Selasa, 15 November 2011

ADA KE LEMBU BOLEH DIBELA DALAM KONDO.... HERAN AKU

Pernah semasa di kampong dolu2 banyak bahasa Bahasa Kerbau yang digunakan oleh pesawah ketika itu khasnya pesawah-pesawah di utara Semenanjung sungguh unik, sehingga kerbau-kerbau tersebut faham arahan tuannya.
Diantaran bahasa yang digunakan :
Ha'ih - Maknanya menyuruh kerbau berjalan
Chah - Maknanya menyuruh kerbau ke arah kanan
Sok - Maknanya menyuruh kerbau kearah kiri
Diam - Maknanya menyuruh kerbau berhenti
Serot - Maknanya menyuruh kerbau undur ke belakang
Paling Chah - Maknanya menyuruh kerbau pusing ke kanan
Paling Sok - Maknanya menyuruh kerbau pusing ke kiri

Hari ini semua itu hanyalah kisah kelmarin yang indah sebagai kenangan dan kerbau tidak berjawatan lagi kerana kerja-kerja membajak telah diambil alih oleh mesin Kubota dari Jepun.
Peredaran zaman hari ini lembu lebih berharga dari kerbau. Zaman Tok Wan dan Tok Mamak dahulu lembu banyak dipelihara dan sinonim dengan kaum Bengali untuk susu, sehingga ada lagu "Kici-kici lembu jaga".

Tidak pernah terlintas di kepala arwah tok-tok wan ketika itu bahawa suatu hari nanti keluarga Pak Menteri pun berminat memelihara lembu dengan pelaburan jutaan ringgit.. .

Masa tu yang mereka tahu hanyalah kerbau berkerja keras membajak di sawah menggunakan kudrat mereka dan dibantu tenaga  kerbau dan berkomunikasi dengan bahasa kerbau. Kerbau dilihat sebagai kotor kerana berkubang di dalam sawah.

Konklusinya Kerbau ada bahasanya manakala lembu tidak pernah tahu bahasa.

1 ulasan:

  1. Saya beritahu kamu orang satu rahsia , saya pandai baca bahasa cina , BI, BM. Di surat khabar cina, MCA kata DAP ialah anak pantung/anjing PAS. Apabila baca newspaper Bahasa Malaysia seperti UTUSAN 'M'' pula, UMNO pula kata PAS ialah anak pantung/anjing DAP. Siapa cakap betul ? Rakyat dibodohkan-lah. Sebab mereka mahu membuat kacau bilau antara parti dalam Pakatan Rakyat dan juga sengaja mewujubkan perasaan praksangka antara kaum Melayu dan Cina supaya semua Melayu mesti bersatu padu menyokong UMNO yg memperjuang '' Poket $$ '' parti dan juga mengukuhkan kuasa. dan lupakan kegiatan '' Baik'' mereka. Apabila UMNO bagi satu biji gula bagi rakyat, jangan gembira dulu, nanti rakyat akan dipukul seratus kali dgn kayu..... sedar-lah taktik politik yg kotor..

    BalasPadam