Khamis, 22 September 2011

Nostalgia bermain wau di Pekan Tg Piandang..













Ingat lagi aku di kala berada di sekolah rendah di pekan kecil Tg Piandang, bila musim sawah padi (disini dipanggil bendang padi) tiba, maka kumpulan kami (kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun) akan siap sedia dengan "peralatan" kami untuk berjuang di sebelah petang bermain wau. Wau yang kami main bukan lah dari jenis di dalam gambar tu, wau bulan atau wau merak tetapi adalah dari jenis wau bujang (aruah bapa panggil wau bujang disebabkan tiada warna ).. Kebanyakan kami akan bersedia dengan benang "berkaca" dan wau bujang @ seret untuk berlaga.. AKu tak tau samada di tempat lain pernah ada permainan wau seret ini.. Kemudian akan aku ceritakan secara terperinci bagaimana ndak di buat benang 'berkaca" untuk permainan wau seret...

Siapa tidak kenal kami di kala itu, tahun 1970an di pekan kecil yang majoritinya penduduk cina, dengan kemudahan panggungwayang dan sawahpadi yang terbentang luas, tetapi dekat dengan laut Selat Melaka di pinggiran pantai..menggunakan perkhidmatan Bas Merah (Red Omnibus) sebagai penghubung jalan ke Kuala Kurau dan ke bandar Parit Buntar.. Kami merupakan anak-anak kampong yang penuh dengan tradisi kekampongan, bermain guli, senapang berpeluru bemban, naik bot nelayan, bolasepak dan badminton adalah sukan kegemaran disamping sepak takraw... Sungguh nostalgia. Jika diperkesahkan, mungkin banyak lah cerita boleh dibuat cereka bersiri di astro.. Ramai teman-teman akan tersenyum pabila membaca cerita ini..

~ disambung kemudian..

BERSAMA PROF DR ABU HASSAN, UNIVERSITI MALAYA

Sempat bertandang ke dewan melewar, gombak mendengar hujah bernah dari 2 orang Professor, Dr Abu Hassan dan Dr Aziz Bari disamping aktivis API Cikgu Ishak Surin malam tadi. Penghujahan bernas dan penuh fakta di laungkan untuk faedah generasi muda yang hanya berpatriotik dengan kibaran bendera dan lagu NegaraKu. Harap selepas ini, akan ada lagi orang muda bertanya siapakah Ibrahim Yaakob, Dol Said, Rahman Limbong dan Mat Indera... Pejuang menentang penjajah bermula dari penaklukan Portugis dan bukan selepas pembentukan UMNO pada 1946. Berilah pengiktirafan kepada semua pejuang yang berhaluan kiri dan jangan hendaknya mewarisi kehendak penjajah, sudah sudahlah zaman penjajah hampir 400 tahun membelengu kita dan jangan pulak minda dan undang-undang penjajah masih menghantui rakyat Malaysia ini ~ SAS