Selasa, 27 Januari 2009

Warga Asing patut mengisi kekosongan bukan menjadi pesaing di negara kita

Web Sutera bertanya :-YB (bahasa kepada saya), apa kategori "peniaga-peniaga warga asing"? Patutkah kita halang mereka berniaga sekiranya mereka tidak buat kacau? Adakah "peniaga-peniaga warga asing" itu yang rajin berniaga dan ambil kesempatan atau orang Melayu yang malas berniaga?

Komen saya :-Tidak adil malah satu jenayah apabila warga asing boleh berniaga sesuka hati apabila peniaga-peniaga tempatan terpaksa membayar lesen, menghadiri kursus kesihatan dan mendapatan suntikan mencegah jangkitan penyakit jika mahu berniaga.Rajin atau pandai mencari kesempatan tidak boleh menghalalkan perbuatan yang salah. Kita semua (PBT) perlu melindungi kepentingan rakyat tempatan.Warga asing juga mempunyai latar belakang yang berbeza. Kos sara hidup mereka adalah rendah. Ada yang sanggup tinggal sehingga 4 atau 5 keluarga satu rumah. Oleh itu, kalau sewanya RM800 sebulan, satu keluarga hanya membayar lebih kurang RM200 sahaja. Tetapi warga tempatan yang tinggal satu keluarga satu rumah terpaksa membayar sewa penuh.Setiap rumah ada hadnya. Contohnya rumah kos rendah hanya boleh didiami oleh 6 orang dewasa. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan mereka yang membenarkan sebuah rumah menjadi penuh sesak boleh didenda atau dipenjara.Ini penting kerana sistem pembentungan dan perparitan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain hanya boleh menampung bilangan penduduk yang tertentu. Sekiranya lebih dari yang direkabentuk, ia akan gagal. Itu sebabnya banyak rumah-rumah kos rendah mengalami banyak kerosakan seperti sistem pembentungan yang tersumbat dan lif-lif yang rosak kerana terpaksa menampung penduduk yang lebih ramai dari yang sepatutnya. Rumah yang dibina untuk satu keluarga kadang-kadang didiami oleh 15 orang pekerja Vietnam atau 4 keluarga Indonesia.Parit dan tandas selalu tersumbat di kawasan Semarak, Bukit Sentosa 2 adalah kerana kawasan tersebut tidak dapat menampung penduduk seramai itu. Kebanjiran warga Indonesia yang tinggal beberapa keluarga dalam satu rumah merupakan penyumbang utama kepada masalah ini. Pernah di tangkap suspek pekerja Vietnam, didapati rumah sewa penuh dengan barangan elektrik seperti tv, radio dsg.. (ini tak mahu sentuh lagi)Serbuan bersama MDHS untuk mengenalpasti rumah-rumah kos rendah yang disalahguna patut dibuat. Ada yang telah dijadikan asrama pekerja untuk pekerja asing dan ada yang telah diubahsuai kepada pusat perjudian. Berbalik kepada kos sara hidup warga asing yang rendah, ramai dari mereka yang meninggalkan keluarga di negara asal. Kos untuk menanggung mereka yang masih tinggal di Indonesia, Myanmar atau Bangladesh adalah jauh lebih murah berbanding seorang peniaga tempatan yang terpaksa menanggung keluarga di Lembah Kelang.Seorang pekerja Bangladesh pernah datang ke pusat khidmat saya mengadu kerana terpaksa membayar permit kerja setiap tahun. Dia berkata ini tidak adil. Saya memberitahu dia, kehidupannya di Malaysia ditanggung oleh rakyat Malaysia. Contohnya bila dia makan, bahan makanan seperti minyak masak, gula dan tepung dijual dengan subsidi yang ditanggung oleh rakyat Malaysia. Harga bahan-bahan itu sepatutnya lebih mahal tetapi menjadi murah dengan subsidi yang dibiayai oleh cukai-cukai yang rakyat Malaysia bayar. Dia tidak membayar cukai pendapatan, cukai taksiran atau cukai tanah tetapi masih merungut.Jika benar warga asing rajin dan pandai mencari kesempatan, kenapa mereka perlu datang ke Malaysia? Sudah tentu mereka boleh mencari kesempatan di negara sendiri. Kita tidak boleh menghukum warga tempatan dengan mendedahkan mereka kepada persaingan-persaingan yang tidak seimbang atau tidak adil. Warga asing sepatutnya hanya mengisi sebarang kekosongan dan bukan menjadi saingan kepada warga tempatan. Tugas sebuah negara untuk melindungi rakyatnya. Saya berharap pengurus-pengurus pasar malam memahami jika mereka dikenakan tindakan oleh MDHS pula jangan 'tutup sebelah mata'.

SMS Seorang Doktor Dari Norway di Gaza Tersebar ke Eropah



Mads Gilbert, seorang doktor perubatan dari Norway, tiba di Semenanjung Gaza sejak minggu lepas untuk membantu pasukan perubatan Palestin. Memandangkan maklumat terkini dari Gaza sangat terhad ekoran larangan Israel terhadap pasukan media dari daerah berkenaan, Gilbert menggunakan mesej SMS untuk dihantar ke talipon-talipon mudah-alih seluruh Eropah. Mesej yang dihantar Gilbert menjadi satu sumber yang amat berguna untuk memberitakan keadaan sebenar di Gaza.



