan manja ni).Kene bertapa 27 tahun dalam penjara tu pun kalau panjang umur ler.Akibat terdesak beginilah kelaku yang tertonjoi,mungkin Najib pun gelak bila Zambry mengeluarkan kenyataan sedemikian.Untuk tak mengecewakan si Zambry terimalah gambo ini seadanya.MATHMA ZAMBRY ...buat tatapan sekalian rakyat..pemimpin ulung dalam bab haram...tiada halal melainkan haram-haram belaka...Lampanya nak sama Mathma Gandhi kunun..

DUN PERAK BOLEH TERUS DIBUBARKAN....


DEWAN Undangan Negeri (DUN) Perak boleh terus dibubarkan atas permintaan Menteri Besar Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin.Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas tentang tindakan Dato Seri Dr Zambry Kadir membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan pagi 12 Mei lalu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi sehari sebelum itu, mempertegaskan kuasa membubar dewan terletak di tangan sultan dan tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk menghalangnya."Tidak ada peruntukan undang-undang untuk membolehkan permohonan injuksi umpamanya," katanya.Beliau berkata lagi, apa pun yang dilakukan oleh Zambry atau Mahkamah Rayuan, kuasa membubar dewan tidak boleh disekat atau dihalang oleh mahkamah."Mahkamah Tinggi telah memberi sedikit laluan semalam (11 Mei) dan terpulang kepada istana untuk memainkan peranan bagi menyelamatkan negeri Perak dari terus dilanda krisis sejak 5 Februari lalu", tambahnya. Aziz berkata melalui pembubaran semua masalah akan selesai."Kerajaan yang sah dan tidak was-was dapat dibentuk, istana dapat bebas dari pelbagai tuduhan dan prasangka dan rakyat gembira kerana negeri bebas dari suasana keliru dan tidak menentu," tegas beliau.Satu-satunya cara menyelesaikan krisis politik Perak yang makin kusut dan mengelirukan ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak supaya rakyat dapat memberi keputusan.Pandangan yang sama juga diberikan oleh Tan Sri Abu Talib Othman, Pengerusi Suhakam. Abu Talib adalah bekas Peguam Negara (1988-1994). Selain Abu Talib, Presiden Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh juga berpandangan demikian. Semalam, bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga menyeru Sultan Perak membubarkan DUN.Aziz berkata di dalam keadaan sekarang sultan boleh bertindak membubarkan DUN mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak."Di bawah peruntukan ini sultan tidak perlukan permohonan dari menteri besar dalam membubarkan DUN. Saya berpendapat di bawah Perkara 36(2) ini sultan boleh menggunakan apa yang dipanggil kuasa simpanan (reserve powers). Ini amat kritikal kerana jika tidak keadaan akan makin runcing dan mengelirukan," tambahnya.Pakar perlembagaan itu menegaskan kuasa sultan membubar dewan dalam keadaan sekarang tidak bergantung kepada kedudukan Dato Seri Nizar atau Dato Seri Dr Zambry. Aziz tidak bersetuju dengan hujah peguam Zambry yang seolah-olah melihat kuasa sultan membubar DUN terikat atau tergantung kepada kedudukan Zambry."Kuasa sultan adalah kuasa budibicara dan tidak tertakluk kepada kepentingan sesiapa. Yang penting di sini ialah suasana dan kestabilan di dalam negeri," kata Aziz lagi.Mahkamah Rayuan bagaimanapun menerima hujah peguam Zambry. Profesor UIAM itu berpendapat di sisi undang-undang tidak ada siapa yang boleh menghalang atau memohon injunksi menyekat keputusan sultan membubarkan DUN."Sebab itu benar seperti kata ramai penganalisis bahawa bola berada di gelanggang sultan; maksudnya sultan perlu bertindak menyelamatkan negeri dan jangan dibiarkan isu ini berlarutan di mahkamah," tegas Aziz.Sebelum ini Majlis Peguam, Abu Talib dan Dato Param Cumaraswamy menyebut bahawa mahkamah bukan tempat dan cara untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.