Isnin, 30 November 2009

MAJLIS IBADAH KORBAN PERDANA TAMAN BUNGA RAYA - 29 NOV 2009 (AHAD)



Sebanyak 4 ekor lembu ditumbangkan bersempena Program Ibadah Korban Perdana, Taman Bunga Raya semalam. Majlis dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali dengan kerjasam Pejabat Khidmat Masyarakat Taman Bunga Raya dan penduduk sekitar Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.
Walaupun julung kali-nya diadakan, acara berlangsung dengan meriah apabila hampir 1,000 penduduk membanjiri padang bola sepak di sebelah Apartmen Mawar dekat sini.
Penyelaras, Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali, berkata beliau melihat program sebegini bukan sahaja mendidik umat Islam untuk berkorban, malah memberi ruang mengeratkan silaturahim antara masyarakat di sini.
"Saya merasakan amat wajar program ini diteruskan dari tahun ke tahun dan mungkin jumlahnya boleh di tingkatkan lagi bagi memberi penglibatan yang lebih ramai lagi.
“Nilai sepakat yang dilihat pada hari ini memberi mesej baik dalam perjuangan umat Islam di samping menghayati pengertian Hari Raya Korban itu sendiri,” katanya yang turut memuji semangat kerjasama yang ditunjukkan peserta pada hari ini (semalam).
Hadir sama, Pengerusi Program, Sdr Abd Malek, Sdr Hamiruddin Parman (Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor), Ustaz Zulkifli Dawam (Pengerusi, Pejabat Khidmat Masyarakat TBR), Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Tn Hj Abd Wahid Basri, Pn Mariani (Wanita Prihatin TBR), Shaiful Anuar Sulaiman (Pegawai Khas DUN) dan semua ahli jawatankuasa Pengelola Program (Abd Rahim. Apandi, Ust Fauzi, Wan Ismail, Zamani, Roni dll petugas). Syabas diucapkan kepada semua tenaga kerja dan penyokong program yang menghasilkan satu kerjasama dan ukhwah yang berkesan dikalangan penduduk sekitar Taman Bunga Raya. Anda semua memang hebat!!

DAPATLAH PULAK PENYANYI INUL BERGERUDI DI KUALA LUMPUR


Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista membuktikan bahawa Malaysia masih di hatinya dengan mengadakan persembahan bertenaga di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam.
Walaupun sebelum ini konsert Inul yang sepatutnya diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru, pada Julai tahun lalu dibatalkan namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk datang ke negara ini.
Malah persembahan Inul di KL Live itu berjaya memukau hampir 5,000 penonton yang hadir.
Pada persembahan tertutup percuma yang dikhususkan kepada tenaga kerja Indonesia itu, Inul yang terkenal dengan aksi goyang gerudi 360 darjah kelihatan bersemangat dan gembira kerana akhirnya berpeluang untuk menghiburkan peminatnya di Malaysia.
"Apa khabar anda semua di Malaysia? Saya sangat gembira untuk beraksi di sini untuk anda semua," kata Inul.
Berpakaian kuning keemasan, Inul kelihatan sopan tetapi bijak membawa penonton menari dan gelek bersamanya pada persembahan selama 40 minit anjuran Mandiri Remittance (Perkhidmatan Kiriman Wang Ke Indonesia).
Inul menyampaikan tujuh buah lagu popularnya termasuk Goyang Inul dan keadaan di dalam Life Centre terkawal tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Namun, keadaan sedikit kelam-kabut sebelum persembahan yang turut disertai oleh kumpulan Dewa 19 bermula sekitar pukul 3 petang apabila penonton bersesak-sesak memasuki ruang dewan persembahan.