Isnin, 21 Februari 2011

Garaj mesti dirobohkan - Majlis Daerah Hulu Selangor

KUALA KUBU BHARU - Penduduk di Taman Arif Utama di sini terkejut dengan notis merobohkan binaan struktur garaj yang dikeluarkan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bertarikh 9 Februari lalu.

Notis berkenaan menuntut seramai 31 daripada penduduknya supaya merobohkan semua garaj yang dibina di hadapan rumah mereka selewat-lewatnya sebelum Selasa depan iaitu genap 14 hari dari notis berkenaan dikeluarkan.

“Melihatkan kepada keadaan muka bumi taman perumahan ini yang berbukit, ia menyukarkan kebanyakan penduduk meletakkan kenderaan mereka di hadapan rumah.

“Jadi, mereka terpaksa membina garaj di atas rizab jalan tetapi ini sedikit pun tidak mengganggu lalu lintas,” katanya.

Menurut seorang penduduk, MDHS juga perlu mempertimbangkan usia struktur garaj yang dibina penduduk kerana kebanyakan dibina sejak awal mereka mendiami taman ini sekitar awal 90-an.

Justeru, beliau meminta budibicara MDHS agar notis tersebut dibatalkan dan beliau sedia mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara itu.

Tindakan yang diambil pihak MHDS mungkin berdasarkan kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, di bawah Seksyen 72 (Akta 133).

“Apa keperluan meroboh diambil sedangkan laluan di sini tidak sesak dan apa salahnya kawasan lapang dijadikan tempat letak kereta untuk kemudahan penduduk.

“Struktur muka bumi kawasan perumahan di sini juga perlu diteliti kerana berbukit dan tidak rata,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MDHS, Tukiman Nail ketika ditemui mengesahkan beliau menerima surat daripada jawatankuasa mengenai perkara berkenaan.

Beliau telah meneliti kandungan surat berkenaan dan keputusan penangguhan merobohkan dibuat bagi memberi laluan pertemuan dan perbincangan diadakan antara kedua-dua belah pihak.

“Saya telah terima surat berkenaan, pada awalnya rayuan dikemukakan oleh individu dan Jumaat lalu saya menerima surat daripada wakil penduduk.

“Saya telah mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu tindakan merobohkan dan akan berbincang bersama wakil penduduk,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu diambil bagi mengelak timbulnya sebarang masalah memandangkan isu berkenaan melibatkan faktor kejiranan dan ramai yang bakal terlibat.

Mengikuti peredaran masa, cepat berlalu... senyuman dikuntum tidaklah kaku...

Mengikut kata Dr SaifulAmin Jalun, kita boleh menyatakan idea kita didalam masa 3 minit. Kita juga boleh menyatakannya denga penuh bergaya, tulus, berani dan yang paling penting dengan muka berseri-seri dan senyuman menikam kalbu...

Marilah menguntum senyuman apabila kita bersua dengan rakan dan taulan. Kurangkan prasangka buruk dan sentiasa berbaik sangka..