RAMAI daripada kita pasti masih ingat, sebelum era Internet diperkenalkan khidmat pen pals amat popular di kalangan pelajar. Kiriman surat atau aerogram menjadi penghubung mengeratkan persahabatan sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Namun, sejak Internet diperkenalkan, perkhidmatan pen pals 'pupus' sama sekali dan serentak itu rangkaian laman sosial dalam talian mula mengambil tempat.
Facebook, Friendster, My Space dan sebagainya secara tiba-tiba menjadi medium yang popular, berkesan, mudah dan menarik untuk menjalinkan persahabatan dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia.
Dilihat dari sudut positif, pengenalan dunia tanpa sempadan ini sememangnya mendatangkan banyak kebaikan termasuk dari segi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak.
'Bersosial di Internet' mungkin dapat meluaskan ilmu, pandangan dan pengalaman, namun sejauh manakah keselamatan data dan informasi yang dikongsi anak bersama rakan-rakannya di Internet?
Tahukah dengan siapa mereka bersahabat? Dan adakah mereka memberikan semua maklumat yang diminta oleh rakan tersebut? Inilah yang setiap ibu bapa perlu ketahui.
Ketua Perniagaan Pengguna Norton Symantec Rantau Asia, Effendy Ibrahim berkata, kebanyakan ibu bapa zaman ini bekerja membuatkan waktu untuk memantau apa yang anak mereka lakukan amat terhad.
Katanya, berdasarkan kaji selidik oleh Norton bertajuk Norton's Online Living Report (NOLR) Malaysia, purata orang dewasa menggunakan Internet adalah selama 48 jam sebulan berbanding remaja selama 64 jam sebulan.
Ini bermakna, remaja menghabiskan masa 16 jam seminggu di hadapan komputer sedangkan ibu bapa pula beranggapan anak-anak mereka melayari internet separuh daripada masa sebenar.
"Setiap ibu atau bapa yang menghantar anak ke sekolah, pasti akan berpesan kepada anak-anak agar jangan sekali-kali berbual dengan orang yang tidak dikenali.
"Kita memang sedar akan bahaya tersebut namun kita mungkin tidak pernah terfikir yang anak-anak sedang berbual dengan seorang penjahat di laman sembang di Internet," jelasnya ketika menyampaikan taklimat tentang hasil kajian Norton baru-baru ini.
Kajian NOLR telah dikendalikan oleh Saffron Hill bagi pihak Norton Symantec bermula dari 14 April hingga 4 Mei lalu. Seramai 397 orang dewasa berusia lingkungan 20 ke atas dipilih sebagai responden dan daripada jumlah tersebut 93 orang adalah ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia 8 hingga 17 tahun. Manakala 35 remaja berusia 15 hingga 19 tahun turut terlibat dalam kaji selidik yang sama.
Menurut Effendy, objektif kajian adalah untuk mengingatkan ibu bapa untuk mengambil masa memikirkan di mana anak-anak mereka 'berada' ketika mereka sedang melayari Internet.
"Bukan untuk mengekang, tetapi memberikan kebebasan melayari internet dan pada masa yang sama memberikan perlindungan sewajarnya," katanya.
Effendy mengakui bahawa Internet memang satu sumber yang mengagumkan kerana ia penuh dengan maklumat dan peluang untuk memperluaskan rakan dan komuniti.
"Tetapi bagi ibu bapa yang selalunya tidak mempunyai maklumat dan pengalaman sebaik anak mereka, tidak mengetahui tentang bahaya di Internet," ujarnya.
Kajian tersebut mendapati bahawa 60 peratus remaja Malaysia bersembang dengan orang yang tidak dikenali di laman web lebih daripada sekali seminggu.
Menurut Effendy, persoalan yang dicetuskan ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan ibu bapa tetapi inilah hakikat yang berlaku tentang kelakuan kanak-kanak yang menggunakan Internet di Malaysia.
"Agak menggusarkan apabila kajian mendapati ibu bapa di Malaysia tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka ketika melayari Internet.
"Kaji selidik itu juga mendapati empat daripada lima pelajar mengakses laman web yang tidak diiktiraf dan bahan tanpa lesen yang mendedahkan mereka kepada ancaman dalam talian.
Laman tidak sah
"Sebagai contoh mereka pergi ke satu laman tidak sah tanpa disedari yang meminta nama penuh, alamat, nombor telefon, tetapi individu yang tidak bertanggung jawab mungkin boleh mengetahui tentang latar belakang keluarga anda. Fakta yang diperoleh membolehkan mereka merancang untuk melakukan sesuatu jenayah dan sebagainya," tambahnya.
Laporan tersebut turut menyebut bahawa 90 peratus remaja menyertai laman rakan sosial dan dari jumlah tersebut sebanyak 50 peratus memberikan maklumat peribadi apabila diminta.
Effendy berkata, jenayah siber kini memang berleluasa dan ancamannya pula memang tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun kesannya lebih hebat.
"Kalau dulu orang mungkin akan menyangka virus di internet amat bahaya, kini mereka perlu sedar bahaya lain yang akan menjelma sekiranya panduan keselamatan internet diberikan kepada anak-anak," katanya.
Menurut Effendy, maklumat dari NOLR juga mendapati hanya sembilan peratus ibu bapa menggunakan perisian antivirus berbayar.
Beliau turut menyarankan ibu bapa menggunakan perisian selamat dan suasana dalam talian yang lebih positif bersama Norton.
"Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah dengan mengemaskini perisian, bercakap dengan anak tentang apa yang dilayari di internet, memberi pendedahan tentang risiko dalam talian dan membuat satu peraturan dalam keluarga dan melaksanakan peraturan tersebut," tambahnya.
Effendy berkata, untuk membantu ibu bapa berhadapan dengan situasi ini, Symantec selaku pembuat perisian keselamatan Norton telah melancarkan Norton 360 Cyber Safety Index (CSI).
"Perisian ini boleh didapati secara percuma menerusi laman web www.norton360csi.com. Caranya mudah, ibu bapa perlu melengkapkan soalan kaji selidik dan seterusnya mereka diberikan laporan perangkaan keselamatan serta panduan yang relevan bersesuaian dengan risiko dari profil mereka," jelasnya.