Rabu, 28 Januari 2009

Pendapat awak salah, pendapat saya betul.....

Malam tadi saya menonton Bernama TV, rancangan "Hello Malaysia".

Isunya menarik -- "Penulis Blog". Hos Dahlan Maamor mewawancara blogger tersohor Dato' A Kadir Jasin dan pengacara rancangan Blog@1 Hamdan Ahmir. Rancak dan menarik. Sesuatu yang menyegarkan apabila melihat mereka berbicara soal peranan kerajaan, fungsi media massa dan tanggungjawab bloggers. Kadir dan Hamdan cukup kritikal dalam ulasan mereka.Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila Kadir bercakap mengenai tahap toleransi sesetengah bloggers dan pengunjung blog yang rendah. Kata Kadir, bloggers mengkritik media massa yang tidak bersikap terbuka, bagaimanapun pada masa yang sama mereka juga tidak ada toleransi apabila menulis blog atau meninggalkan komen dengan menggunakan bahasa yang kesat atau penuh prasangka buruk terhadap orang lain.

Saya fikir apa yang disebutkan Kadir itu ada benarnya. Saya -- seperti bloggers lain -- juga berhadapan dengan isu ini. Sementara saya mahu membuka seluas-luasnya pintu perbahasan dalam blog, ada kalanya saya terpaksa menolak komentar yang tidak serasi dengan adab dan tatasusila. Tidak salah berbeza pendapat. Apa yang salah ialah menggunakan kata-kata mencarut dan kesat, melakukan "character assassination" atau tohmahan terhadap orang lain. Ketiadaan toleransi menyukarkan kita mewujudkan suasana perbincangan yang sihat dan bermanfaat.

Saya pernah menyebut bahawa untuk membina toleransi yang tinggi dalam blog elok kita berpegang kepada falsafah -- "Saya yakin pendapat saya betul dan pendapat kamu salah, tetapi ada kemungkinan pendapat saya salah dan pendapat kamu betul."

Sekiranya kita berpegang dengan falsafah ini, kita tidak akan menyerang orang lain secara melulu, apatah lagi menggunakan bahasa tidak elok ke atas mereka.Hampir semua pembaca blog ini yang pernah bertemu saya memberitahu mereka membaca blog kerana ingin mengetahui pendapat orang ramai mengenai isu-isu sosial-politik yang disuarakan secara kritikal dan konstruktif.

Saya fikir itu jugalah tujuan saya membangunkan blog ini.Sekiranya itu harapan semua, boleh kita jadikan blog ini kritikal dan konstruktif dengan toleransi yang tinggi sesama kita?

Manusia macam nie pun ada...




DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini."Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya..kiriman kawan di kfc

Sah angkasawan ada 'makan luar'



