Selasa, 17 Mac 2009

Rozita Che Wan makin cantik, bergaya !!!



Ditulis oleh Rosli Manah
Rozita Che Wan ni semakin hari semakin lawa pulak penampilannya. Sebab itulah macam-macam gosip singgah dekat dia. Dulu ada gosip dia dapat hadiah kereta daripada Datuk K. Selepas dia menafikannya, gosip tu senyap sekejap. Kini ada pula gosip mengaitkan nama Rozita. Kali ini dikata dia sudah menjadi isteri kedua kepada suami seorang artis.Yang nyata, dalam banyak gosip itu Rozita semakin laris berlakon dan penampilannya juga semakin mengancam.

Inilah wajah terbaru Rozita yang dirakam semasa menghadiri pelancaran drama terbaru lakonannya 3 Janda yang akan disiarkan di saluran Astro tidak lama lagi. Judul drama terbitan Metrowealth Movies Production itu macam kena pula dengan status sebenar Rozita sebagai ibu tunggal. Selain Rozita, drama itu turut membariskan dua pelakon eksklusif Astro, Farid kamil dan Lisa Surihani, Norliana Samsudin dan Ery Sulaiman.
Cuba perhatikan susuk badan Rozita. Makin kurus nampaknya dia ni. Kurus yang menambah seri. Okeylah tu. Jaga badan atau memendam rasa dek banyak sangat gosip pasal dirinya?

MY DAVID BECKHAM ....



David Beckham and fellow team mates of Milan Team celebrate during the Serie A match between AC Siena and AC Milan at the Artemio Franchi Stadio on MARCH 15, 2009 in Siena, Italy. (Photo by New Press/Getty Images)

TIADA INSENTIF RANGSANGAN... SAHAM BLUECHIPS TURUN HARGA !!


KEKECEWAAN berhubung kekurangan insentif langsung kepada syarikat tersenarai dalam Pakej Rangsangan Kedua berjumlah RM60 bilion bagi tempoh dua tahun yang diumumkan minggu lalu mencetuskan aktiviti jualan dalam kaunter perbankan utama. Ia juga berlaku susulan penurunan unjuran kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi keseluruhan 2009 yang dijangka berpotensi mengehadkan pertumbuhan pinjaman dan peningkatan hutang tidak berbayar (NPL). Kaunter perbankan utama seperti Maybank yang susut 54 sen, Public Bank susut 85 sen dan Public Bank-Asing susut 90 sen, menyumbang hampir 70 peratus kepada penurunan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) minggu lalu.

Pesan Fazura kepada mak datin....




Oleh NIEZAM ABDULLAHFoto RASHID MAHFOFSolekan EMMA MUSTAFA (Shuuemura 016-6748854)Pakaian RIZMAN RUZAINI(rizman_ruzaini@yahoo.com)
KALAU dulu tidak keterlaluan saya katakan apabila sebut nama Fazura, ramai yang akan mengangkat kening sebelah. Mana tidaknya, wanita ini sering dikaitkan dengan perkara yang kurang enak.
Dialah kaki gaduh, dialah gadis liar. Pendek kata yang jahat atau tidak baik itu semuanya ditujukan buat Fazura. Menambahkan lagi cakap-cakap orang apabila berlaku kejadian dia didakwa mencederakan seorang surirumah di sebuah kelab hiburan kira-kira lima tahun lalu. Bukan mudah sebenarnya untuk berhadapan dengan tohmahan tersebut jika seseorang itu tidak dikurniakan semangat dan kekuatan yang tinggi.
Sebelum ini Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifudin, 26, pernah berkata hidupnya bagaikan “tersiksa” dek kerana kejadian tersebut.
Tetapi syukur akhirnya semua orang tahu siapa sebenarnya yang bersalah apabila wanita yang gemar membahasakan dirinya Faz ini dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan tersebut.
Hari ini Faz membuktikan dia bukanlah wanita murah yang boleh disepak terajang macam bola. Faz yang saya kenali sejak sepuluh tahun lalu menunjukkan peningkatan yang ketara. Dari segi bercakap, pergaulan, kerjaya dan segala-galanya berubah.
Yang ketara kata wanita ini, tatkala usianya sudah menghampiri 26 tahun pada 27 September ini dia merasakan sesuatu. Apa dia? Saya merungkai rahsia itu.
Ketika diminta untuk bergambar mengenakan pakaian kelas pertama rekaan pereka fesyen ternama Rizman Ruzaini, Faz meminta tidak diberikan pakaian yang agak seksi. Seksi dalam erti kata yang terlalu menjolok mata. Pelik? Yalah.. sebelum ini dia tak memilih corak atau jenis pakaian untuk diperagakan.
Tetapi kali ini Faz membuat satu perubahan baru, dia mahu kelihatan lebih sopan? Kenapa? Bukan mengada-ngada tapi kata Faz ada sebabnya. Kata wanita ini dia sudah tidak sesuai untuk bergaya dengan mengenakan pakaian yang sedemikian rupa lagi.
Segala-galanya disebabkan faktor usia kerana Faz merasakan dia sudah tua. Sudah tidak sesuai lagi hendak bergaya macam budak-budak remaja seperti beberapa tahun lalu. Tahun ini ketika usianya melepasi 25 tahun, satu perasaan baru tiba-tiba hadir melintasi hati dan benak fikirannya.
“Tahun ini Faz merasai perasaan yang baru. Yalah, betul kata orang tua apabila dah dewasa, kita akan rasakan sesuatu yang lain.
“Kalau dulu rasa asyik nak enjoy 24 jam tapi hari ini perasaan itu sudah hilang. Entahlah. kawan-kawan semuanya dah kahwin. Ada yang mengandung. Suasana tu dah berbeza sekarang.
“Tak salah Faz kata yang Faz dah tua. Kadang-kadang apabila mencecah usia dewasa ini kita rasa risau semacam,” katanya. Dek kerana kerisauan itu maka Faz mempunyai perancangan lain.