Ahad, 22 Mei 2011

ALFATIHAH - TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT (21 MEI 2011 AHAD)

Kepiluan Menyelubungi Masjid Hishamuddin Shah Bt 14, Hulu Langat

MASJID Sultan Sallahuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat sepanjang hari ini diselubungi kedukaan dan kesedihan apabila anggota keluarga, kenalan dan orang ramai yang datang dari berbagai penjuru untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh di madrasah Al-Taqwa Hulu Langat petang semalam. Dalam kejadian itu 16 orang pelajar termasuk (anak yatim) dan pengawal madrasah itu terkorban kerana ditumbus tanah hidup-hidup. Kesemua yang terlibat dengan kejadian itu ditemui, di mana sembilan selamat 16 tewas.
Daripada 16, sembilan jenazah dituntut oleh keluarga masing-masing untuk urusan pengkebumian di tempat masing-masing. Bakinya dibawa ke masjid Sallahuddin Shah untuk disembahyangkan dan dikebumikan dalam satu lubang kubur berdekatan tidak jauh dari masjid.
Ketika saya bersama bekas Ahli Parlimen Jeli, Apandi Mohamd juga bersama isteri dan seorang kawan, sekitar jam 12:40 tengah hari, lima jenazah diletakkan berbaris dalam masjid menghadap ke arah mimbar masjid. Ketika itu hanya dua lagi jenazah belum sampai dan dalam perjalanan ke masjid.
Orang ramai yang sudah memenuhi untuk menyembahyangkan jenazah yang akan disempurnakan selepas Zohor. Ia juga dipenuhi dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah Al-Tawqa yang sidap berpakian jubah putih.
Menjelang 15 minit masuk waktu solat, dua lagi jenazah tiba. Kesemua jenazah yang sudah siap dikapan dibuka untuk tatapan buat kali terakhir sanak keluarga, ibubapa dan waris waras. Ketika kain kafan ini dibuka suasana sedih tidak dapat ditahan, menyapu setiap wajah yang berada dalam masjid.
Bagaimana pun keadaan duka ini masih dapat dapat dikawal. Orang ramai hanya muram durjana dan menyembunyikan rasa sedih masing-masing. Ada juga yang tidak dapat menahan kedukaan menangis dan mendiamkan diri jauh ke belakang, tersendu dan tidak terkata apa.
Melihat satu demi satu anggota keluarga terdekat mencium dan menatap wajah mayat untuk terrakhir anak kesayangan mereka, saat inilah air mata yang sudah bersekah di birai tidak dapat ditahan lagi. Jauh dilubuk hati perisitiwa trajis itu dikembalikan ke dalam diri. Tidak terbayang pula kalau ujian sama dianugerahkan Tuhan kepada kita.
Sebelum masuk Zohor Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali memberi taklimat dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarha yang anak mereka maut dalam kejadian itu. Jelas beliau, kerajaan sangat berduka cita dan sedih atas apa yang berlaku. Beliau juga mengumumkan esok Sultan Selangor akan berangkat turun ke tempat kejadian dan akan berjumpa dengan para waris yang terkorban untuk menghulurkan derma dan bantuan.
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) juga akan berbuat demikian.
Selepas selesai solat Zohor jenazah disembahyang oleh ribuan orang. Keadaan sungguh menyenyat hati apabila seorang guru dan juga pelajar tua di madrasah berkenaan tampil memberi ucapan terima kasih dan memohon maaf kepada semua orang atas apa yang berlaku. Saat paling menyayukan apabila guru itu meminta maaf atas apa-apa dosa yang dilakukan oleh pelajarnya yang disifatkan sebagai anak cucunya sendiri.
"Saya bagi pihak anak-anak memohon maaf, atas apa-apa dosa yang mereka lakukan," katanya sedih. Sebak melanda dadanya menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan percakapan dan hampir-hampir terjatuh. Apandi dan beberapa orang yang berada berhampiran dengannya memapah dan cuba menenangkan perasaanya.
Kesayuan semakin mengetik rasa saat satu demi satu jenzah diangkat ke kereta jenazah yang sudah berbaris menanti untuk membawa jenazah ke kubur. Orang ramai termasuk juga rakan-rakan mangsa berebut-rebut untuk memberi penghormatan terakhir. Orang ramai juga bersambutan mengusung jenazah hingga masuk ke dalam van jenazah.
Di luar masjid orang ramai memerhati dengan penuh kesedihan dan kesayuan melihat pergerakan kereta jenazah bagaikana satu konvoi besar. Saaat kereta jenezah melepasi pagar masjid saya lihat hampir semua kaum wanita menyapu-nyapu air mata masing-masing.
Tujuh jenazah itu ialah; Mohd Azhari, Wan Mohd Hazim, Wan Mustakim, Mohd Zahid, Imam Farhad, Zahir Mukmim dan Mohd Hazim. Kepada keluarga masing-masing diucapkan takziah semoga Allah memberi kekuatan imam menerima dugaan itu dan roh yang pergi pula dicucui rahmat. Al Fatihah. [wm.kl.4:18 pm 22/05/11]

Hasan Ali sedang memerhari salah seorang mayat mangsa yang dibuka untuk tatapan terakhir keluarga terdekat.

Terkini !! 10 mayat telah ditemui sehingga 11 mlm tadi...

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat hari ini.

Setakat 11 malam ini, 10 mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.