Isnin, 31 Januari 2011

Harapan tinggi penduduk di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.



Dimana letaknya Bukit Sentosa? Dimana Bukit Beruntung? Kekadang sukar untuk menjawab soalan ini apabila ada saudara yang jauh datang melawat penduduk disekitar kawasan ini. Mana tidaknya, papan tanda kawasan perumahan di kebanyakan tempat di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung telah pun lusuh, nama jalan pun sudah lebur hilang entah kemana.... ini adalah antara keluhan penduduk disini.

Pelaburan TESCO memesatkan pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan dan peningkatan nilai hartatanah di Bandar Bukit Sentosa. Bayangkan TESCO Transit (Gudang) betul-betul terletak di sebelah Tol Bukit Beruntung yang telah beroperasi sejak tahun lalu. Kini, Kompleks perniagaan TESCO sedang dibina di Bandar Bukit Sentosa (di tapak Juara Rakyat). Sedangkan TESCO Rawang di Batu 16 juga telah mula operasi sejak akhir tahun lepas.
Disamping itu, projek kompleks dan deretan kedai , pejabat dan bank sedang di bina sepanjang laluan antara Tol Bukit Beruntung hingga ke Bandar Bukit Sentosa (gambar atas).
Kemakmoran yang dibawa oleh Kerajaan Selangor di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat terus berkat di mana sebuah Universiti Madinah akan dibina diantara Bukit Beruntung dan Bandar Bukit Sentosa.
Malangnya kelembapan samada sengaja atau tidak sengaja dan kemungkinan kurang percaya pihak bank-bank (kecuali Public Bank) kepada DS Najib melambatkan proses pembelian rumah dan hartatanah di sini. PM harus melobi bukan sahaja melobi di Abu Dhabi tapi di tempat saperti Hulu Selangor  pun Najib kena pastikan agar bank-bank dan institusi insuran membuka pasaran di sini. Penduduk di sini sudah menunggu hampir 10 tahun kehadiran institusi kewangan (yang ada sekarang cuma bank Public dan ATM). Hendak di katakan tidak ramai penduduk bukanlah alasan lagi bagi KFC dan PIZZA HUT untuk terus menjadikan destinasi yang kekal bagi cawangan mereka disini.
Jangan disebabkan Negeri Selangor di tadbir Pakatan Rakyat maka usaha sambil lewa dilakukan. Yang rugi  adalah rakyat di kawasan Hulu Selangor dan  Malaysia amnya (kawasan ini pernah disifatkan sebagai koridor utara Klang valley), jadi dimana semangat 1Malaysia Najib dalam hal ini?
Projek Pengangkutan Bas samada bas mini atau perlu van sapu (lebih baik teksi) perlu diadakan segera dari Bandar Bukit Sentosa melalui Bukit Sentosa 2, Bukit Sentosa 3 , Bukit Beruntung 3 dan ke Pekan Rasa dan seterusnya ke Rawang. 
Projek Bandar Kuala Kubu ke 2 patut disegerakan dan kemudahan Balai Bomba dan klinik kesihatan  yang sesuai (bukan klinik 1Malaysia yg tiada doktor) perlu diwujudkan segera di Bukit Sentosa.
Kemudahan rekreasi adalah yang paling ketara dimana kebanyakan taman permainan kanak-kanak adalah di tahap paling menakutkan (rosak disana sini). Buatlah sesuatu saperti Theme Park atau Taman Air untuk kemudahan penduduk disini.
Jika semua keperluan ini dapat disediakan maka secara langsung  kepadatan penduduk akan bertambah, rumah-rumah yang sediaada akan terbeli , aktiviti ekonomi dan perniagaan baru akan lebih giat dan akhirnya cukai lebih banyak dapat dikutip, menjadikan pendapatan majlis daerah (PBT) akan meningkat.
Maka semua hulubalang kerajaan negeri (ahli majlis zon2) dan kerajaan persekutuan, berikanlah peluang untuk penduduk disini menikmati keperluan asas pembangunan dan janganlah banyak sangat politik-things di Hulu Selangor.

MySAS
(edit/padanan dari PAS Bkt Sentosa2)