Mads Gilbert, seorang doktor dari Norway, muncul dalam satu rancangan TV. Gilbert membertitahu pemberita di Gaza bahawa dia tidak akan meninggalkan Gaza, sekalipun beliau kini mendedahkan nyawanya sendiri kepada risiko.


STOCKHOLM, 6 Januari 2009 (MENASSAT) - Menjelang berakhirnya hari ke-11 serangan kejam tentera Israel laknatuLlah ke atas bumi Palestin, laporan perubatan yang tepat terhadap keadaan sebenar yang berlaku di Semenanjung Gaza menjadi suatu yang amat berharga, memandangkan Israel mengharamkan sebarang pasukan media dari memasuki Gaza sejak 27 Disember lalu. Seorang doktor dari Norway, Mads Gilbert, 61 tahun, yang menghantar laporan melalui mesej pesanan ringkas (SMS) semakin mendapat perhatian media dari seluruh Eropah.


Gilbert, seorang pakar triage (menentukan prioriti perubatan berdasarkan kepada keadaan pesakit,) mempunyai pengalaman yang sangat luas bekerja di zon-zon berkonflik, seperti di Beirut pada tahun 1982 ketika Israel menakluk kawasan tersebut, dan juga yang terkini di Afghanistan. Beliau berpendapat keadaan di Gaza adalah suatu yang paling teruk dari apa-apa yang pernah beliau lihat.


Gilbert bersama seorang lagi rakan doktor senegara, Erik Fosse, adalah sebahagian dari pasukan sukarelawan perubatan NORWAC - Norwegian Aid Committee. Mereka tiba di Gaza pada 30 Disember, iaitu 3 hari selepas Israel memulakan serangan menggila mereka ke atas Gaza, untuk membantu doktor-doktor Palestin di hospital Al-Shifa yang penuh sesak.


Mengikut Gilbert, serangan Israel terhadap populasi yang padat menyaksikan peristiwa pembunuhan beramai-ramai, memandangkan mangsanya tidak lansung berpeluang untuk menyelamatkan diri dari tembakan yang dilepaskan.


"Unit kawalan rapi (ICU) di sini penuh dengan kanak-kanak yang mengalami kecederaan serius. 25 peratus dari mereka adalah wanita dan kanak-kanak, dan 40 peratus dari jumlah yang tercedera adalah wanita dan kanak-kanak. Tidak ada lagi peluang yang lebih baik untuk menghampiri peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini," kata Gilbert kepada Radio Sweden.


Gilbert dan rakannya Fosse dilaporkan bekerja 24 jam membantu mengsa-mangsa, yang jelas semakin meningkat sejak bermulanya serangan tentera darat Israel. Mereka yang tinggal di sebuah bilik hospital juga menyatakan Israel terus meledakkan kawasan tersebut dan menembak ke arah siapa sahaja, apa sahaja.


"Keadaan sangat sejuk dan Israel meledakkan bom sepanjang masa. Semalam, 3 orang pekerja ambulan terbunuh ketika mereka sedang mengangkat mangsa, " kata Gilbert.


Israel mengharamkan media dari memasuki Gaza, walaupun satu keputusan mahkamah bulan Disember lalu memutuskan 8 orang pemberita rasmi harus dibenarkan memasuki Gaza pada satu-satu masa - sekalipun tentera Israel semakin meningkatkan serangan.


Peguam-peguam media bebas mendakwa bahawa tanpa kehadiran pemerhati dari luar, fakta-fakta tentang apa yang berlaku di Gaza terpaksa bergantung kepada laporan yang terlalu terhad dan berat sebelah.


Isnin lepas masyarakat di sekitar Scandinavia telah mula menerima SMS di talipon mereka, memberi gambaran sebenar yang dilalui oleh Gilbert mengenai keadaan di Hospital Al-Shifa di Gaza.


Mesej asal beliau kepada rakan-rakannya kemudiannya menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di Eropah.


Satu mesej yang diterima oleh MENASSAT berbunyi: "Kami berenang di tengah kematian, darah, dan mangsa-mangsa yang terurai. Ramai kanak-kanak. Wanita hamil. Saya tak pernah lihat sebegini dahsyat."


Dalam SMS beliau, Gilbert juga mendakwa pasar utama di Gaza telah dibom pagi Isnin lalu, mengorbankan 20 orang dan mencederakan 80 yang lain.


Mesej-mesej Gilbert kemudiannya menjadi teriakan seorang doktor menyeru orang ramai untuk bertindak memberi tekanan ke atas kerajaan di Eropah untuk menaja genjatan senjata antara Israel dan Hamas.


"Sebarkan. LAKUKAN SESUATU! LAKUKAN LAGI!," rayu Gilbert melalui satu SMSnya, sambil menambah, "Kita tak layak untuk menggelar diri sebagai orang Eropah yang sopan kalau tak bertindak menghentikan semua ini."


Beliau memberitahu Radio Sweden, "Ini sebenarnya adalah setinggan Warzaw untuk tahun 2009," merujuk kepada serangan NAZI ke atas sebahagian dari kaum Yahudi di ibukota Poland ketika Perang Dunia Kedua.


Israel menyatakan hasrat mereka untuk melakukan serangan darat, dan walaupun keadaan di Gaza semakin teruk, Gilbert tidak sekali-kali merancang untuk pulang walaupun dia mengambil risiko yang tinggi ke atas nyawanya.


"Kami di sini untuk meyelamatkan manusia dan kami akan tetap di sini," katanya lagi.