Rabu, 6 April 2011

2 kawasan 6 penjuru, 2 kawasan lain 5 penjuru, yg lain 27 kawasan dua penjuru, 23 kaw 3 penjuru dan 17 kaw 4 penjuru...

KUCHING 6 April - Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 16 April ini menyaksikan dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru dan dua kawasan pula pertandingan lima penjuru.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pertandingan enam penjuru berlaku di Belaga dan Balai Ringin, manakala pertandingan lima penjuru berlaku di Ngemah serta Jepak.
Dalam pada itu beliau berkata, Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di 71 kawasan akan ditentang calon DAP di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) 26, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 49, Pas (5), Parti Cinta Malaysia (PCM) 6 dan Bebas 41 kawasan.
Katanya, pertandingan dua penjuru berlaku di 27 kawasan, manakala 23 kawasan lagi berlaku pertandingan tiga penjuru, pertandingan empat penjuru di 17 kawasan, lima penjuru dan enam penjuru pula di dua kawasan.
Tambah beliau, bilangan calon bertanding mengikut jantina pula ialah 197 lelaki dan 16 orang perempuan, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Urusan penamaan calon berjalan lancar di semua kawasan, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku.
Katanya, BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, Pas (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), SNAP (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita.

PERSAINGAN PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK BERMULA HARI INI...

Perebutan bagi 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) bermula hari ini dengan calon mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini. Mereka yang berhasrat bertanding diberi masa satu jam bermula 9 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan mereka di pusat penamaan calon yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Borang pencalonan itu kemudiannya akan dipaparkan kepada umum selama satu jam dari 10 pagi bagi sebarang bantahan.
Bagi mereka yang diterima menjadi calon, mempunyai masa 10 hari untuk berkempen bagi memancing sokongan untuk dipilih sebagai wakil rakyat, kurang sehari berbanding tempoh kempen pada pilihan raya negeri 2006.
Calon berkenaan yang mewakili pelbagai parti politik atau bertanding  sebagai calon Bebas, akan berusaha memancing sokongan daripada sejumlah 979,796 pemilih berdaftar, termasuk 18,363 pengundi pos.
SPR menetapkan setiap calon perlu membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 untuk bahan kempen.
Calon yang memutuskan untuk menarik diri selepas mengemukakan borang pencalonan layak dibayar balik wang deposit sekiranya penarikan itu dibuat dalam tempoh pencalonan iaitu dari 9 pagi hingga 10 pagi.
Pengundian ditetapkan pada 16 April di 1,749 pusat pengundian.

Bebanan hutang kpd golongan anak muda semakin tidak di pandang oleh penguasa sekarang?

HARGA rumah murah pun terkial-kial mahu dibayar oleh pembeli khasnya generasi muda, bagaimana pula skim terbaru yang diperkenalkan pemerintah baru-baru ini? Apakah pemerintah mahu terus menerus mewujudkan golongan pemiutang tegar dalam kalangan rakat negara ini selepas bergelut dengan pinjaman pendidikan yang mengenakan caj perkhidmatan? Belum pun dapat kerja lagi sudah di berikan notis memulakan pembayaran hutan pendidikan saperti PTPTN dan MARA.