Khamis, 10 Jun 2010

MUKTAMAR AGONG PAS 2010 DI KOTA BHARU..

KOTA BHARU, 9 Jun - Buat julung kalinya, PAS menempa sejarah tersendiri apabila Muktamar tahunan ketiga-tiga sayap parti itu, Dewan Pemuda, Ulama dan Muslimat dirasmikan secara serentak oleh Mursidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Perasmian muktamar ketiga-tiga dewan dilangsungkan di Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan, Putik dekat sini dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Unit Amal dan Nisa oleh Tok Guru Nik Aziz.
Beliau diiringi Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Timbalan Ketua Ulama, Dato' Ahmad Yaakob dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah salleh.
Turut hadir, Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man; saf kepimpinan pemuda, ulama dan muslimat, pemerhati dan NGO-NGO serta jemputan.
Tepat jam 9.00 malam, barisan kepimpinan tiga dewan mengambil tempat berbaris dihadapan perkarangan Putik bagi menanti kehadiran Tok Guru Nik Aziz.