Pengguna rokok
e-elektronik kini dalam bahaya serta terdedah dengan penyakit dan
penjualannya adalah salah di sisi undang-undang dan boleh didenda tidak
melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali.
BENTONG – Penjualan
rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah
pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.
Menteri Kesihatan, Datuk
Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah
salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadahdan Kosmetik 1984.
“Mereka yang didapati
bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk
kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau
penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.
– Kosmo!