Jumaat, 29 Mei 2009

Belum roboh, teroboh dulu; Jaya Supermarket, PJ


PETALING JAYA - Bangunan yang pernah menempatkan pasar raya Jaya Supermarket di Seksyen 14/20 di sini runtuh petang semalam hingga mengorbankan dua daripada sembilan pekerja yang terperangkap ketika melakukan kerja-kerja merobohkan bangunan itu.

:Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad berkata, kesemua sembilan mangsa yang terperangkap dalam insiden kira-kira 5.02 petang itu adalah warga Indonesia dan mereka gagal keluar dari tapak projek kerana berada di tingkat bawah bangunan empat tingkat itu ketika runtuhan berlaku.

:Sehingga jam 11.30 malam semalam katanya, empat mangsa telah dikeluarkan dari runtuhan itu di mana dua terkorban akibat terperangkap dalam timbunan runtuhan manakala dua lagi telah dibawa Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan. :Menurutnya, lima lagi mangsa masih terperangkap.

:Beliau berkata, antara yang terlibat dalam operasi mencari dan penyelamat ialah 50 anggota polis, bomba (30), Pasukan Mencari dan Menyelamat (Smart) (15), Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) (30) dan Rela (30).

:Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 5.08 petang dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.

:Pegawai JPA3 Lt Shahrul Kama Mohd Johari ketika dihubungi berkata, usaha mencari dan menyelamat sedang digiatkan untuk mengesan baki mangsa.

:Seorang saksi, Syed Mohammad Aidid Syed Ahmad Aidid, 41, berkata, beliau mendengar dentuman seperti guruh ketika kejadian itu berlaku.

:“Saya nampak habuk. Batu-batu jatuh di atas kereta saya macam hujan batu,” katanya kepada Bernama.

:Syed Mohammad Aidid berkata, beliau baru meninggalkan bangunan Digital Mall yang terletak bersebelahan bangunan yang runtuh itu untuk ke pejabatnya di Phileo Damansara.

:“Kereta saya di bahagian kiri dan atas kemek. Waktu itu saya rasa amat takut dan sempat berdoa agar tidak ditimpa sebarang kejadian buruk,” katanya.

Tom Tom Bak harus diharamkan..


Rancangan Tom Tom Bak ada yang memberikan kebaikan, ada yang menyatakan sebab-sebab di’haram’kan rancangan tersebut di rumah mereka. Saya sempat berdiskusi dengan beberapa orang yang tidak suka dengan rancangan ini, dan antara rumusan diskusi tersebut ialah:

1. Rancangan tersebut tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menanamkan budaya berhibur yang keterlaluan dalam pemikiran kanak-kanak. Budaya hidup tanpa tujuan-melainkan berhibur ini juga biasa disebut sebagai ‘hedonisme’. Sedangkan Allah ada menyebut di dalam al Quran yang bermaksud, “Adakah kamu mengira bahawa hidup ini adalah untuk keseronokan dan permainan?”. Itu adalah tempelak Tuhan kepada hamba yang tidak tahu tujuan asal manusia.
2. Jika dari kanak-kanak lagi asyik disogok dengan menyanyi, mimik penyanyi, tarian gelek, berlawak, cakap lepas, kurang ajar dengan orang tua + berkelakuan tak senonoh + lucah (walaupun sekadar lakonan, tetapi diketawai oleh semua penonton), maka itu bukan mengajar anak tentang kehidupan.
3. Benar, tampil di atas pentas boleh meningkatkan keyakinan diri, tetapi faedah ini hanya untuk orang yang membuat persembahan, BUKAN kepada penonton. Lagipun, keyakinan diri ada konsep yang subjektif. Jika anda membuat persembahan gelek di atas pentas, anda mungkin yakin menari gelek di tempat lain, tetapi belum tentu yakin untuk menjawab soalan guru di dalam kelas, belum tentu yakin berhujah dan berpidato, belum tentu yakin mengutarakan pandangan dalam perbincangan kelas. Kalau yakin gelek punggung, tapi otak dibina- bagaimana hendak membina tamadun negara ini? Dengan anak-anak yang YAKIN DIRI untuk gelek dan menyanyi? Namakan tamadun dunia yang dibina oleh penyanyi, penari dan pelakon? Yunani? Babylon? Greek? Rom? Moghul? Delhi? Ming? Zhou? Aztec? Abbasiyyah? Renaissance?
Semua tamadun dibina dengan daya berfikir yang tajam dan berkualiti.
4. Jika benar pun hendak memberi peluang anak naik ke pentas, kenapa dibiarkan menyanyi lagu-lagu cinta? Memuji kekasih, bentuk tubuh yang seksi, kerinduan yang tidak dapat ditahan, kecewa kerana putus cinta, dan bermacam lagi lagu yang tak patut didengari (apatah dinyanyikan) oleh kanak-kanak. Adakah mereka sudah layak mencari bakal suami dan isteri? Kita nak mereka kawin umur berapa tahun?
Alangkah baiknya jika TTB menapis lagu-lagu. Biarlah mereka menyanyi lagu yang membina motivasi dan minda. Ada ribuan lagu lain yang boleh mereka nyanyi dan membina keyakinan diri. Adakah kita hendak melahirkan generasi yang korup pemikirannya? Kalau tarian tu, zapin dan rodat tiada masalah. Ini sampai tarian gelek erotik dengan lenggok tubuh ala-ala coyote ugly. Apa idea yang kita hendak tanamkan dalam pemikiran anak-anak kita? Menjadi penari gelek itu bagus untuk masa depan yang cemerlang?
5. Kanak-kanak adalah kain putih. Tahap pertimbangan mereka adalah rendah. Mereka mudah menerima idea yang diterima. Semasa persembahan TTB, apabila kanak-kanak cakap merapu, semua penonton tepuk tangan, senyum dan ketawa. Keluarga di rumah juga buat perkara yang sama. Apa maknanya? Itu maknanya ‘pengiktirafan sosial’ yang tinggi. Tepuk tangan dan senyum ialah tanda penerimaan dan perhatian. Kanak-kanak mahu diterima. Mereka inginkan perhatian. Secara mudah, kalau mereka nak perhatian; mereka perlu pandai menyanyi, menari, gelek, merapu, cakap lepas, kurang ajar, dan ala-ala lucah. Mereka tidak perlu fokus dalam kelas, buat latihtubi, menghafal pelajaran, buat kerja rumah, fahami semua aspek dalam bab yang dipelajari, cekap menjawab soalan algebra, ingat proses fotosintesis, tahu falsafah Nebuchadnezzar, dan mereka tidak perlu solat 5 waktu. Ini belum tentu tentang PENGIKTIRAFAN dan PERHATIAN.
Banyak lagi boleh di nyatakan. Kepala pun pening fikirkan/SAS