Khamis, 2 April 2009

BOB AF DAH KURUS.....


Bob sekarang semakin hari semakin susut badannya. Walaupun belum lagi boleh dkatakan langsing namun Bob sudah nampak banyak perubahan.

Apa amalan Bob ya? Jangan pula buat fitnah Bob sedut lemak pula, sia-sia Bob berhempas pulas di pusat kecergasan Finess First.

"Sekarang berat badan saya sekitar 80kg sahaja, dulu saya pernah mencecah 95kg. rahsia saya... saya amalkan dietlah, bukan tak makan nasi langsung, tapi makan juga sekali sekala dalam jumlah yang sikit.

"Saya juga aktif di gym. Kalau tak sibuk, saya akan ke gym lah. Kalau ada banyak kerja sebelah siang, saya ke gym lewat sikitlah," kata Bob yang seronok bercerita pasal berat badannya.

Sekarang Bob sudah boleh bergaya dengan baju yang mengikut susuk tubuh. Bob akui sejak badan semakin kurang berat ini dia boleh bergerak dengan lebih aktif.

CT NURHALIZA TETAP UTUH...ANGGUN SELEPAS 14 TAHUN



HARI ini, 1 April 2009 menandakan genap 14 tahun anak seni yang tiada tandingan ini melayari kehidupan di pentas yang penuh pancaroba.
Tarikh keramat itu juga merupakan permulaan segalanya bagi wanita ini apabila album sulungnya, Siti Nurhaliza yang memuatkan lagu popular Jerat Percintaan dan Jawapan Di Persimpangan dipasarkan.
Sepanjang tempoh itu jugalah, peminat dan pemerhati muzik tempatan serta nusantara menyaksikan transisi figura unggul ini membina dirinya menuju kematangan, baik dalam kerjaya seninya mahupun kehidupan peribadinya.
Tempoh 14 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat untuk wanita bernama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk membina empayar seninya sehingga mampu digelar penyanyi nombor satu negara.
Katalah dan lemparkanlah apa sahaja kata-kata nista walaupun kedengaran kurang enak kepadanya, langsung tidak akan membuatkan dirinya berganjak dari apa sahaja yang beliau ingin lakukan demi kebahagiaan dan kebaikan dirinya.
Lakaran kehidupan biduanita muda negara ini sememangnya penuh warna-warni. Suka, duka, pahit dan manis.
Lengkap segala rencah dan menyingkap sejarah kariernya, perjalanannya untuk menduduki takhta teratas seperti hari ini tidak berlaku semalaman.
Sebaliknya, panas terik dan hujan badai yang perlu dilaluinya tanpa mengira penat lelah di awal kemunculannya untuk mencipta nama sebagai seorang penyanyi selepas kejayaannya merangkul gelaran juara Bintang HMI 1995.
Bukan itu sahaja, di kala usia yang ketika itu mencecah 16 tahun, Siti mengorbankan usia remajanya dalam menggapai impian dan cita-cita untuk bergelar seorang penyanyi sedangkan rakan-rakan sebayanya bertarung dengan buku serta bersengkang mata siang dan malam untuk memperoleh kejayaan cemerlang di dalam pelajaran.

SKRIN BESAR VERSUS TV3 ...


Jentera Pakatan Rakyat mula berkempen menggunakan screen lcd besar di R&R Simpang dan Rumah Selangor di Markas UPU Trong bagi menyaluran maklumat kepada pengundi-pengundi P059.Cara kempen ini mendapat sambutan yang memberansangkan drp pengundi P059.Malangnya puak-puak UMNO tak senang duduk apabila berdepan dengan siaran ceramah-ceramah pemimpin PR.Mana tak panas punggung...kena hantam kuat-kuat. Ingat.......kalau u ada Utusan kita ada blog.......kalau u ada TV3 kita ada screen...maklumat tetap akan sampai.......Takbir..