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memutuskan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap angkasawan pertama negara, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor walaupun siasatan terhadap pertuduhan itu mendapati Sheikh Muszaphar telah melanggar beberapa fasal-fasal dalam kontraknya dengan kementerian.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menterinya, Datuk Dr. Maximus Ongkili, dua hari lalu yang dipetik daripada mstar online.
Ongkili dipetik sebagai berkata, siasatan terhadap pertuduhan itu mendapati Sheikh Muszaphar telah melanggar beberapa fasal-fasal dalam kontraknya dengan kementerian.
Katanya pihak kementerian telah menghantar satu surat tunjuk sebab kepada angkawasan itu dan beliau menjelaskan ceramah-ceramah yang dihadirinya itu adalah selepas waktu pejabat ataupun semasa berada di luar negara dan tindakannya itu tidak menjejaskan tugasnya di kementerian.
"Beliau (Sheikh Muszaphar) telah menyediakan penjelasannya untuk persoalan dalam surat itu termasuk mengapa beliau mengenakan bayaran untuk sesi ceramahnya.
"Dan kami berpendapat alasannya boleh diterima jadi tiada sebab untuk membawa perkara ini lebih lanjut," katanya dan menambah melalui siasatan yang dijalankan, walaupun Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran dalam ceramahnya, jumlah itu tidak mencecah jutaan ringgit.
Ongkili turut menjelaskan bahawa terdapat maklumat yang kurang jelas dalam kontrak terdahulu yang turut menjadi sebab mengapa pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan.
Tambah beliau lagi, peguam kementerian mula mengambil langkah susulan bagi menyediakan kontrak baru selepas cuti Tahun Baru Cina.
"Kontrak baru dibuat berdasarkan kelemahan dalam kontrak sedia ada.
"Sheikh Muszaphar telah menyatakan hasratnya untuk meneruskan khidmatnya dengan kementerian namun bagaimanapun ia terpulang kepada persetujuannya berdasarkan kontrak baru nanti," katanya.
Sebelum ini, Harakah dan Harakahdaily telah mendedahkan bahawa Sheikh Muszaphar didakwa mengenakan bayaran RM8,000 bagi sejam sesi ceramah yang jika dikira secara purata 150 ceramah bandan korporat boleh memperoleh pendapatan kira-kira RM1.2 juta.
Ini tidak termasuk menjual buku yang bertajuk 'Reaching For The Stars' hasil karya adik beliau, arwah Sheikh Mustapha Shukor pada harga RM20.00 di setiap ceramah yang diadakan di sekolah.
Menurut sumber setiap sekolah dikatakan perlu 'membeli' sekurang-kurangnya 300 buah yang setiap satunya berharga RM20.00, menjadikan jumlah keseluruhan RM6,000.00 setiap satu ceramah. Dilaporkan beliau telah berceramah di 200 buah sekolah.
Sebelum ini dilaporkan dalam pelbagai akhbar dan laman web, Sheikh Muszaphar beberapa kali menafikan mengenakan sebarang bayaran terhadap setiap sesi ceramah yang dihadirinya.

Heatwave hits Melbourne....




Children go for a swim on Brighton Beach as a heatwave hits Melbourne on January 27, 2009 in Melbourne, Australia. The temperature today is estimated to hit 38 degrees celsius or around 100 degrees fahrenheit, with today being the coolest day forecast until next week. Melbourne hasn't had four consecutive days above 40 degrees celsius or 104 degrees fahrenheit since 1908.
(Photo by Scott Barbour/Getty Images AsiaPac)

Bantah PPSMI : Perhimpunan 100,000 rakyat 7 Mac ini

Perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diadakan pada 7 Mac depan.Sempena perhimpunan tersebut, GMP juga akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesai isu tersebut.Pengerusi jawatankuasa induknya, Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat gabungan itu malam tadi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.Bagaimanapun, kata beliau yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), butiran terperinci mengenai perhimpunan belum diputuskan, termasuk tempat dan waktu ia akan diadakan nanti.Selaku Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan dan ketua keADILan Rembau, cheGuBard akan mendukung sepenuhnya perhimpunan ini. Perhimpunan ini seharusnya di dokong oleh semua rakyat Malaysia pecinta bahasa kita. Perhimpunan ini terpaksa dilakukan setelah kerajaan kelihatan 'pekak' tidak mendengar rintihan rakyat Malaysia.Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mesyuarat malam tadi menimbang cadangannya supaya mengkaji baik-buruk rancangan mengadakan perhimpunan tersebut.Ketika membentangkan cadangan itu malam tadi, Dr Hassan difaham memaklum kepada mesyuarat bahawa ramai yang belum memahami sepenuhnya tujuan bantahan itu hendak diadakan.Beliau juga difahamkan mencadangkan supaya diadakan kempen penerangan bagi membolehkan semua pihak benar-benar memahami isu tersebut, sebelum perhimpunan besar itu diadakan.
by cheguBard

OBAMA AT CAPITOL HILL 27 JAN '09





U.S. President Barack Obama makes a statement to the news media after meeting with Republicans in the House of Representatives at the U.S. Capitol January 27, 2009 in Washington, DC. Obama was on Capitol Hill working to gain support from Republicans for the American Recovery and Reinvestment Plan, the $825 billion economic recovery package proposed by House Democrats. (Photo by Chip Somodevilla/Getty Images)