Selasa, 31 Mac 2009

Erra sebak bercampur syukur selamat lahirkan Aleesya


Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
PERASAAN sebak bersatu tatkala sebelum dan selepas aktres Erra Fazira melahirkan puteri sulungnya Engku Aleesya Engku Emran pada pukul 11.40 pagi semalam di Damansara Specialist Center, Petaling Jaya.
“Saya bersyukur kerana penantian sudah berakhir dan selamat melahirkan Aleesya. Saya tak sangka berat Aleesya adalah 4.04 kg dan melahirkannya secara normal,” luah Erra ketika dihubungi semalam.
Erra bersalin secara normal dengan dibantu oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist, Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih olehnya sendiri.
Erra tidak kisah untuk menambah cahaya mata lagi selepas setahun lagi.
Jelas Erra, tipulah jika dia katakan tidak sakit dan mudah untuk bersalin.
Bagaimanapun, semua itu tidak menghalang Erra untuk menambah anak lagi selepas ini.
“Saya tak kisah untuk mempunyai anak lagi tetapi biarlah Aleesya besar sedikit dalam masa setahun lagi.
"Kalau boleh biarlah Aleesya ada pasangan untuk bermain,” beritahunya yang dijangka akan mula bekerja pada Jun depan.
Erra juga mengulas sedikit tentang kenyataan suaminya, Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang kurang bersetuju untuk membenarkan Aleesya berlakon dalam sekuel drama Mertua Vs Menantu.
“Hal ini merupakan persetujuan kami bersama dan saya rasa memang tidak elok untuk anak saya berlakon kerana dia masih kecil.
“Saya juga tak galakkan anak untuk terlibat dalam industri seni ini dan doakan dia meminati bidang lain.
"Bagaimanapun, kami tetap akan sokong apa-apa yang dia minati nanti,” komennya yang akui memilih nama Aleesya kerana nama itu lembut dan sedap didengar selain maksudnya ‘yang dilindungi’.
Sementara itu, Erra juga berharap agar semua pihak bersabar untuk melihat wajah Aleesya yang akan ditunjuk semasa majlis cukur jambulnya nanti.
“Saya menghormati semua orang dan mahu bersikap adil, jadi saya rasa lebih baik kalau kita buat sekali. Tetapi, kalau kawan-kawan terdekat nak tengok, saya tak kisah jika mereka nak datang melawat,” jelas Erra yang lebih gemar jika Aleesya memanggilnya 'mum'.

Wajah suami Erra, Engku Emran sentiasa ceria semasa membuat sidang media mengenai kelahiran Engku Aleesya petang tadi di Damansara Specialist Center. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN

BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN PKR DI BUKIT GANTANG..2 PAGI 30 MAC 2009 ISNIN


Bersama Syed Hussein, Timbalan Presiden PKR..