Isnin, 23 Mac 2009

MAJLIS CUKUR JAMBUL ANAK NORA DANISH..

"Saya mahu bersikap adil kepada semua pihak dan hari ini, saya memang sudah bersedia untuk memperkenalkan Rayqal kepada anda."Bukan itu sahaja, saya berpendapat sekarang adalah waktu yang cukup sesuai untuk saya menampilkan anak saya kepada umum memandangkan usianya pun hampir mencecah tiga bulan."Bukan sengaja saya mahu mengelak untuk bertemu dengan media sebelum ini bersama Rayqal, tetapi saya belum bersedia ketika itu kerana keadaan anak saya yang masih lagi kecil," jelas Nora Danish dipetik sebagai berkata bagi menjelaskan perihal kelahiran anaknya yang menjadi isu hangat baru-baru ini.Nora berkata demikian dalam satu majlis cukur jambul anaknya itu yang turut dihadiri oleh bekas mertua Nora iaitu Ramli dan isterinya, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, Rizal serta ibu Nora, Salimah Talib selain ahli keluarga kedua-dua belah pihak.Nora dan Rizal pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006, namun ikatan yang termeterai itu tidak kekal lama apabila pelakon drama bersiri Puteri itu disahkan bercerai dengan talak dua ketika hamil tiga bulan. Malah ketika hamil, Nora juga seolah-olah melarikan diri daripada wartawan dan peminat bagi mengelakkan kontroversi yang timbul antaranya dengan Rizal dan Fasha Sandha.