Membenci sesuatu warna atas dasar
dengki, dendam dan benci dan seumpamanya adalah dibimbangi boleh
merosakkan akidah. Kadang-kadang kerana politik, ada manusia yang benci
akan warna hijau. Mereka ini rasa tidak senang kalau ada orang memakai
baju berwarna hijau, mengedarkan handouts yang berwarna hijau, mengecat
rumah dengan warna hijau dan sebagainya. Berikut dipetik maksud beberapa
ayat al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang
mulia dan dipandang indah oleh Allah.
1.” Mereka itu disediakan baginya Syugra yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehar di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.”
2. “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di
dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang
HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Ar-Rahman: Ayat 76
3. “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau
yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta
mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi
minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih
suci.”
Al-Insan: Ayat 21
Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga
menggemari warna hijau. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah
berwarna hijau.
Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga,
warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah
pula sehingga menghiasi Syurga.
Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan
ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh
Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh
Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian
berwarna HIJAU di Syurga kelak. Dibimbangi bahawa orang yang benci warna
HIJAU tidak diizinkan masuk syurga oleh Allah s.w.t. kerana syurga-Nya
berwarna hijau. WalLahu’alam.