Selasa, 3 November 2009

Farid berlakon lagi, Cinta Tikar Sejadah..



FARID Kamil merupakan salah seorang pelakon lelaki tanah air yang mendapat tumpuan ramai menerusi lakonannya sama di televisyen (TV) ataupun filem sejak enam tahun lalu.
Sementara itu, bagi Fida atau Rafidah Ibrahim dan CT Zie pula, mereka merupakan pelakon wanita pelapis yang baru muncul dalam bidang lakonan sejak setahun kebelakangan ini.
Biarpun masih baru dalam dunia lakonan, namun dua pelakon muda ini mula mendapat kepercayaan daripada penerbit dan pengarah bagi mengetengahkan lagi bakat lakonan mereka.
Justeru, apabila buat pertama kalinya Fida, CT Zie digandingkan bersama Farid menerusi drama bersiri berjudul Cinta Tikar Sejadah, ia merupakan suatu permulaan yang baik dalam dunia lakonan tempatan.
Ini kerana, melalui drama terbitan MIG Productions Sdn. Bhd. itu, dua gadis terbabit sedikit sebanyak berkongsi pengalaman mereka berlakon di samping Farid yang semakin menonjol sebagai hero popular dalam drama serta filem tempatan sejak akhir-akhir ini.
Ikuti pengalaman mereka sepanjang berlakon dalam drama bersiri yang akan ditayangkan menerusi saluran TV Astro Oasis tidak lama lagi itu.