Selasa, 24 Februari 2009

WANA ... akhirnya bergelar juara


Berbeza dengan cabaran 12 minggu dalam program berkenaan, kali ini empat peserta yang layak ke peringkat akhir termasuk Wan Nashrinie Zafri (Nashrin), Cassandra Daniel Manja (Cassie) dan Mohd Hairi Kenneith (Hairi) diberi kebebasan menyampaikan lagu pilihan mereka secara solo dan duet.Wana yang kelihatan yakin di atas pentas memilih dua lagu solo iaitu Ku Pendam Sebuah Duka yang pernah dipopularkan Khadijah Ibrahim dan Ku Telah Jatuh Cinta (Agnes Monica) untuk segmen pertama sebelum berduet dengan Jamal Abdillah menerusi lagu Kehebatan Cinta.Berbanding persembahan duet, nyanyian solo Wana lebih berjaya menyerlah kehebatan vokal yang dimiliki hingga tiga juri profesional iaitu Hattan, Liza Hanim dan Ajai bersetuju memilih Wana sebagai juara. Sama seperti cabaran pada persembahan mingguan, juri masih bertanggungjawab memberi 70 peratus markah manakala bakinya diambil daripada undian SMS penonton.Selaku juara, Wana berjaya membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM100,000 di samping kontrak rakaman album bersama Warner Music Malaysia selain TV LCD 42 inci tajaan LG.Kata Wana, kemenangan juara memberi kejutan pada diri walaupun dia merasakan tiga saingan yang lain turut hebat ketika membuat persembahan. Dia yang pernah menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim keenam hingga berjaya ke peringkat Top 25 menganggap kemenangan kali ini menebus kekecewaan lalu.

1 ulasan: