Sabtu, 23 Mei 2009

Gambar Anak Erra Fazira di Majlis Cukur Jambul


Pada petang tadi, telah berlangsung majlis aqiqah dan cukur jambul anak kepada Erra Fazira dan Engku Emran di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail. Ini adalah kali pertama wajah Engku Aleesya diperkenalkan kepada umum. Disaksikan 500 orang saudara mara, rakan kenalan dan media, majlis pada siang tadi berjalan dengan lancar. Sebab nama Engku Aleesya dipilih menurut Erra, kerana sebutannya lebih lembut selain maksudnya yang indah iaitu `yang dilindungi’.
Engku Aleesya (Engku Emran) selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar Perubatan Damansara di sini pada pukul 11.40 pagi, 30 Mac lalu.
Dijangka esok, wajah anak comel Erra Fazira ini akan terpampam di muka depan dada akhbar dan majalah.
Alahai, comelnya anak Erra Fazira…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan